Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, May 16, 2005

Razak puas palit cat minyak

Gambar Hiasan


Oleh Riadz Radzi

SELEPAS 21 tahun terbabit dalam dunia perniagaan dan korporat, Razak Abdullah, 57, akhirnya memilih bidang yang memberi kepuasan pada dirinya iaitu melukis. Palitan cat minyak, lakaran dan kanvas nyata memberi ketenangan dan bebas daripada sebarang komitmen sebagaimana dihadapi ketika bergelar ahli perniagaan.

Sebagai ahli perniagaan, Razak sering berulang-alik ke luar negara. Pada masa sama, ia memberi peluang kepadanya mengikuti perkembangan seni lukisan di luar negara. Waktu itulah, Razak mula berhadapan konflik antara kesenangan harta atau ketenangan jiwa.

“Saya korbankan dunia perniagaan yang diceburi semata-mata untuk meneruskan minat dalam bidang lukisan. Lukisan sudah menjadi sebahagian hidup saya dan sudah mula melukis di atas tanah sejak kecil lagi.

“Lagipun, lukisan menjauhkan saya daripada berurusan dengan bank, pelanggan dan pekerja. Kini saya cuma berurusan dengan alam menjadikan saya lebih tenang,” katanya yang memiliki kelulusan dalam bidang grafik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1974.

Sekembali dari Itali pada 1994, Razak mula tergerak untuk bergiat aktif dalam bidang berkenaan. Tambahan pula dorongan seorang sahabat karib menguatkan semangat untuk menceburi bidang diminatinya itu secara sepenuh masa.

“Saya bermula dengan gaya lukisan grafik. Ia berterusan sehinggalah saya bertemu pelukis terkenal, Redza Piyadasa yang banyak memberi tunjuk ajar. Dia menasihati saya supaya melukis mengikut luahan rasa yang ikhlas dari hati,” katanya.

Akhirnya dalam usia 47 tahun, Razak mula serius sebagai pelukis sepenuh masa pada 1995. Walaupun agak lewat, ia tidak menjadi penghalang kerana kegigihan dan minat yang dimiliki begitu tinggi. Hasilnya Razak kini memiliki galeri lukisannya sendiri iaitu Impressionists Colonnade di Tingkat 2, City Square, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Sejak kecil kehidupan Razak dikelilingi keindahan alam semula jadi di negeri kelahirannya, Terengganu. Sehubungan itu, ia menjadi pilihan Razak dalam memberi ekspresi kepada karyanya. Di Kuala Lumpur, ketenangan rimba di Kampung Kemensah, Empangan Klang Gate dan Hulu Langat menjadi inspirasi kepadanya.

“Jika saya tidak melukisnya sekarang, 10 tahun lagi kawasan itu mungkin sudah tiada kerana ditelan arus pembangunan. Pemusnahan hutan akibat pembangunan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan ia mengecewakan saya,” katanya.

Walaupun menampilkan subjek biasa, Razak menggunakan teknik ‘impressionist’ menerusi palitan cat minyak dengan pisau palet tanpa menggunakan berus. Aliran ‘impressionist’ yang dipelopori Paul Cezanne (1839-1906) memperlihatkan pelukis tidak melakar lukisan terlebih dahulu sebaliknya terus memasukkan warna. Malah pelukis terus melukis secara langsung di depan subjek.

http://www.hmetro.com.my/

Do it yourself dekatkan batik canting kepada pelancong

Gambar Hiasan

Oleh Noraini Ismail

APABILA terpandang seorang anak muda mencanting batik di satu sudut di lobi Langkawi Lagoon Resort, kenangan terus mengimbau ke Kelantan yang satu ketika dulu kegiatan mencanting batik menjadi industri kampung dan sumber utama pendapatan wanita negeri itu.

Saya pernah turut serta mencanting batik bersama emak saudara yang mengambil upah daripada pengusaha batik. Sekurang-kurang saya ada juga pengalaman walaupun sedikit, tidak seperti Shaharizan Saadin, 28 yang terbabit dalam industri itu tanpa ada asas mengenai seni ini.

Dia yang membuka perniagaan batik canting hanya berbekalkan pengalaman yang dikumpulnya bersama kawan-kawan dengan meninjau ke pusat-pusat batik yang ada di Langkawi dan di Pantai Timur.

Yang membezakan perniagaan batik canting Za ialah dari segi konsepnya yang lebih mengutamakan lukisan alam sekitar dan maritim.

Hasil batiknya dibingkaikan untuk menjadi buah tangan pelancong untuk dibawa pulang sebagai kenangan bercuti di Langkawi.

Za membuka sudut canting di Langkawi Lagoon Resort sejak beberapa bulan lalu. Ia adalah aktiviti tambahan kepada pengunjung resort ini terutama kanak-kanak.

Gerai canting yang bertemakan Do it yourself mengajak pengunjung melahirkan kreativiti sendiri di atas sekeping kain putih yang tersedia lukisan yang sudah ditekap dengan lilin.

Dengan menggunakan pewarna yang siap dibancuh, pengunjung boleh mencanting lukisan yang mereka pilih mengikut cita rasa sendiri.

Setiap lukisan canting itu berharga RM50 jika diwarnakan sendiri, manakala batik canting yang sudah siap dibingkaikan berharga lebih RM100.

Sewaktu ditemubual, tiga kanak-kanak Jerman dan ibunya yang bercuti di Langkawi Lagoon Resort asyik mencanting lukisan batik masing-masing. Fritz, ibu kanak-kanak itu berkata dia dan anaknya bercuti di Langkawi Lagoon selama 10 hari sebelum pulang ke Tokyo tempat suaminya bekerja.

Sepanjang tempoh itu, anaknya, Maria, Eva dan Tabea, masing-masing sudah mencanting tiga lukisan.

“Mereka seronok melakukannya dan lukisan itu akan dibawa pulang sebagai kenangan,” katanya.

Za yang tidak ada kelayakan khusus di bidang lukisan tetapi melaksanakan kerja itu berdasarkan minat berkata, sudah banyak cabaran yang dihadapinya sebelum berjaya membuka gerai canting di Pantai Cenang.

Penyertaannya membuka sudut canting di pusat peranginan dan hotel adalah untuk mendekatkan karya batiknya kepada pelancong. Sambutan pelancong terhadap hasil karyanya setakat ini memberangsangkan.

Dia dan rakan-rakannya berhasrat meluaskan kegiatan itu dan kini sedang meninjau peluang mengembangkan batik canting di Sabah.

Setakat ini Za gembira dengan peluang berniaga yang diberikan oleh pihak pengurusan Langkawi Lagoon Resort.

“Sekurang-kurangnya perkembangan industri pelancongan di sini dapat turut dinikmati pengusaha kecil,” katanya.

Za membuka sudut canting setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Pendapatan Za daripada hasil batik canting adalah mengikut kedatangan pelancong ke pusat peranginan itu.

Pendapatannya agak lumayan jika pusat itu menerima kedatangan pelancong dari Arab, Taiwan dan Hong Kong.

Dipetik dari http://websekolah.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dekor/

Set hidangan porselin wajah tempatan

Gambar Hiasan

Oleh Azran Jaffar


APABILA bercakap mengenai set hidangan daripada porselin, apa yang bermain di dalam fikiran kebanyakan kita ialah pinggan mangkuk yang dihiasi bunga-bungaan berwarna lembut bercorak kedesaan masyarakat Inggeris.

Porselin bercorak klasik ini kadang-kadang hanya dihiasi palitan seperti perada emas di hujungnya yang menyerlahkan kemewahan dan keistimewaan set berkenaan.

Apa pun, gambaran ini tidak salah kerana sememangnya gaya dan corak sebegini banyak memenuhi permukaan set hidangan porselin, yang dikenali antara barangan, selain barang kemas yang selalunya menjadi bahan bualan di kalangan wanita golongan berada.

Bagaimanapun, dalam usaha mempelbagaikan corak dan lari dari kebiasaan, House of Mozalyn (Mozalyn), pengeluar produk porselin tempatan memperkenalkan set hidangan juga barangan hiasan proselin dengan wajah tempatan.

Bunga sepit udang, rama-rama tempatan yang kaya pelbagai warna, keindahan batik juga motif-motif Sarawak adalah antara himpunan terbaru Mozalyn yang mempamerkan kepelbagaian budaya dan keindahan tempatan.

Pengasas Mozalyn, Datin Mazlynda Mozali yang juga tenaga pengajar lukisan porselin memberitahu, himpunan itu adalah hasil kerja sekumpulan pelajarnya yang terdiri daripada golongan dewasa dan datang dari pelbagai latar belakang.

“Bagi membawa porselin tempatan ke tempat yang lebih tinggi, saya menggalakkan pelajar saya untuk mencari identiti sendiri kerana saya bercadang memperkenalkan porselin Mozalyn ke England dan Arab Saudi,” katanya.

Himpunan Mozalyn ini dilancarkan pada satu majlis baru-baru ini yang bertemakan Sepetang Bersama Artis yang dirasmikan oleh primadona tari, Datin Azanin Ezane Ahmad.

Pada majlis itu, Mazlynda turut memperkenalkan himpunan terbarunya, siri ‘Think of Me’ yang mana siri pertama daripada lapan yang dihasilkan dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong.

Mazlynda berkata, kerja seni harus mampu membuatkan seseorang itu berfikir dan kerana itu seseorang itu harus memberikan identiti sendiri pada karyanya supaya berbeza dengan orang lain.

Seperti juga lukisan di kanvas, begitu juga dengan lukisan porselin kerana ia harus memberikan kelainan, tambahan pula porselin juga mempunyai fungsi gunaan, katanya.

Jika bunga mawar sering menjadi hiasan porselin dari England, seorang pelajar, Umie’ra memilih bunga tropika, sepit udang kerana menganggapnya sebagai bunga yang indah dan unik.

“Sebagaimana keindahan yang dimiliki oleh helicornia, begitulah indahnya kehidupan seharian saya... apabila melukis saya rasakan itulah diri saya sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai bank, Umi Rahmah pula memilih burung dan itik sebagai motif pilihannya sebagaimana katanya, “burung begitu sinonim dengan Malaysia kerana kita juga hidup berbilang bangsa dan berkawan.”

Beliau yang tiada pengalaman dalam bidang seni lukis berkata, keinginan dan kesungguhan yang mendalam membuatkan beliau mampu melakukannya dan minat itu turut mendorong beliau menyelongkar apakah identiti sebenar beliau.

Pada pameran itu, Rahmah mempertontonkan set hidangan untuk dua orang yang memperlihatkan kepala angsa di samping beberapa piring serta pinggan hiasan yang bermotif burung.

Bagi Aziah Atan pula, lawatan ke Ayer Keroh Butterfly Park di Melaka memberikan ilham kepadanya untuk menghasilkan motif rama-rama untuk karya lukisan porselinnya.

“Serangga yang cantik dan berwarna-warni ini terbang bebas dan mungkin berhenti seketika untuk menceriakan hari seseorang dan saya berharap lukisan porselin saya bukan saja memberikan keriangan tetapi juga ketenangan dan kedamaian kepada pemiliknya,” katanya.

Pelihara karya seni tradisional

Oleh Riadz Radzi

PEREKA fesyen, Rizalman Ibrahim, 34, menampilkan rekaan batik bertema Mega Mendung pada tiga kerusi urut iSymphonic’ edisi terhad keluaran Osim (M) Sdn Bhd (Osim). Tiga kerusi urut berkenaan yang berharga RM15,880 setiap satu akan dilelong pada majlis lelongan amal untuk mengutip sumbangan yang akan disalurkan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang).

Tiga rekaan itu memperlihatkan penggunaan empat warna iaitu merah yang membangkitkan keunikan Asia ‘oriental’, manakala putih dan biru mencerminkan sentimen suci, segar dan kontemporari. Sementara itu hitam menonjolkan lagi keunggulan produk Osim. Pemilihan fabrik satin halus dan berkualiti menyerlahkan lagi keanggunannya.

”Inilah kali pertama saya bekerjasama dengan Osim dan menghasilkan rekaan sebegini. Ia agak mencabar kerana bukan mudah untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti untuk produk yang sudah dikenali di seluruh dunia. Fesyen adalah satu gaya hidup dan begitu juga dengan produk Osim. Jadi ia adalah gabungan yang betul dan mampu memberi kesan kepada pengguna,” katanya.

Rizalman berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran Majlis Amal Tiga Edisi Terhad Batik iSymphonic Massage Chairs di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini yang dirasmikan Pengerusi Penyayang yang juga isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood. Hadir sama Ketua Eksekutif Osim, Tay Sim Kim.

Kemahiran dan kreativiti Rizalman yang digabungkan dengan kecanggihan teknologi dan produk berkualiti Osim adalah satu sumbangan penting dalam usaha memelihara karya seni tradisional Malaysia secara kreatif. Usaha ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia dalam menikmati teknologi moden serta budaya yang tidak ternilai.

”Batik menjadi pilihan kerana saya mahu menonjolkan identiti Malaysia. Tema Mega Mendung adalah motif yang saya mulakan dan ia akan tampil dengan lebih banyak rekaan lagi,” katanya.

Motif batik pada bahagian kepala kerusi urut berkenaan menjadikannya lebih ceria. Menurut Rizalman, hanya sebahagian permukaan kerusi itu diletakkan motif batik kerana iSymphonic bukan sekadar kerusi urut, tetapi adalah perabot.

”Ia kelihatan lebih santai dan selesa dengan keadaan begitu. Lagipun jika diletakkan motif batik pada keseluruhan kerusi itu ia dikhuatiri boleh menjejaskan fungsi teknikalnya,” katanya.

Sebagai pereka fesyen, nama Rizalman bukanlah asing di kalangan dunia fesyen tempatan. Dia kini adalah Pengarah Urusan Rizalman Ibrahim Group of Companies yang memiliki tiga anak syarikat, iaitu Purple Couture Sdn Bhd, Rizalman Ibrahim Inc Sdn Bhd dan Rizalman Ibrahim Couture Sdn Bhd.

Pereka fesyen ini pernah merangkul anugerah Mercedes-Benz Asian Fashion Award pada Anugerah Fesyen Antarabangsa-Malaysia 2004 (MIFA 2004).

Dipetik dari http://www.hmetro.com.my

Hasil lumayan suntik semangat Azmeera

Oleh Ruhaiza Rusmin


“DULU saya anggap perniagaan batik tidak memberikan pulangan lumayan kerana pasarannya kurang meluas. Namun, segalanya berubah setiap kali pulang ke kampung apabila saya lihat ramai rakan mampu hidup senang dengan hanya menjadi penjual batik. Melihat keadaan itu, saya tahu anggapan itu memang salah.”

Demikian kata Azmera Ahmad, tauke Cheeria Batik di Plaza Alam Sentral, Shah Alam yang menjual beraneka jenis batik yang dibekalkan dari Kelantan.

Berasal dari Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, dia pernah bekerja sebagai eksekutif sumber manusia di National Panasonic, Shah Alam selama lima tahun selepas berjaya menggenggam Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1992.

“Walaupun bapa saya seorang penjual batik, saya tak minat pada mulanya. Sedikit demi sedikit saya buat kajian menerusi pembacaan dan pemerhatian untuk melihat sejauh mana batik mampu menembusi pasaran,” katanya.

Setelah yakin, dia memulakan langkah pertama dengan menjadi pengedar batik secara kecil- kecilan kepada rakan dan saudara terdekat. Walaupun ada pihak yang tidak yakin pada kemampuannya, dia menganggap itu sebagai satu cabaran dalam usaha mencari pengalaman.

Menurut anak ketiga daripada lima beradik ini, pulangan lumayan yang diperolehi meyakinkan dirinya batik mempunyai peminat dan pasarannya sendiri, tetapi kekurangan promosi dan corak serupa menyebabkan ia tidak mendapat perhatian.

“Pulangan lumayan yang diperolehi semakin membulatkan tekad saya untuk menceburkan diri dalam perusahaan ini. Hasil yang diperolehi saya simpan untuk dijadikan modal untuk membuka kilang batik.

“Pada masa yang sama, saya juga tidak lupa melakukan kajian dengan menghasilkan corak menarik untuk mencipta kelainan,” katanya sambil menambah, menghasilkan corak batik bukan sekadar mengikut cita rasa pencipta tetapi produk yang boleh dijual.

“Persaingan semakin hari semakin bertambah, pencipta perlu bijak menghasilkan kelainan. Jika dulu batik lebih sinonim dengan imej tradisional, kini semakin banyak corak kontemporari mewarnai pasaran. Ini menunjukkan ciptaan batik sudah melangkah era baru dan boleh pergi jauh,” katanya.

Dengan tekad dan keberanian, Azmera meletak jawatan dan menubuhkan Cheeria Batik pada 1998. Menggunakan gabungan nama tempatan dan antarabangsa, Cheeria adalah lambang wawasan Azmera untuk meneroka lebih jauh pasaran batik di peringkat antarabangsa serta mengangkat martabatnya sebagai budaya warisan masyarakat Melayu.

Cheeria bukan sekadar jenama, malah menawarkan corak artistik berbeza dengan gabungan abstrak dan tradisional. Apa yang Istimewa, proses penghasilannya menggunakan teknik gerakan lilin tanpa canting yang dianggap baru dalam industri berkenaan.

“Walaupun begitu, harganya masih berpatutan dan mengikut bajet pembeli. Saya memperjuangkan batik sebagai khazanah bangsa, bukan hanya mencari keuntungan. Lagi pun, ia sudah diterima dan dipakai tanpa mengira jantina mahupun status.

“Warisan ini harus dipelihara kerana ia milik generasi lama yang masih mampu bertahan serta memberi cabaran, khususnya dalam industri tekstil hari ini,” katanya.

Dipetik dari http://www.hmetro.com.my/

Ekspresi cetusan alam

Oleh Riadz Radzi

BAGI bukan pencinta seni, karya lukisan abstrak hanyalah lukisan yang disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa, tanpa perancangan dan kerjanya cincai. Namun, bagi pelukis dan penggemar karya sebegitu, mereka mempunyai alasan tersendiri.

Padanan warna, medium yang digunakan serta kaedah penghasilannya adalah faktor paling penting menjadikan karya ‘cincai’ itu dihargai serta difahami mesej dan keunikannya.

Rahim Jabbar, 28, adalah antara pelukis angkatan muda yang semakin menyerlah. Walaupun namanya tidak sehebat pelukis seperti Latif Mohidin, Siti Zainon Ismail atau Yusof Gajah, tetapi karya Rahim semakin diterima khusus daripada penggemar lukisan abstrak.

Dia mengetengahkan genre abstrak ekspresionis, iaitu lakaran bukan figuratif, anti-formal, tanpa perancangan, dinamik, bertenaga dan berteknik bebas. Ia lebih bersifat merancang penglihatan daripada mengetengahkan imej biasa. Apa yang pasti, ia menampakkan nilai agresif spontan dan kebebasan berekspresi.

“Lukisan saya mengenai alam. Saya paparkan pertembungan antara tanah, api, air, angin dan rimba. Ia seolah-olah sesuatu yang terjadi secara tergesa-gesa terhadap alam sehingga boleh mencetuskan bencana,” katanya.

Apa yang menarik, Rahim tidak menggunakan berus dalam menghasilkan karyanya. Sebaliknya, dia selesa menggunakan jari untuk memalit warna di atas kanvas.

Katanya, penggunaan berus sebagaimana pelukis biasa membuatkan dirinya terkongkong. Sebaliknya menggunakan jari, dia bebas untuk berekspresi dalam karyanya.

“Dengan menggunakan jari, idea itu keluar secara terus dan saya mendapat lebih penghayatan. Hasilnya juga lebih dinamik dan kena dengan mesej disampaikan,” katanya.

Kemusnahan ketara terhadap alam sekitar sejak akhir-akhir ini mendorong Rahim untuk memulakan siri karya ‘Pertembungan’ sejak tahun lalu. Sehubungan itu, apa yang dihasilkannya adalah luahan rasa tidak senang terhadap apa yang berlaku kepada alam sekitar sekarang.

Selepas tamat pengajian dalam bidang seni halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 2001, Rahim terus aktif sebagai pelukis sepenuh masa. Namun, pembabitan awalnya lebih kepada bidang landskap dan lukisan realisme.

Dipetik dari http://www.hmetro.com.my/

Hobi Jamarul bertukar kerjaya

Oleh Yooga Rani Murugiah
BERMULA sebagai hobi, ia kini menjadi profesion Wan Jamarul Imran Wan Abdullah Thani, 36. Dalam rangka mengasah bakat yang dipupuk sejak di bangku sekolah itu, dia melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Fakulti Seni Halus, Kolej Institut Seni Maryland, Amerika Syarikat, sembilan tahun lalu.

Kini sebagai Timbalan Dekan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), dia berkongsi ilmunya dengan 300 siswazah dari fakultinya.

Selain mengadakan pameran di galeri tempatan, Wan Jamarul kerap menerima jemputan untuk mengadakan pameran di luar negara.

Dia memenangi Anugerah Seni Philip Morris Malaysia pada 2000, Kejohanan Seni Lukis Barcelona IDECO di Spain (1997) dan Anugerah Seni Lukis Terbuka Malaysia (1994).

Sejak berkecimpung dalam dunia seni lukis pada 1988, dia sudah menghasilkan lebih 100 lukisan. Hampir semua bahan ini dipamerkan secara solo dan berkumpulan di Galeri Seni Lukis Fleisher di Philadelphia, Institut Maryland, Amerika dan Pameran Seni Lukis di Nagasawa dan Kobe, Jepun.

Mengenai kejayaannya, Jamarul yang berasal dari Kedah berterima kasih kepada bimbingan dan galakan seniornya di Universiti Teknologi Mara, iaitu Jailani Abu Hassan, Ruzaika Omar Basiri dan mendiang Joseph Tan.

Lukisan terkini Jamarul bertema Metaphors yang bermakna Simbolik atau Terselindung. “Dalam tema ini saya banyak menghasilkan lukisan ikan dan bunga teratai kerana bagi saya dua elemen ini melambangkan suci dan kedamaian.

“Banyak karya yang dihasilkan mengikut tema Metaphors antaranya Decision, Garden of Idea, Perfection, Garden I & II dan Prosperity apabila kebanyakannya menggunakan teknik percetakan sutera, acrylic dan kolaj (teknik tampalan).

“Sebagai peminat yang cintakan seni lukis, saya tak suka mengehadkan hasil karya saya kepada skop atau tema tertentu saja. Sebaliknya saya suka menerokai apa saja kerana akhirnya saya sendiri kena berpuas hati dengan karya dihasilkan,” katanya di pameran solonya bertema Metaphors di Galeri Townhouse di ibu kota, baru-baru ini.

Minat mendalam Wan Jamarul dalam seni lukis berputik selepas dia memenangi tempat pertama ketika mewakili sekolah ke Pertandingan Melukis Sekolah peringkat kebangsaan pada 1987.

“Ketika di sekolah lagi, saya bercita-cita menjadi pelukis, tapi ibu bapa pula lebih suka saya menjadi guru. Tetapi selepas mereka melihat minat saya begitu mendalam pada seni, mereka tak menghalang saya lagi,” katanya.

Dipetik dari http://www.hmetro.com.my/

Keluarga seni lukis

Oleh Riadz Radzi

Hasil karya Datuk Mohd Yusoff Jaafar dan anak-anak akan dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara pada 17 April

KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Perumpamaan ini sesuai buat pelukis, Datuk Mohd Yusoff Jaafar. Semua tujuh anaknya, iaitu Nurhayati, 30, Nurazmal, 27, Nurhidayah, 25, Nursyuhadah, 20, Nurfarhana,15, Nursalihin, 12, dan Nursuraya, 6, mengikut jejaknya sebagai pelukis. Malah menantunya, Nik Rafin, 30, (suami Nurhayati) juga mengikut langkah yang sama. Cuma isterinya, To’ Puan Hazimah Hamid tidak melukis, tetapi sebagai pengkritik karya suami dan anak-anaknya.

Paling menarik, nama keluarga ini pernah dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘Bilangan Artis Yang Paling Ramai Dalam Satu Keluarga’ di Malaysia. Ini berikutan pameran seni pertama mereka, ‘All In The Family’ di Hotel Hilton, Kuching, Sarawak pada 2002. Ketika itu keluarga seramai sembilan orang ini berusia di antara tiga hingga 54 tahun.

Kini hasil karya keluarga istimewa ini dipamerkan dalam pameran ‘Keluarga Seni’ di Balai Seni Lukis Negara (BSLN) Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sehingga 17 April ini. Paling istimewa pastinya karya anak bongsunya yang berusia enam tahun, Nursuraya yang menghasilkan karya berbentuk naif.

Bekas pegawai polis yang menamatkan perkhidmatannya sebagai Komisioner Polis Sarawak dan Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sarawak pada 2003 kini menumpukan sepenuh masa kepada bidang lukisan selepas bersara.

Sejak di bangku sekolah lagi, lukisan sudah begitu sinonim dengan Yusoff, 57. Malah, sepanjang 34 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Yusof masih mampu meluangkan masa untuk melukis walaupun begitu sibuk dengan tugas. Apa yang pasti, keupayaan Yusoff menyuburkan minat melukis kepada anak-anaknya pasti dikagumi.

”Pada mulanya anak-anak tidak menunjukkan minat, sebaliknya saya yang menggalakkan. ‘Misi’ saya bermula dengan anak sulung, Nurhayati.

Pada awalnya memang susah tetapi dia akhirnya mula menunjukkan minat apabila saya tidak jemu memberikannya warna, pensil dan kertas. Namun, saya selaraskan dengan bidang akademik dan agama,” katanya.

Kerja Yusoff menjadi lebih senang apabila anak sulung mula menunjukkan minat. Kejayaan Nurhayati dalam beberapa pertandingan melukis yang disertai membuatkan adik-adiknya mula menunjukkan minat. Seterusnya mereka mula berlumba-lumba memasuki pertandingan melukis untuk membuktikan siapa yang terbaik.

”Saya berbakat dalam bidang lukisan. Saya terfikir untuk menggalakkan anak-anak mengikut jejak langkah saya kerana kagum dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Sidek Kamar (badminton), The Jackson Five (kumpulan nyanyian) dan The Osmonds (kumpulan nyanyian),” katanya.

Kebolehan anak-anaknya bukan setakat melukis, malah dibuktikan dengan kemenangan dalam pelbagai pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Contohnya, tiga daripada mereka terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan melukis Olimpik Kanak-Kanak Antarabangsa di Switzerland pada 1993 dan berjaya mendapat tempat pertama dan kedua.

Selain itu, bidang akademik juga diberi keutamaan dan ini terbukti apabila Nurhayati, Nurazmal, Nurhidayah dan Nursyuhadah berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Gaya persembahan, tema dan teknik lukisan keluarga ini berbeza di antara satu sama lain sama ada berbentuk realis, abstrak, semi-abstrak dan naif. Penggunaan media seperti cat air, cat minyak, akrilik, warna poster, pensil warna, pastel dan krayon.

Koleksi lukisan keluarga ini juga boleh dilihat di galeri milik Yusoff, iaitu Golden Palette di Subang Jaya, Selangor.

”Lukisan bukan setakat keistimewaan keluarga saya, tetapi menerusinya kami memupuk nilai kasih sayang menerusi ekspresi tersendiri,” katanya.

alwancomics

ruangan ini khusus utk kita mengenali para pelukis yg byk menyumbangkan bakatnya dlm menghidupkan majalah2 islami di Malaysia ini

alwancomics.com

CREATIVE ENTERPRISE

CREATIVE ENTERPRISE bermula sebagai sebuah syarikat penerbitan kecil pada awal 1978 dan melonjak sebagai nama yang disegani dalam industri penerbitan berikutan kemunculan majalah GILA-GILA pada 1 April, 1978.

Dengan berpandukan konsep majalah MAD yang sedia popular di pasaran antarabangsa, GILA-GILA terus meledak di pasaran. Cetakan pertamanya yang berjumlah 10,000 naskah habis dalam masa beberapa hari sahaja. Dalam penerbitan pada bulan-bulan berikutnya, permintaan ke atas GILA-GILA meningkat menjadi berkali ganda.
Kemunculan GILA-GILA jelas membawa dimensi baru bukan sahaja dalam dunia penerbitan tanahair, tetapi juga terhadap industri kartun keseluruhannya. Walaupun sebelum wujudnya GILA-GILA telah ada majalah-majalah beridentitikan kartun dan komik, namun kebanyakannya tenggelam dalam lambakan majalah-majalah hiburan dan tabloid yang menguasai pasaran pada era itu.

Dengan peningkatan permintaan yang berterusan, Creative Enterprise akhirnya memutuskan untuk menerbitkan GILA-GILA secara dua kali sebulan (bi-monthly) mulai February 1979 dan bermula dari saat itulah, Creative Enterprise bersama GILA-GILANYA tidak menoleh ke belakang lagi.

Mengiringi penerbitan GILA-GILA pada awal penghujung 1970-an ialah sebuah lagi majalah yang dikhususkan untuk kanak-kanak iaitu BAMBINO. Majalah yang berpaksikan pendidikan ini turut menjadikan kartun dan komik sebagai sebahagian daripada medium utamanya.

Selepas BAMBINO, Creative Enterprise menerbitkan pula majalah HUMOR dan kemudian diikuti oleh FANTASI. Pada waktu ini jugalah, ia mula bergerak secara lebih serius sebagai penerbit novel. Bermula dengan novel WARISAN, pemenang sayembara anjuran Gapena dan Yayasan Sabah, Creative Enterprise yang ketika itu telah dikenali sebagai Creative Enterprise Sdn. Bhd. (CESB) terus bergiat cergas menerbitkan judul demi judul yang lain. Sehingga kini telah hampir 500 judul berjaya diterbitkan dan sehingga kini juga, CESB kekal menjadi syarikat yang terunggul dalam dunia penerbitan novel tanahair.

Serentak dengan kegemilangan yang dicapai melalui novel-novelnya, CESB turut menikmati pelbagai kejayaan lain. GILA-GILA misalnya tidak sekadar diterima sebagai sebahagian daripada bacaan kebanyakan keluarga di Malaysia, malah menjadi rujukan setiap individu yang meminati dunia kartun, baik di kalangan bakal kartunis mahupun di kalangan golongan akademik. Majalah ini juga yang jumlah pengedarannya pernah mencapai 250,000 naskah setiap keluaran turut menjadi pencetus kepada kemunculan pelbagai majalah kartun lain yang berada di pasaran sekarang. Dengan perkataan lain ia benar-benar menjadi paksi kepada perkembangan dunia kartun di Malaysia.

Di tengah-tengah kegemilangan itu, CESB bagaimanapun terpaksa akur pada tuntutan keadaan di mana ia menyaksikan BAMBINO, HUMOR dan FANTASI diberhentikan sementara penerbitannya. Namun pemberhentian penerbitan majalah-majalah itu sesungguhnya lebih bersifat ‘tactical retreat’ kerana usaha-usaha untuk menerbitkannya semula telah pun bermula sekarang.

Selain majalah dan novel, CESB pernah dan masih bergiat cergas dalam penerbitan karya-karya berbentuk koleksi kartun, produks-produks sampingan (spin-off) yang meliputi beraneka barangan, dari memo pad dan poskad sehinggalah pada cadar dan celana dalam. Semuanya tidak dilakukan semata-mata atas factor-faktor komersil, tetapi lebih didorong oleh komitmen yang bersungguh-sungguh dalam usaha untuk memartabatkan industri yang diceburi, khususnya yang berteraskan seni kartun, seni lukis dan seni penulisan.

Dengan dorongan yang sama jugalah CESB berusaha membuka rangkaian cawangannya, baik dalam bentuk ruang pameran di premis kekal seperti Creative Corner di Jalan Tun Ismail, Kuantan dan di tingkat bawah bangunan pejabat CESB, serta ruang-ruang pameran sementara yang sering muncul di pelbagai kompleks dan premis perniagaan di seluruh negara.

Dalam usaha untuk mengembangkan langkahnya, CESB turut berhasrat untuk melebarkan lingkungan penglibatannya dengan mengusahakan galeri lukisan dan kelas-kelas khusus bagi melatih bakal pelukis, kartunis dan penulis. Pada masa yang sama syarikat ini turut melangkah ke dunia penerbitan bahan-bahan bacaan bercorak umum dan akademik. Semuanya dilakukan dengan satu matlamat; meminta yang berkat, memberi yang bermanfaat!

Karya pelukis muda - Tidak dipinggirkan

Oleh ANI AWANG



Lima pelukis dari kiri Hairudin Nasir, Azmi S.H., Nur Azmi Mokhtar (duduk), Azmi Aris dan Khairul Azuwan Ishak pada pameran Art Through The Heart di City Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

PAMERAN seni tampak di ibu kota Kuala Lumpur sejak beberapa dekad lalu memberi tumpuan kepada paparan karya-karya pelukis veteran berbanding dengan karya pelukis muda.

Pun begitu tidak bererti karya pelukis muda dipinggirkan. Malah karya-karya mereka diakui dapat memberi sumbangan terhadap perkembangan seni tanah air.

Baru-baru ini pelukis muda diberi peluang tampil mempamerkan seni tampak untuk mengisi Tabung Institut Jantung Negara (IJN)

Pameran Art Through The Heart di City Square, Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur baru-baru ini telah menghimpunkan kira-kira 63 karya catan dan lima arca oleh 22 orang pelukis dalam dan luar negara.

Ekspresionisme - Dialog warna dengan khalayak

Oleh AZMAN ISMAIL



SUZLEE Ibrahim menyiapkan salah satu lukisan dalam Space Series di studionya di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

MENGEMBARA dalam warna merupakan istilah yang paling tepat untuk bercerita tentang pelukis ekspresionis terkenal tanah air, Suzlee Ibrahim.

Sejak tahun 1995, beliau dianggap sebagai pelukis yang paling konsisten dengan aliran dan gaya ini. Menerusi warna, beliau menceritakan secara visual tentang kebimbangan, keindahan, ketakutan dan sebagainya.

Sapuan berus yang bersahaja dan spontan, catan tebal dan tekstur yang kasar pada permukaan kanvasnya, melambangkan suatu pergerakan idea atau perasaan beliau.

Tidak dinafikan, gaya ekspresionisme oleh pelukis Jackson Pollock dan Willem de Kooning mempunyai pengaruh besar terhadap karya-karya awal Suzlee terutama dari aspek gestural dan tekstural.

http://www.utusan.com.my/utusan/

Terendak lampu motif awan larat

MOTIF awan larat berwarna-warni yang menghiasi dada wau memberikan kesan tersendiri apabila ia terbang tinggi di udara – menggambarkan betapa indahnya kerja seni ini.

MOTIF awan larat hiasan popular pada wau kini dialihkan kepada terendak lampu.

Bersandarkan motif yang penuh bergaya itu, seorang pengusaha wau di Baling, Kedah, Kasmin Abdul Jabar mengilhamkan motif itu dalam rekaan terendak lampu yang mampu memberikan kesan sama pada kediaman.

Masih dalam peringkat penyelidikan dan pembangunan, terendak lampu yang dihiasi motif-motif wau itu dihasilkannya sejak dua tahun lalu, melalui syarikatnya Wau Baling Bunga Tanjung. Ia adalah usaha sampingan terhadap kraftangan wau yang dihasilkannya.

“Saya mendapat ilham menghasilkan terendak lampu sebegini hasil daripada pemerhatian yang dijalankan di beberapa hotel yang mana saya lihat mereka lebih banyak menggunakan lampu tidur serta lampu hiasan dengan terendak yang berwarna seperti putih dan kuning cair.

Apa yang lebih menarik kata Kasmin, corak ini adalah corak tempatan jadi secara tidak langsung ia menggambarkan identiti tempatan yang kaya dengan bunga hiasan yang menarik.

Menggunakan kayu Jelutung sebagai rangka, terendak lampu ini menggunakan kain sebagai lapisan pertama sebelum dikemaskan dengan kertas berwarna bagi menonjolkan corak yang menghiasinya.

“Proses menghasilkan corak sama seperti menghasilkan corak pada wau dan ia ditampal pada kain bagi memberikan daya ketahanan yang lebih berbanding kertas yang mudah koyak,” katanya.

Walaupun masih baru, ilham terendak lampu ini sudah melangkaui seberang laut yang mana ia dipertunjukkan pada masyarakat Amerika Syarikat tahun lalu, sewaktu Kasmin menyertai satu pameran yang dianjurkan Pelancongan Malaysia.

“Sambutan sangat menggalakkan dan mereka yang melihatnya menyatakan tidak pernah melihat terendak lampu sebegini, cuma kami tidak dapat menjualnya kerana perkakasan elektrik yang digunakan pada terendak lampu ini tidak sama dengan piawaian barangan elektrik di sana,” katanya.

– Azran Jaffar

Pelukis muda - Perlu tonjolkan seni mantap

Oleh ANI AWANG


RAJA Azhar Idris memegang talam kaca unik yang dihasilkannya.
--------------------------------------------------------------------------------

PELUKIS muda perlu memanfaatkan seni tampak yang boleh menjadi elemen penting mencerminkan pelbagai tafsiran.

Elemen tersebut berfungsi menceritakan persekitaran, masyarakat, emosi dan falsafah yang kebanyakannya diadaptasi daripada perasaan dan pemikiran seseorang.

Menyedari kepentingan seni tampak kepada seni bangsa, pelukis veteran Raja Azhar Idris berkata, pelukis muda disaran supaya mencipta seni tampak yang berlainan agar seni yang dihasilkan itu bertambah mantap.

``Kebanyakan pelukis muda berbakat di negara ini mempunyai potensi untuk maju setanding dengan pelukis terkenal jika mereka sedia bersungguh-sungguh untuk menonjolkan pelbagai konsep dan gaya seni yang baru.

``Mereka yang terdidik secara formal di mana-mana universiti, terbukti mempunyai reputasi yang baik untuk menjadi pelukis terkenal pada suatu masa nanti,'' kata beliau ketika ditemui di galerinya, Art Case Galleries Sdn. Bhd., City Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Raja Azhar yang banyak membuat pameran seni tampak di negara ini berkata, kebanyakan karya-karya pelukis yang dihasilkan oleh pelukis negara ini secara tidak langsung menonjolkan identiti seni dan bentuk-bentuk kebudayaan bangsa.

Kata Raja Azhar, tidak banyak seni kaca dihasilkan oleh pelukis di negara ini kerana kosnya yang tinggi.

``Saya menghasilkan seni kaca ini kerana ia bidang baru yang mendapat sambutan khalayak.

``Karya seni itu boleh dijual antara RM200 hingga mencecah ratusan ribu ringgit,'' tegasnya.

Menurut beliau, generasi baru sewajarnya memanfaatkan peluang yang ada dengan menggunakan pendekatan baru ke arah melahirkan bentuk seni tampak yang baik.

``Kita sepatutnya menampilkan pelbagai imej seni yang baru dalam kehidupan seharian kerana seni hasil lakaran tersendiri adalah indah,'' katanya.

Beliau memberi contoh, karya pelukis muda, Latif Maulan yang menggunakan arkilik dalam menghasilkan lukisan buah dan batik sebagi sesuatu yang baru.

``Inilah perubahan seni tampak yang perlu ditampilkan bagi tatapan khalayak,'' katanya.

Friday, May 13, 2005

Lahir Nafas akibat dendam pada besi


BAGI pengarca, Raja Shahriman Raja Aziddin, setahun tidak menempa besi menimbulkan rasa dendam seninya. Dendam itu bukan semata-mata kerana nilai kesenimannya bagaikan sudah hilang tetapi kerana rasa bersalah melahirkan arca berbentuk figura.


Daripada dendam yang membara itu lahirlah Nafas, siri arca logam yang dilahirkan daripada satu daripada empat elemen yang dikaitkan dengan kejadian manusia iaitu tanah, api, air dan angin.

Nafas adalah karya terbaru Raja Shahriman, 37 yang kini sedang dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara. Ia adalah siri reka bentuk yang dihasilkan selama dua tahun selepas beberapa tahun mendiamkan diri sejak menghasilkan karya Gerak Tempur, Api Bayangan dan Kemenyan serta Semangat Besi.

Jika selama ini arca-arcanya lebih memihak kepada figura, namun konflik yang menggolodak di dalam batinnya menyebabkan Raja Shahriman yang berasal dari Kuala Kangsar Perak cuba mengosongkan mindanya dengan bayangan itu.

Hasilnya ialah Nafas yang berupa jaluran garisan yang dilihat berbentuk seperti tangan, kaki juga bentuk tubuh manusia.

“Walaupun orang mungkin melihat arca dalam siri Nafas ini sebagai figura, tetapi bagi saya ia adalah proses seseorang itu memandangnya, namun pada saya ia bukan figura dan konflik terhadap figura telah saya selesaikan dalam diri,” kata Raja Shahriman pada pembukaan pamerannya baru-baru ini.

Berpakaian serba hitam termasuk songkok, sama seperti arca yang dihasilkan, beliau berkata, walaupun arca itu seolah ada kaki dan tangan, ia terlalu berbeza kerana apa yang ditimbulkan adalah gerakan elemen udara.

“Pengambilan unsur angin ini adalah kerana saya beranggapan angin boleh dirasa dan ia boleh dilihat, seperti apabila angin meniup daun kita akan nampak daun itu bergerak,” katanya.

Pergerakan-pergerakan inilah bagi Raja Shahriman yang membentuk kepada garisan-garisan yang diluahkannya dalam Nafas, arca yang dihasilkan daripada logam yang ditempa.

Apa pun, kata Raja Shahriman, Nafas bukan saja menyerlahkan unsur angin tetapi juga seolah memberikan kehidupan kepada daya senimannya dan berasakan pameran yang dilangsungkan membuatkan beliau seperti bernafas kembali.

“Saya rasa lepas ini saya bertenaga semula dan jiwa seni saya lahir semula,” katanya menunjukkan riak gembira.

Pun begitu katanya, Nafas turut memberikan beliau penyelesaian kepada masalah kesempurnaan bahan yang mana untuk menghasilkan arca Nafas beliau menggunakan mesin untuk kerja-kerja berat manakala menggunakan kudrat tangan dalam kerja membentuk.

Kerana itu kata Raja Shahriman, Nafas menjadi karyanya yang terbaik kerana dapat mengolah bahan subjeknya dengan begitu baik tanpa wujud perasaan bersalah dalam dirinya.

“Dari segi estetikanya pula ia lebih bebas berbanding siri-siri lalu,” jelasnya.

Walaupun Nafas dianggap karya terbaik, tetapi bagi Raja Shahriman setiap arca yang dihasilkan sejak siri pertamanya tetap mempunyai nilai yang tersendiri cuma masa dan proses yang membezakan pembentukannya.

Dengan arca yang terus dikekalkan, bagi Raja Shahriman, figura yang dimujaradkan (tidak sempurna, contoh tiada kepala) adalah nafas yang hidup kerana nafas itu tiada beku dan bukannya patung tidak bernafas.

Dipetik dari http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dekor/

Manusia dengan kuasa jahat


NAMA Mohd Hairi Yaakub mungkin agak asing kepada peminat seni halus, tetapi anak muda kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini memiliki identiti dan reputasi tersendiri dalam menghasilkan karyanya.

Seperti Let Me Speak, pameran keduanya tahun lalu yang memperkatakan mengenai krisis budaya, kali ini Hairi tampil dengan Pemain Wayang, pameran yang akan berakhir 29 Oktober ini di Badan Warisan Malaysia, Jalan Stonor di ibu negara.








"SAYA sukakan idea Klimt". Mohd Hairi di samping potrait karyanya yang dipengaruhi Rawana. - Gambar oleh Nadim Bokhari

Mengulas mengenai karyanya Regius Profesor di University Aberdeen, Scotland Peter Davidson berkata, imej yang dipaparkan sangat kuat dengan sentuhan gaya ‘expressionist’ dan melontarkan darjah kemarahan yang boleh dilihat dengan jelas.

“Apa yang ingin saya tonjolkan kali ini lebih kepada rentetan pengalaman kali ini lebih kepada kemanusiaan, jika dilihat watak hitam dalam wayang kulit Rawana turut ditonjolkan pada setiap catan mewakili asimilasi budaya yang diterima pakai oleh masyarakat Melayu,” katanya.

Tetapi Rawana dalam setiap catan juga menceritakan tentang hipokrasi dan sikap kepura-puraan manusia justeru setiap watak dalam catan Hairi kelihatan menyendiri dan pasif.

Seperti juga Let Me Speak, Pemain Wayang juga menyerlahkan potret lelaki yang menyembunyikan sesuatu. Tema keasingan dan pembelotan adalah antara tema utama yang cuba disampaikan pelukis muda ini.

Walaupun tema keasingan dan kuasa jahat yang terdapat dalam naluri setiap manusia adalah tema utama pameran ini terdapat juga lukisan yang mempamerkan emosi lain seperti perasaan marah yang tidak dapat diungkapkan hinggalah ke emosi yang tenang seakan-akan dalam mimpi yang biasa terdapat dalam karya pelukis terkenal Austria, Gustav Klimt.

“Saya sukakan idea Klimt tapi bukan penampilan karyanya. Klimt lebih dekoratif, erotik dan sensual tetapi saya membawakan mesej berat tetapi masih dipengaruhi idea Klimt,”

Meskipun memilih potret sebagai dominasi pameran, Hairi memang memiliki gaya tersendiri. Idea Klimt memang boleh dilihat menerusi potret lelaki marah dan keasingan tetapi potret buah tangan Klimt lebih sensual dan erotik seperti Idyll (1884), Goldfish (1901-2) dan Hope I (1903) manakala landskap Klimt lebih berwarna warni menerusi Poppy Field (1907).

Sesuai dengan acuan tempatan Hairi cuba membawa persoalan manusia yang bosan dengan dunia penuh kepura-puraan dan hipokrasi. Watak Rawana, watak hitam dalam wayang kulit kelihatan merata-rata dalam setiap catan.

Dalam kebanyakan lukisan, bentuk lukisan lelaki ditampilkan separuh kelihatan atau dalam kegelapan. Ada juga sedikit pengaruh Ahmad Fuad Osman tetapi idea dan identiti Hairi yang gemar pada lukisan figura lebih jelas kelihatan.

Setiap watak dalam lukisannya seakan bersendirian, terasing dan hidup dalam mimpi ngeri hipokrasi masyarakat keliling. Apa yang cuba ditonjolkan Hairi permainan bayang-bayangan di antara manusia dan kuasa jahat yang mengundang persoalan bila dan bagaimana permainan ini akan berakhir dan siapa yang akan menang, manusia atau kuasa jahat itu.

Pameran ini adalah pameran yang sangat intense yang banyak menggambarkan keadaan sebenar jiwa manusia yang mengalami pelbagai konflik yang diketengahkan penuh seni dan matang.

Dipetik dari http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dekor/

Alam bersatu dalam karya catan Yong


ANTARA karya catan Yong yang menggabungkan kehidupan dan alam.

“Melalui lukisan, saya dapat menyampaikan pemikiran dalaman serta emosi saya terhadap manusia sejagat dan alam sekitar yang kita diami manakala alam semula jadi pula memenuhi dan mengisi kehendak artistik ini,” demikian luahan Yong Cheng Wah dalam menyatakan pandangan terhadap karya-karyanya.

Disebabkan itu, alam bagaikan tidak dapat dipisahkan daripada pelukis berusia 61 tahun yang berasal dari Pulau Pinang itu, kerana antara beliau dengan alam bagaikan ada kesatuan dan sentiasa menjadi bahan untuknya berkarya.

Terkenal sebagai pengkarya yang banyak menghasilkan catan berkonsepkan batik, Yong, anak kepada antara pelopor lukisan moden di negara ini, Yong Mun Sen, kini sedang mempamerkan 75 karya catan minyak siri 2004 di Mun Sen Gallery, Bangsar.


ENDON menghayati lukisan Yong bertajuk Flourishing Joyous.


Pameran berbentuk kebajikan itu dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Endon Mahmood dan akan berlangsung sehingga 8 Januari ini yang mana empat pertubuhan akan mendapat manfaat daripadanya.

Pertubuhan-pertubuhan itu ialah Majlis Kanser Nasional, Persatuan Kebangsaan Angin Ahmar Malaysia, Yayasan Buah Pinggan dan Mercy Malaysia.

Bagi siri ini, sebagaimana sebelumnya, Yong masih mengekalkan kecintaannya kepada alam sekitar, namun penerokaannya agak lebih jauh yang mana ada beberapa yang menceritakan mengenai kehidupan masyarakat orang asli.

Perlukisan masyarakat ini adalah sebagai penyatuan sejarah yang ingin dirakamkan dan apa yang jelas, selain lukisan alam, Yong turut menampilkan sebuah potret diri.

Dengan tajuk-tajuk There is no Place Like Home, Flourishing Joyous dan Sacred is My Home, Yong bagaikan meminta kehidupan masyarakat ini dikekalkan dan usah diganggu.

Dalam We Love Our Home misalnya, di samping warna-warna batik yang ditumpahkan pada kanvas, Yong cuba mendekatkan masyarakat dengan kehidupan golongan ini yang mana mungkin ramai tidak mengetahuinya.

Begitu juga dengan Mother Nature, yang mana limpahan warna kuning dan jingga pada kanvas memperlihatkan di sebalik kehidupan yang sederhana, mereka tetap bersemarak dalam mengharungi kehidupan.

Di samping menceritakan mengenai masyarakat yang semakin berubah gaya kehidupannya itu, siri terbaru ini yang disiapkan Yong dalam masa dua tahun turut mengetengahkan kehidupan masyarakat desa yang penuh keharmonian.

Begitu juga dengan damainya alam semula jadi yang digambarkan melalui renangan ikan kap dan menjadi satu ikon yang cukup sinonim dengan masyarakat Cina.

Dalam perlukisan landskap pula, Yong menampilkan larian berus seakan gaya impresionisme, mengungkapkannya dalam bentuk abstrak dengan gubahan bentuk antara nampak dengan tidak.

Apa yang jelas, Yong sudah membentuk gaya tersendiri menjadikannya pelukis sebenar dan catannya membabitkan pengalaman peribadi di samping kajian subjek sebelum ia diluahkan pada kanvas.

Dipetik dari http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dekor/

Gaya tersendiri Sophia Vari


BAGINYA apa yang yang digambarkan di dalam catannya dan juga arcanya yang mengambil unsur geometri, kuantum dan bentuk adalah bertujuan untuk memanusiakannya di dalam ruang pengkaryaan.
Catannya banyak menyimpulkan bentuk empat persegi yang disusun berlapis manakala arcanya pula menjurus kepada lengkuk dan lengkungan dengan mainan warna terang yang digabungkan dengan kepekatan hitam, menampakkan kekukuhan sesuai dengan bahan gangsa yang digunakan dalam penghasilannya.

SOPHIA Vari dengan
satu daripada catannya
yang memperlihatkan pengaruh
kubik Picasso.


Jika Karim Raslan mengatakan kaedah itu memberikan kesan terkini dan keghairahan, seorang pensyarah seni halus di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan pula menyifatkan tidak ada apa yang begitu baru dalam karya pelukis kelahiran Greek ini.

“Bentuk-bentuk kiub yang dihasilkan bagaikan menghidupkan semula gaya Picasso dan apa yang dapat dikatakan Sophia adalah lanjutan kepada Picasso,” katanya ketika diminta sedikit ulasannya.

Apa pun, inilah gaya Sophia Vari, pelukis yang himpunan catan dan arcanya sedang dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara. Pameran yang bermula Isnin lalu akan berakhir pada 30 Januari ini.

Kaedah lapisan bentuk segi empat, sama ada yang dititiskan daripada tangannya atau melalui kaedah tampalan pada catannya yang diulang berkali-kali membentuk imej Sophia yang tersendiri.

Semenjak 1960-an karyanya sudah merantau ke seluruh dunia dan kerana hubungannya yang rapat dengan benua Eropah, Sophia bagaikan tidak dapat lari dari pengaruh itu yang menyaksikan pengkaryaannya diwarnai oleh latar belakang itu.

Sophia adalah hasil gabungan bapanya yang berbangsa Greek dengan ibunya yang berbangsa Hungary dan beliau mendapat pendidikan di beberapa tempat di Eropah seperti Switzerland, London dan Paris.

Tema kemanusiaan dalam karya Sophia lebih jelas pada arca yang dihasilkan kerana walaupun aliran yang dibawanya adalah abstrak, namun lengkung dan garis lurus yang terhasil menampakkan bentuk-bentuk manusia.

Sekali imbas arcanya mungkin membayangkan hasilan karya kanak-kanak yang bermain dengan alat tulis yang berada di dalam kotak pensilnya – dengan pembaris menghasilkan bentuk lurus dan pengasah pensil pula menghasilkan bentuk bulat, separuh bulat dan tiga suku bulat – namun imej manusia yang tidak ketara menimbulkan satu-satu persoalan yang hendak diungkapkan.

Penggunaan warna seperti merah, hijau dan biru yang senada tanpa tona di bahagian tertentu arca yang penuh hitam pula memberikan satu garis keceriaan.

Mungkin inilah yang dikatakan sebagai ghairah oleh Karim kerana hitam sememangnya menggambarkan sesuatu yang klasik dan palitan warna membentuk semacam tumpuan dalam ruang yang serba berlapis itu.

Jika pemilihan warna dalam arcanya agak garang, ia tidak begitu dilanjutkan Sophia di dalam semua catannya kerana ada masanya warna pastel turut mencorakkan kanvasnya dan ini memperlihatkan naluri kewanitaan dan keibuan yang tidak dapat ditinggalkan dalam nada serasi itu.

Apa yang jelas, di tangan Sophia, abstrak memberi makna serta gaya tersendiri dan di sebalik bermain dengan makna yang pelbagai, beliau menyatukannya kepada satu kesempurnaan bentuk.

Dipetik dari http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dekor/

Hiroshige 1797 - 1858

Profil Seminan:

Hiroshige yang terlahir bernama Ando Juemon adalah dari keluarga biasa yang berkecukupan. Namun pada umur 13 tahun, ia bersama kedua adiknya telah menjadi yatim-piatu dan harus menghadapi dunia fana yang tiada menentu.

Setelah mengalami kegagalan akhirnya ia diterima disebuah sanggar seni seorang seniman ternama bernama Toyohiro, waktu itu ia berumur 15 tahun. Gurunya segera mengetahui bakat si anak yang luar biasa dan wataknya yang lurus, sehingga ia mempercayakannya sebuah nama yaitu Hiroshige. Hiroshige yang terdiri dari dua huruf Kanji (aksara Han Tiongkok), huruf pertamanya diambil dari namanya sendiri dan yang kedua dari nama si anak. Tak lama kemudian, si anak menerbitkan hasil karya seni perdananya. Waktu itu ia baru berumur 16 tahun.



Dari tahun 1780 sampai dengan tahun 1800 merupakan zaman keemasan kesenian Ukiyo-e dimana banyak seniman terkenal seperti Hokusai, Utamaro dan gurunya sendiri saling bersaing menyempurnakan seni aliran ini. Seni lukisan Ukiyo-e (genre paintings) adalah lukisan berdasarkan kejadian sehari-hari. Namun seperti yang terjadi di negara Eropa, seni hanya disajikan untuk dan dinikmati oleh kalangan elit dari masyarakat Edo. Oleh karena itu, tema lukisan berkisar kehidupan para bangsawan atau figur wanita selebriti sedangkan lukisan pemandangan dengan aktivitas rakyat kurang diminati.



Namun di periode Edo berikutnya yang disebut periode kemunduran terjadi populerisasi-an seni ke masyarakat luas sehingga terjadi kelonjakan permintaan atas barang seni. Periode kemunduran yang berkaitan dengan depresi ekonomi (rupanya ada juga krismon di zaman itu!), menyebabkan segala percetakan harus dilakukan dalam jumlah besar untuk mencapai "economic of scale". Sehingga satu-satunya cara adalah memasarkan hasil seni kepada masyarakat luas dengan harga terjangkau.



Hiroshige yang berkarya di periode ini mendapat berkah tambahan karena bukan saja ia berbakat lebih dari itu tema lukisannya merakyat. Dalam lukisan-lukisan 53-Tahapan Tokaido misalnya ia menggambarkan aktivitas masyarakat Edo yang gemar berpergian mengunjungi tempat-tempat termasyhur dan tempat suci untuk beribadah walaupun harus menempuh perjalanan yang jauh (ingat belum ada mobil atau kereta api!). Oleh karena itu, Hiroshige juga dikenang sebagai seniman yang banyak andil dalam merakyatkan seni ke masyarakat Jepang.



Menurut perputaran kehidupan kosmik yang menggariskan kehidupan manusia atas dasar perputaran 60 tahun (sexagenary cycle), mencapai umur 60 tahun adalah waktu bagi seseorang memikirkan apa yang telah ia capai dan menatap kehidupan berikutnya. Dan kiranya itupun yang mungkin terlewat dalam benak si anak genius. Setelah berkarya seni sepenuhnya, Hiroshige meninggal dengan tenang di umur 62. Ia dikebumikan di vihara Togakuji yang terkenal di kota Edo (sekarang Tokyo).

portrait.jpg (59064 bytes)

Sebelum wafat, Hiroshige meninggalkan sebuah haiku perpisahan (haiku adalah puisi pendek Jepang yang sangat digemari):

Menanggalkan kuas di dunia ini,
Aku akan mengarungi
Tempat tempat
Di maha berikut

Dialog Seni: Lukisan batik di atas kertas jadi pilihan


FAUZIAH memilih motif haiwan sebagai bahan untuk berkarya.

FAUZIAH Harun, pelukis di Perkampungan Pelukis, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Beliau meneroka lukisan batik di atas kertas dan karya beliau mendapat tempat di hati orang kenamaan negara ini di samping turut menjadi koleksi peminat seni luar negara. Ikuti wawancara wartawan Sastera dan Budaya, SHAIDAH SHAFIE, dengan beliau.

MENGAPAKAH Fauziah memilih motif haiwan sebagai bahan untuk berkarya?

Saya sememangnya sayangkan haiwan khususnya kucing. Di rumah saya memelihara 10 kucing. Selain kucing, cicak, gajah, kura-kura, rama-rama, penyu dan katak pernah mendapat tempat dalam karya saya. Sifat sayangkan haiwan ini menebal dalam diri dan mendorong saya mengangkat spesies berkenaan ke dalam karya saya.

Fauziah memilih batik di atas kertas. Tidak teringinkah mencorakkannya di atas kain dan bertukar kepada motif lain?

Batik di atas kertas lebih cepat dan senang menghasilkannya. Lagi pun saya jarang bertemu batik di atas kertas. Bertitik tolak daripadanya saya terfikir mencuba teknik batik di atas kertas. Setakat ini batik di atas kertas karya saya mendapat sambutan daripada peminat seni lukis tempatan mahupun pelancong asing. Buat masa ini saya akan bertahan dengan teknik ini. Nampaknya saya selesa dengan kucing dan cicak. Hendak mengangkat bunga ke dalam karya, ia sudah terlalu biasa. Begitu juga dengan pemandangan. Mungkin suatu hari nanti saya beralih kepada kumbang atau unggas yang difikirkan comel dan menarik.

Kebanyakan karya Fauziah berwarna terang. Mengapakah demikian?

Saya memilih warna terang untuk memberi impak ceria kepada khalayak. Tambahan pula saya tidak suka bermain dengan warna suram. Pada saya warna dalam kelompok terbabit memberi semangat tersendiri untuk saya terus berkarya. Bagaimanapun ada juga kombinasi warna yang saya adun menimbulkan kesan meresahkan pada kerja melukis dan saya tidak akan mengulanginya. Kata orang bermain dengan warna tidak salah tetapi warna batik lazimnya terang dan bertenaga.

Apakah masalah yang sering Fauziah hadapi dengan bahan tara ini?

Selalunya tiada masalah besar. Bagaimanapun jika berlaku kerosakan, secara tidak langsung pembaziran berlaku. Saya melukis menggunakan sejenis pen khas dan dakwatnya ialah cecair yang apabila kering, boleh ditarik seperti getah. Melukis batik di atas kertas memerlukan kepantasan kerana dakwatnya cepat beku. Begitu juga ketika mewarna. Saya tidak boleh teragak-agak meletakkan warna. Jika pergerakan saya lambat, berus dan kertas akan menjadi kembang serta hasilnya tidak cantik. Menjadi tabiat saya menyimpan kertas lukisan yang rosak sebagai koleksi peribadi.

Lazimnya sesebuah lukisan berukuran besar dapat disiapkan dalam masa berapa hari?

Selalunya dua hingga tiga hari dan ia bergantung kepada elemen cuaca. Untuk saiz kad ucapan, saya boleh menyiapkan dalam jumlah yang banyak kerana ia kecil dan cepat kering.

Pernahkah Fauziah menerima pendidikan formal dalam bidang seni lukis?

Tidak pernah. Saya bermula dengan melukis di atas seramik. Kemudian di atas kaca, bingkai gambar, tempurung, batu dan kain. Ketika ini saya bekerja di sebuah kedai aksesori di Taman Tun Dr Ismail. Pemilik kedai berkenaan berbangsa Cina dan menyuruh saya belajar melukis di atas aksesori wanita. Sejak itu saya mula berminat melukis di atas bahan kecil seperti anting-anting, piring, balang kaca dan lama kelamaan minat itu bertambah konsisten. Saya belajar sedikit demi sedikit dan berusaha meningkatkan pencapaian diri. Kesungguhan mencuba dan berusaha meninggalkan kesan memberangsangkan kepada kerjaya saya kini. Saya membuat keputusan berhenti berkerja dan berusaha melukis menggunakan teknik batik di atas kertas yang kini menjaya kerjaya saya sepenuh masa.

Apakah Fauziah pernah mengadakan pameran di luar negara? Siapakah pembeli karya Fauziah?

Setakat ini saya hanya berpeluang mengadakan pameran di dalam negara. Bagaimanapun ia tetap pencapaian yang membanggakan kerana ada karya saya yang dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara (BSLN). Antara pembeli karya saya ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isterinya, Datin Seri Hendon Mahmood. Saya bernasib baik kerana ada pelanggan tetap. Ada sebuah keluarga dari Amerika Syarikat yang meminati karya saya dan akan menempahnya pada setiap Krismas untuk dijadikan sebagai kad Krismas. Selain itu, ada beberapa individu yang membeli untuk koleksi mereka sendiri. Selain lukisan, saya juga menghasilkan kad ucapan. Remaja dan kanak-kanak yang dibawa ibu bapa memang gemar lukisan bersaiz kad.

Nampaknya Fauziah ada pelanggan tetap. Tidak teringinkah membuka galeri?

Mungkin itu kelebihan saya. Ke mana saya bawa dan pergi, khalayak kenal karya saya berdasarkan objek dan warna. Membuka galeri adalah impian semua pelukis. Saya perlu menggali lebih pengalaman, mengumpul modal dan menarik minat pelanggan. Pengetahuan mengendalikan galeri juga penting dan ia sebenarnya tidak semudah yang dibayangkan. Insya-Allah.

Dipetik dari http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Sastera

Wajah Bali dalam Seni Lukis Video Realistik

Oleh: Rifky Effendy

TAHUN 1960-an, tradisi seni lukis internasional memasuki babak baru. Lukisan bagi para seniman masa itu tak lagi harus menjadi medium yang terus melarikan diri dari kejaran teknologi reproduksi macam fotografi dan film. Setidaknya tradisi itu "dipatahkan" oleh orang-orang macam Andi Warhol dan Gerhard Richter. Seni lukis dan fotografi maupun film terbukti bisa menjalin hubungan mesra melalui aspek-aspek visualitas maupun sebagai bentuk referensi gagasan.

Saat ini perkembangan teknologi multimedia seperti kemunculan komputer grafik dan reproduksi digital dalam bentuk foto dan video cukup membuat banyak perubahan signifikan dalam estetika maupun keartistikan. Bukan hanya mempengaruhi penggunaan medium, tetapi juga yang lebih menarik adalah bagaimana multimedia sebagai sumber gagasan dalam praktik seni lukis. Hal ini dilakukan oleh Filippo Sciascia, seorang perupa asal Italia yang bekerja dan menetap di Pulau Bali. Ia tertarik, terdorong, dan terinspirasi citraan video dalam karya-karya seni lukisnya.

Pameran tunggalnya di Gaya Fusion of Sense, Ubud, mulai 28 November tahun lalu sampai 28 Januari 2004, menghadirkan puluhan lukisan yang dibuat mulai dari tahun 2002 sampai dengan tahun 2003. Selama hampir setahun lebih secara khusyuk Filippo dalam lukisannya menekuni wajah Ni Kadek Murtini, seorang gadis pribumi. Wajah Kadek tampil dengan apa adanya, bibir agak tebal merekah dan bergincu, mulutnya kadang terbuka sedikit hingga tampak giginya yang rapi dan bersih, pipi berisi dan membulat, matanya yang bening menatap dengan lembut dan kadang melirik ke kiri dan kanan, hidungnya agak melebar dan tak begitu mancung tapi seimbang dengan struktur wajahnya. Di dahi, tepat di antara kedua alis mata tebalnya, ada hiasan menempel yang umum digunakan oleh para perempuan Bali dalam acara ritual keseharian. Rambut hitamnya diikat ke belakang dan tampak tak begitu rapi. Singkatnya, Kadek adalah sosok gadis Bali kebanyakan.

Filippo merekam wajah gadis itu secara dekat (close-up) dan frontal dengan kamera mini DV beberapa saat. Dia tak sedang pergi ke ladang, menari, maupun mandi telanjang di sungai. Kadek hanya direkam sebatas wajah dengan berbagai rupa. Tetapi Filippo kemudian mengulang-ulang rekaman wajah itu melalui perangkat lunak penyunting gambar pada komputer laptopnya, diubah-ubah warnanya, kadang diberi efek khusus, diberi warna atau diperbesar sehingga muncul kotak-kotak piksel berbagai ukuran. Berbagai citraan hasil reka-reka ini kemudian ia pindahkan ke atas bidang kanvas maupun lempengan logam dengan cat minyak. Kadek membuatnya terpesona, bukan karena hasrat yang dialami Bonnet. Wajah itu lebih punya magis dalam layar monitor.

Sebelumnya, lelaki kelahiran tahun 1972 ini memang sudah menampilkan lukisan-lukisan serial wajah Kadek, sebagian karyanya pernah ia tampilkan dalam CP-Open Biennial bulan September tahun lalu di Jakarta. Pada saat itu, ia menampilkan instalasi lukisan dan rekaman video. Ia menjejerkan empat wajah Kadek: di atas sebidang kanvas yang mencitrakan laptop dengan wajah Kadek hitam-putih di layarnya, di atas permukaan bagian bokong wajan yang menyembung dan bulat, sebidang kanvas besar yang hanya mencitrakan wajah sangat dekat serta layar televisi yang menayangkan rekaman video wajah Kadek yang diulang-ulang (looping). Pada karya-karya ini bisa melihat jalinan antara referensi dan representasinya secara rampak atau jukstaposisi; realitas Kadek dalam layar televisi dan transformasinya dalam medium cat minyak di atas berbagai permukaan. Kemagisan seni lukis dan multimedia.

Filippo, yang beberapa kali berpameran tunggal di Ubud sejak tahun 2000, memang banyak terpengaruh oleh persoalan medium. Ia, yang kesehariannya juga bekerja sebagai perancang grafis, pernah memamerkan karya-karya yang didominasi fotorealistik. Seperti tahun 1998 sampai dengan tahun 2001, ia pernah memamerkan wajah-wajah orang Afrika, Sumba, maupun seri lukisan telanjang. Ia pernah mengakui pada saya, bahwa penggambaran fotorealistik memang terpengaruh oleh pelukis Jerman, Gerhard Richter, yang beberapa karyanya pernah dipergelarkan di Jakarta pada tahun 2002. Bahkan Filippo mengagumi dan menganggapnya sebagai guru dan sumber gagasannya. Terutama bagaimana sensibilitas Richter menguasai teknik melukis cat minyak dan mengamati serta menangkap subyek melalui fotografi, terutama citraan kaburnya. Efek pengaburan gambar dan bagaimana melukiskan kembali foto cara Richter inilah yang ia kembangkan lebih lanjut pada karya-karya lukisan videonya.

Tengoklah pada karya berjudul Kadek 16 dan Kadek 17, di mana ia mendemonstrasikan teknik melukis dari citraan gambar diam (still image) video yang ditransfer melalui penyuntingan komputer yang mengakibatkan guratan-guratan secara horizontal maupun vertikal atau menangkap citraan dari layar monitor komputer yang licin dan datar. Juga kita melihat citraan gambar wajah pada karya Kadek 11 dan Kadek 18. Pewarnaan bernuansa karat kemerahan secara digital melalui perangkat lunak juga berhasil ia pindahkan ke atas kanvas melalui penjelajahan teknik guratan, cipratan, dan goresan kuas yang melapis tipis di atas gambar sebelumnya seperti pada Kadek 22 sampai Kadek 30.

Filippo memang mengakui tengah tertarik untuk menemukan suatu sistem melukis yang memberi jalan pada kedekatan realitas subyek lewat konstruksi citraan digital, terutama ketika ia mentransformasikan data citraan dari VCD ke dalam format DVD yang diperbesar menghasilkan gambar dari susunan komposisi piksel-piksel yang berukuran besar. Pada Kadek 01, 31, 32 dan 33 kita bisa melihat bagaimana piksel tersebut berubah warna dan secara optis membentuk kontur wajah Kadek. Lukisan piksel ini akan tampak jelas ketika kita lihat dari jarak yang lebih jauh. Sedangkan yang menggelitik, ia juga memindahkan citraan wajah itu ke atas permukaan kasur putih pada Kadek 02.

Dari pamerannya yang bertajuk "Video Painting Kadek" ini, juga menarik disimak adalah bagaimana realitas video dan multimedia telah membentuk subkesadaran kita pada pemahaman realitas. Melalui media-baru kita melihat dunia di mana semuanya terlintas secara elektronis di layar televisi dan monitor komputer yang tak pernah berhenti bergerak. Mata kita memindai ribuan bingkai gambar (frame) dengan jutaan piksel tiap menitnya. Sebaliknya dalam realitas lukisan, mata kita tertumbuk pada kestatisan tetapi mempunyai dimensi yang kompleks dan dalam, suatu citraan dengan dengan kesubliman, memungkinkan untuk melakukan refleksi dan permenungan. Lukisan Filippo seperti mengejawantahkan spiritualitas dunia digital yang selama ini dianggap "sihir" yang dingin dan dangkal.

Valerio Deho’ , kritikus Italia, pada kata sambutannya dalam katalog pameran mengemukakan bahwa tradisi melukis telah berubah sejak penggunaan camera obscura oleh pelukis macam Vermeer dan Canaletto pada tahun 1600 -an . Para pelukis jarang melihat langsung pada obyeknya dan tak lagi dekat dengan realitas. Terutama ketika munculnya fotografi pada abad ke-19, para pelukis kemudian memanfaatkannya sebagai alat perantara untuk memahami realitas terutama lewat cahaya, suatu citra representasi. Video dan media baru sebagai realitas perantara atau representasi abad ke-21 tentunya punya peran penting dalam membentuk dan mereduksi suatu keobyektifan mata kita melihat dunia, menciptakan suatu mental pencitraan yang mengambang gamang.

Lukisan video Filippo menjadi suatu wujud kritis pada media baru. Dalam melukis subyeknya ia harus memilih ribuan frame wajah Kadek, menggubah, merenungi, menafsirkan kembali dan lalu memindahkannya pada sebidang kanvas. Berkat keahlian melukis dan penguasaan medium, ia berhasil menjadikan wajah itu tersusun kembali. Dari susunan piksel yang hampa dan transparan ke dalam medium cat minyak yang solid dan kental emosi.

Kadek sang gadis Bali bukanlah wajah manusia yang tertangkap secara alamiah telanjang mata seperti yang dilakukan oleh Hofker, Le Mayeur, maupun Bonnet. Wajah itu adalah konstruksi dari cahaya berbentuk susunan jutaan piksel yang begitu cepat bergerak tetapi kemudian dibekukan, diurai dan digubah sedemikian rupa. Filippo membuatnya menjadi wajah Kadek yang baru: menjadi magis dengan merekonstruksi makna dunia Bali yang eksotis di abad digital yang penuh reka-reka. Wajah manusia dalam kenyataan multimedia.

Rifky Effendy Penulis dan Kurator Seni Rupa

Cetusan ilham rasa alam

PAMERAN Rasa Alam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2005 kali ini menampilkan kelainan dengan memaparkan keaslian karya luar negara iaitu Perancis, Jerman, Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, Brazil, Poland, England dan Denmark.

Selain itu, lebih ramai karyawan seni warga UKM sendiri termasuk pelajar, kakitangan dan pelukis jemputan seperti Kelab Senilukis Daerah Hulu Langat menyertai pameran itu.

Ia diserikan dengan kehadiran pelbagai medium karya termasuk cat minyak, cat air, sketsa, batik, arca, ukiran kayu, pastel, krayon, kartun, grafik, lakaran, fotografi dan campuran.

Berbekalkan hasrat memartabat dunia seni, Pusat Kebudayaan UKM menjadikan Anjung Seni dan Galeri Seni, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar), UKM, sebagai lokasi paling strategik untuk pameran itu yang diadakan hingga 30 April ini sempena sambutan 35 tahun universiti itu.

“UKM mengambil inisiatif menyatukan karyawan veteran dan baru untuk menganjurkan pameran seni tampak dalam pelbagai medium di UKM dengan harapan dapat membuka peluang kepada semua pihak untuk mempamerkan bakat seni halus bernilai yang dianugerahkan Tuhan di samping membina keprihatinan mengenai isu alam sekitar dari sudut pandangan orang seni.

“Saya amat berbangga kerana pameran ini menampilkan kelainan apabila melangkah setapak lagi ke arah dunia seni yang lebih bersifat antarabangsa apabila negara luar turut serta selain karya tempatan yang berkualiti,” kata Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Mohd Salleh Mohd Yasin, ketika merasmikan pameran berkenaan.

Pameran itu berlandaskan beberapa objektif utama termasuk memberi galakan kepada karyawan universiti untuk terus bergiat dan memperlihatkan karya mereka kepada masyarakat kampus dan tempatan.

Ia juga bertujuan menonjolkan kepelbagaian motif dan media daripada karyawan universiti dalam bidang seni tampak dan kraftangan, menambah karya seni tampak untuk dijadikan koleksi tetap UKM selain menuju ke arah penubuhan Muzium Seni UKM.

Bagi Yufazli Yusof, 21, Pameran Rasa Alam UKM 2005 kali ini dilihat banyak perbezaan berbanding pameran rasa alam sebelumnya.

“Kali ini saya dan pengunjung berpeluang menilai dan menghayati karya seni tempatan dan luar negara. Begitu juga dengan medium seni yang dipersembahkan memperkayakan khazanah seni,” kata pelajar tahun dua Fakulti Undang-undang UKM itu.

“Pameran seperti ini bukan saja mengajak kita menghayati keunikannya, malah melaluinya mungkin sesuatu yang baru boleh dipelajari. Ini kerana karya seni adalah subjektif dan terlalu indah untuk diterjemahkan,” kata pelajar tahun satu, Fakulti Sains Teknologi, UKM, Malai Farahani Afzan, 21.

Pelajar tahun tiga, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Hadine Yunus, 23, berharap pameran yang menjadi program tahunan itu diteruskan sebagai wadah dan jalinan seni untuk generasi muda.

“Karya seni sering dikaitkan dengan keindahan dan keindahan itulah yang mewarnai perjalanan hidup seseorang. Jadi ia perlu diteruskan,” katanya.

Mengimbas kembali sejarah seninya, Pameran Rasa Alam adalah program tahunan dan usaha Pusat Kebudayaan UKM untuk mempamerkan hasil karya seni kakitangan, pelajar UKM dan karyawan atau pelukis jemputannya.

Ia bermula pada 1982 dengan Pameran Rasa 82 dan diikuti Pameran Rasa 92, Pameran Rasa 97 dan pada 1988, ia ditukarkan kepada Pameran Cetusan Alam 1998 sekali gus menjadi program tahunan Pusat Kebudayaan itu hingga kini.

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan
datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan,
memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan
warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan abad 21.
Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni
dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu.
Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi,
bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang
berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam
kehidupan.
Pendidikan Seni Visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah
menengah rendah dan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah
atas. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi
Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni
Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi tajuk-tajuk
yang menegaskan proses penghasilan, produk, kefahaman seni warisan,
pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan.
Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa, dan
tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.
v
Page 6
PENDAHULUAN
Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk
kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni
mempertahankan diri.
Pendidikan Seni Visual sekolah menengah lebih menegaskan kegiatan
dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya
kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan
konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan
pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya
yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa
bersama nilai yang disebutkan.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah menengah merangkumi perkara
yang berkait dengan seni halus, komunikasi visual, reka bentuk dan kraf
tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih
luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui
kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan
warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam
meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual
yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai
serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.
1
pendidikan seni visual sekolah menengah
Page 7
MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai
estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni
dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaaan.
OBJEKTIF
Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni
visual,
3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta
kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam
kehidupan dan kerjaya,
4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk
mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti,
5. membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya
seni visual,
6. mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata
pelajaran lain,
2
pendidikan seni visual sekolah menengah
Page 8
7. menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam
konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa,
8. menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya,
9. menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan
dengan keselesaan hidup, dan
10. membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.
ORGANISASI KURIKULUM
Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu
Bidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual.
Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai
pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui
pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan
keputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan
mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran
pengurusan.
Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu
mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan
penerokaan, pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara
terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu.
Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan
selepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya penyelidikan
di kalangan murid.
3
pendidikan seni visual sekolah menengah
Page 9
pendidikan seni visual sekolah menengah
Kedua-dua bidang ini menjurus kepada matlamat Pendidikan Seni Visual
dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tujuannya adalah
untuk pembinaan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam bentuk teori
dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru
untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain iaitu, pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah
kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat
dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi.
Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan
pemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visual dapat dikembangkan.
Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memberi tumpuan kepada
pengalaman seni dalam kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan.
Perbandingan dengan seni dan budaya luar juga digalakkan bagi
memperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam bidang seni visual
termasuk kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi budaya
kebangsaan.
KANDUNGAN
Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah disusun berdasarkan
kandungan yang dibahagikan kepada:
1. Penghasilan seni visual
2. Sejarah dan apresiasi seni visual
4
Page 10
pendidikan seni visual sekolah menengah
1. PENGHASILAN SENI VISUAL
Bidang ini menyediakan peluang kepada murid mengaplikasi kefahaman
mereka untuk menghasilkan kerja seni berdasarkan asas seni reka dalam
pelbagai teknik. Proses penghasilan ini memberatkan pernyataan idea yang
berkaitan dengan pernyataan kendiri, masyarakat dan nilai kenegaraan.
Sehubungan itu latar belakang budaya dan nilai masyarakat yang terdapat
dalam sesuatu karya seni diperkenalkan. Aspek sains dan teknologi
diperkenalkan secara terus untuk membantu kegiatan seni.
Bidang ini meliputi asas seni reka, seni halus (lukisan, catan, arca dan
cetakan), komunikasi visual (seni grafik dan multimedia), reka bentuk (reka
bentuk industri dan reka bentuk persekitaran) serta seni kraf tradisional dan
dimensi baru.
Bidang Penghasilan Seni Visual meliputi:
a) Asas Seni Reka
i) Unsur Seni
garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan dan
warna
ii) Prinsip rekaan
harmoni, penegasan, imbangan, kontra,
irama dan pergerakan, kepelbagaian dan
kesatuan.
b) Seni Halus
lukisan, catan, arca dan cetakan
c) Komunikasi Visual
reka bentuk grafik dan multimedia
d) Reka Bentuk
reka bentuk industri dan reka bentuk
persekitaran (hiasan dalaman dan
lanskap)
5
Page 11
pendidikan seni visual sekolah menengah
e) Kraf Tradisional
dan Dimensi Baru
tembikar/seramik, batik, ukiran kayu,
anyaman, tenunan dan tekat.
Bidang ini memberi peluang kepada murid membuat kajian pemahaman
terhadap hasil seni visual dalam budaya tempatan, kebangsaan dan negara
ASEAN serta negara tertentu yang mempunyai kesamaan dan kelainan
dengan budaya kebangsaan. Murid dapat menyatakan kefahaman, membuat
apresiasi dan kritikan seni.
Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual meliputi :
a)
Perkembangan Seni Visual di Malaysia:
i) Seni Halus
gerakan seni halus, pelukis,
penghasilan dan sumbangan.
ii) Kraf Tradisional
dan Pribumi
tokoh, penghasilan dan sumbangan.
b)
Peralatan
senjata dan domestik
c)
Alat Permainan
gasing, wau dan alat muzik
tradisional
d)
Seni Bina
kediaman, masjid, wakaf, gerbang,
makam dan taman
e)
Kenderaan
darat dan laut atau sungai
6
2. SEJARAH DAN APRESIASI SENI VISUAL
Page 12
pendidikan seni visual sekolah menengah
f) Pakaian
baju kurung, baju melayu, baju kedah,
baju cekak musang dan lain-lain.
g) Perhiasan
(Ornamen)
hiasan kepala, hiasan leher, hiasan
tangan, hiasan kaki dan hiasan pinggang
7

TEMUBUAL PROFIL DATO’ MOHD NOR KHALID

Bukan mudah untuk mendapatkan temujanji dengan beliau. Atas alasan sudah terlalu kerap ditemubual dan kebanyakkan persoalan yang ditanya adalah sama, Dato' Mohd Nor Khalid atau lebih popular dengan nama penanya LAT hampir-hampir menolak permohonan temujanji ini. Namun setelah meneliti surat editorial, Dato' Lat bersetuju malah sanggup datang sejauh Ipoh untuk ditemubual di Studio Rakaman Buletin Malaysia di Putrajaya. Editorial mengucapkan berbanyak terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh Dato' LAT. Ebm

EBM: Dato' boleh kita berkongsi pengalaman dan latar belakang Dato' hingga membawa Dato' dikenali sebagai kartunis yang paling popular pada pengamatan saya di sini.

Dato':
Saya sudah lama melukis kartun lebih 30 tahun dengan nama LAT iaitu nama asal saya Bulat, di kampung semasa kecil, orang kampung panggil saya Bulat. 30 tahun saya melukis untuk majalah dan juga akhbar. Saya adalah seorang pemberita akhbar di Berita Harian kemudian di New Straits Times dan akhirnya saya sepenuh masa dalam kartunis sehinggalah ke hari ini. Saya sudah 28 tahun sepenuh masa dalam kartunis. Dahulu saya bertugas dan duduk di Kuala Lumpur, sekarang saya pulang ke tempat asal saya di Perak dan saya masih melukis. Lukisan saya sekarang ini melibatkan editorial kartun untuk New Straits Times iaitu tiga kali seminggu. Hari Isnin, Selasa dan Sabtu serta komentar tentang keadaan hidup seharian dan hal ehwal semasa. Saya hantar dari Ipoh dan itulah kerja saya.

EBM: Dato' katakan bahawa Dato' bermula dengan profesion sebagai pemberita akhbar di Berita Harian. Bagaimana boleh bertukar kerjaya?

Dato':
Ceritanya panjang dan bermula lebih awal lagi. Saya mula melukis sejak sekolah rendah iaitu pada darjah enam dan telah menerbitkan lukisan saya dalam bentuk komik dalam tahun 60-an. Ketika saya berusia 17 tahun saya telah mula menerbitkan "Keluarga Si Mamat" dalam Berita Minggu dan menjadi siri dan terbit setiap hari minggu sampai berpuluh-puluh tahun dan saya rasa lebih 20 tahun. Mamat adik saya yang kecil. Sewaktu itu saya masih di bangku sekolah, dalam tingkatan empat. Jadi orang-orang di Kuala Lumpur terutamanya orang-orang suratkhabar seperti Pak Samad Ismail mula mengenali saya melalui karya yang saya hantar di Berita Minggu. Bila saya tamat Senior Cambridge dalam tahun 1969, saya minta kerja di Berita Minggu dengan mengatakan saya nak jadi artist kerana pada ketika itu pelukis kartun tiada, melainkan menjadi pelukis di mana mereka membuat lay out dan touch up dalam suratkhabar. Pihak Berita Minggu mengatakan tiada kekosongan kerja tetapi kalau saudara hendak kerja sebagai reporter bolehlah. Saya pun tak tahu apa dia reporter tu tapi mereka dah kenal saya dan siri kartun saya sudah mendapat perhatian ramai, jadi mudahlah saya mendapat kerja di situ. Saya bertugas sebagai reporter di Berita Harian, kemudian di New Straits Times dalam bahagian jenayah. Sesuailah untuk orang muda macam saya ketika itu untuk mengejar ambulans dan kereta polis. Pengalaman sebagai pemberita banyak membantu saya bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat. Saya seronok dengan kerja itu tetapi pada masa itu, kecenderungan saya dalam lukisan semakin bertambah. Saya rasa dengan berjumpa dengan orang ramai, saya lebih memahami kehidupan mereka samada orang biasa, pegawai atau ketua. Saya lebih memahami tentang kehidupan di Kuala Lumpur maklumlah usia muda mendorong untuk lebih tahu. Malangnya penulisan saya tidak banyak improvement agaknya saya tidak begitu cenderung dalam mengambil tahu hal orang lain bila kita bertanyakan soalan yang banyak sebagai pemberita. Segan juga, kita bertanyakan tentang umur dan asal-usul mereka terasa semacam melampau kerana diri kita merasakan tidak suka apabila orang banyak bertanya tetapi saya pergi pada ceruk pelusuk seperti Kampung Paya Jaras dan Kepong. Kalau ada kemalangan saya pergi membuat liputan tetapi saya mula terasa tidak seronok, dahlah masuk rumah orang, tanya pula pelbagai soalan dan apabila balik kita buat kerja kita.

EBM: Bilakah Dato' mula menyedari Dato' mempunyai bakat melukis dan bagaimana bakat itu dipupuk.

Dato':
Melukis ini lebih kurang sama dengan ahli muzik dan penyanyi. Bakat itu sudah ada dan perlu diasah bakatnya supaya menjadi lebih mahir. Bakat saya mula disedari di bangku sekolah dan saya mula melukis semasa darjah satu. Oleh itu, saya nasihatkan kepada semua, jika ada daripada keluarga yang minat melukis contohnya cucu, kita seharusnya memberi dorongan kepadanya dengan memberi pen dan kertas. Ibu bapa saya banyak memberi dorongan kepada saya untuk terus melukis dengan meminta saya menggambarkan setiap tempat yang saya telah pergi seperti pasar, zoo dan bandar dalam bentuk lukisan. Ayah banyak mengambil berat tentang saya , walaupun beliau tidak serius tetapi beliau seorang yang kelakar. Ayah saya bekerja sebagai kerani askar dan kerap outstation. Setiap kali outstation beliau akan menghantar surat kepada ibu dan untuk saya, beliau akan lakarkan satu gambar tentang keadaan beliau di sana.

EBM: Hasil karya Dato' banyak tertumpu pada kekeluargaan dan Dato' mengambil cerita-cerita keluarga sebagai ilham. Nampaknya karakter watak ayah begitu garang. Berdasarkan cerita Dato', ayahnya begitu understanding dan memberi sokongan .

Dato':
Ayah saya garang juga orangnya. Dahulu, boleh dikatakan semua ayah garang. Sewaktu di kampung, kawan-kawan saya, takut dengan ayah. Ada satu cerita, saya menunggu kawan di tepi jalan untuk bermain, agak lama saya menunggu. Selepas itu, kelihatan kawan saya berlari kerana dikejar oleh ayahnya dengan menggunakan kayu, jadi saya pun fahamlah program hari itu terpaksa dibatalkan. Ayah saya pernah mengejar saya dengan batang ubi dan ibu pernah mengejar saya kerana bermain sampan di paya tanpa berbaju. Semasa itu saya adalah antara yang termuda berbanding dengan kawan-kawan yang lain. Apabila saya naik, kelihatan ibu sedang menunggu di tebing. Ayah dan ibu saya memang garang, tetapi bila dikenang semula, saya dapat rasakan itu adalah marah yang menandakan mereka sayang pada saya.

EBM: Dilihat sebahagian besar karya Dato' banyak berkisar tentang keluarga sendiri. Mengapa Dato' cenderung ke arah itu?

Dato':
Saya bercerita tentang apa yang berlaku pada diri sendiri dan secara kebetulan apa yang berlaku tiada yang sensasi. Kalau dilihat dalam buku "Kampung Boy", saya rasa tiada yang istimewanya, ia banyak berkisar tentang budak kampung menaiki basikal pergi ke simpang tetapi semuanya dialami oleh kanak-kanak yang menetap di kampung. Oleh itu, masyarakat dapat berkongsi pengalaman tanpa mengira bangsa. Apabila bangsa India atau Cina membaca buku saya, mereka akan bercerita pada cucu-cucu mereka bahawa semasa kecil mereka mandi sungai dan bermain di paya. Ini menunjukkan mereka mengalami pengalaman yang sama seperti saya. Biasanya cerita rekaan, sensasi dan mencabar. Kalau difikirkan suasana hidup di kampung memang bertuah kerana kawasan luas dan udara nyaman.

EBM: Nampaknya Dato' banyak menggunakan elemen kampung dalam berkarya dan Dato' mampu tampil sebagai orang yang terkenal. Tetapi dilihat secara keseluruhan, orang seni sekarang lebih suka menampilkan latar belakang yang berbeza kerana mereka berpendapat elemen kampung tidak mampu mengangkat mereka ke peringkat antarabangsa, sedangkan Dato' telah membuktikan bahawa kehidupan kampung kalau digarap dengan betul boleh menyumbang kepada kejayaan.

Dato':
Kartunis angkatan muda berlatar belakangkan bandaraya. Mereka hidup di bandaraya jadi karya yang dihasilkan memaparkan cara hidup bandar. Saya berasal daripada kampung, jadi karya saya lebih kepada kampung, saya rindukan kampung, kawan-kawan dan saudara mara yang rapat dengan saya. Apabila difikirkan, saya memperkenalkan asal usul kita pada peringkat awal terutamanya pada generasi muda. Saya bercerita pada anak-anak, saya bukan berasal daripada Petaling Jaya. Saya dilahirkan di rumah tidak di hospital seperti mereka , dan nenek saya menjadi bidan. Dahulu, kaum ibu bersalin di rumah kampung atau rumah kutai di Perak di mana rumahnya tinggi. Saya gambarkan keadaan dalam rumah itu dalam lukisan saya supaya generasi muda dapat mengamatinya. Generasi muda perlu tahu asal usul mereka supaya mereka tidak hidung tinggi. Mereka perlu sedar datuk nenek mereka dahulu bukannya senang, ada yang mendulang dan bersawah.

EBM: Dikatakan karya Dato' berlatar belakangkan Malaysia yang lama, tetapi nampaknya karyawan sekarang tertumpu pada latar belakang Malaysia yang baru. Kebanyakkan karyawan daripada Vietnam dan Indonesia lebih menjurus pada elemen tradisional, tetapi dilihat Dato' mampu mengangkat diri Dato' lain daripada yang lain. Bagaimana Dato' melihat perkembangan ini?

Dato':
Kampung adalah identiti Malaysia. Rumah kutai/ tradisional seperti Rumah Melaka, Rumah Pahang dan Rumah Terengganu adalah identiti Malaysia dan perlu dipaparkan kerana ianya cantik. M.A. Halim yang pernah bekerja di Muzium Negara ada menulis mengenai senibina Rumah Melayu. Jika rumah kutai tiada, bandar kita sama dengan bandar yang lain.


EBM: Berapa lama Dato' berkecimpung dalam bidang kartunis?

Dato':
Sudah 28 tahun. Saya bermula pada tahun 1974, di New Straits Times dengan "Since Of Malaysia Live" di Editorial Page, di mana Tan Sri Lee Siew Yee sebagai Chief Editor. Sebelum itu saya melukis di Berita Minggu setelah Pak Samad Ismail memberi saya ruangan. Oleh itu, saudara mara panggil saya LAT%85Kartun, Lat%85Kartun sehingga kini. Apabila saya balik ke kampung mereka katakan, sehingga ke tua masih melukis cuma rupa yang membezakannya.

EBM: Dalam tempoh itu apa kenangan manis yang memberi kesan ke hari ini?

Dato':
Pengalaman banyak, tetapi yang tidak boleh dilupakan adalah saya memasuki ruangan "Mari Ketawa" di mana sesiapa yang menghantar kartun atau cerita lucu dan menang akan mendapat tiket wayang percuma.Saya mula mencuba nasib pada tahun 1963 tetapi tidak berjaya. Suatu hari, sewaktu saya berada di kedai saya terlihat nama saya tertera di akhbar, dengan terketar-ketar saya membacanya dan saya beranggapan selepas ini saya akan menjadi terkenal. Selepas itu, saya banyak mendapat tawaran melukis dalam majalah kanak-kanak. Pada tahun 1967, Utusan Malaysia berganding bahu dengan Allahyarham Rejabhad dalam "Prebet Dabus" dan saya berhijrah ke Berita Harian.

EBM: Apa yang boleh disumbangkan oleh dunia kartun kerana banyak menganggap kartun adalah bahan ringan. Saya percaya Dato' bukan sekadar melukis tetapi ada mesej yang hendak disampaikan kepada pembaca.

Dato':
Kartun ini banyak tujuannya bergantung pada keadaan. Jika di bidang pendidikan, kartun boleh dijadikan bahan pendidikan. Kebanyakkan papan tanda di Jepun, mesejnya dalam kartun. Bagi diri saya, kartun dapat mengeratkan hubungan antara satu kaum dengan kaum yang lain. Contohnya, di kampung hubungan sesama bangsa lain rapat kerana kedudukan rumah yang berhampiran. Bangsa India dan Cina tahu apa yang boleh dimakan oleh orang Melayu sewaktu bertandang ke rumah mereka. Jika tiada sikap saling menghormati, saya rasa kita akan bertelingkah.

EBM: Masyarakat barat melihat kartun membawa sesuatu mesej, sebaliknya masyarakat di Malaysia menganggap kartun sebagai bahan ringan dengan menatap sambil lalu.

Dato':
Saya berpendapat kartun kita juga banyak membawa kesedaran. Majalah Gila-Gila, kartun Cabai dan kartun Nutt dalam sembang-sembang memang tajam, lucu dan memberi kesedaran. Itu cara mereka. Saya tidak boleh buat begitu. Nutt adalah pelukis muda yang cuba menyesuaikan diri dengan bandaraya Kuala Lumpur. Cabai adalah pelukis wanita yang karyanya lebih menjurus kepada kewanitaan. Kartun "Tiga Dara Pingitan" berkonsepkan pemikiran wanita di mana lebih mendedahkan cara hidup wanita di kampung dan bagaimana cara mereka mencari pendapatan dan ini sukar dibuat oleh kartunis lelaki. Saya rasa kartun sebegitu tidak ringan. Saya rasa kartun yang berbentuk ringan itu dilukis oleh pelukis muda yang belum matang dalam bidang ini.

EBM: Biasanya, masyarakat Malaysia berpendapat kartun untuk budak-budak tanpa memikirkan mesej di sebalik kartun itu sendiri. Apa pendapat Dato'?

Dato':
Kebanyakkan golongan pembaca terdiri daripada golongan muda. Golongan dewasa kurang berminat dengan bahan bacaan yang lucu. Saya sendiri kurang berminat dengan bahan bacaan lucu yang berada di pasaran sekarang. Bahan bacaan lucu sekarang memang mengambil young adult sebagai kumpulan sasaran mereka. Tetapi dalam majalah Gila-Gila, karya-karya yang dipaparkan memang untuk semua peringkat.

EBM: Dato' seorang yang berpengalaman. Bagaimana Dato' melihat kartun mampu menyumbang pada keselamatan, perpaduan dan keamanan negara.

Dato':
Bidang kartun/komik adalah bidang yang sesuai dalam menyampaikan mesej dari sudut keselamatan, perpaduan dan keamanan negara. Sesuatu topik kalau disampaikan dalam bentuk rencana atau buku ia akan membosankan. Bagi saya mesej itu cepat diterima apabila diubah dalam bentuk sebegitu kerana ia direct dan mudah difahami. Berkarya dalam bidang keselamatan dan perpaduan memerlukan pelukis memahami apa yang hendak disampaikan dan menggunakan pelukis tertentu iaitu pengarang dan pelukis bukan daripada orang yang sama. Biasanya, saya sendiri yang buat dan melakukan sedikit research, tidak boleh buat sesuka hati.

EBM: Nampak di sini kartunis ada dua bahagian iaitu istilah kartunis budak-budak dan kartunis yang membawa isu serius. Perkembangan kartun di Malaysia, kelihatan bergantung pada kartunis yang senior.

Dato':
Saya rasa mereka tidak bergantung dengan kartunis senior, tetapi citarasa pembaca yang berubah. Kalau nak saya ketawa, saya perlu membaca majalah humor yang menceritakan kisah lama/kampung.

EBM: Kartunis perlu sensitif pada kehendak pembaca dan perlu melengkapkkan diri dengan citarasa baru.

Dato':
Saya sudah lama berkecimpung dalam bidang ini dan saya gunakan pengalaman lama untuk berhubung dengan dunia hari ini.

EBM: Pernahkan Dato' merasakan bahawa melalui karya, Dato' telah memberi sumbangan dalam perpaduan atau memberi satu gambaran pada orang luar tentang masyarakat Malaysia.

Dato':
Semasa melukis saya tidak fikirkan itu semua, saya fikir apa yang hendak disampaikan dan ikhlas. Saya harap ada orang membaca karya saya. Kalau karya itu ditulis dalam Bahasa Inggeris, sudah tentu ramai yang membacanya. Pada Tahun 1979, buku "Kampung Boy I" ditulis dalam Bahasa Inggeris. Saya buat sedemikian supaya orang luar negeri dapat berkongsi pengalaman yang sama dengan saya, walaupun ceritanya biasa sahaja. Bagi saya setiap persamaan, akan mengeratkan hubungan dan perbezaan akan mewujudkan jurang.

EBM: Dato' juga menggunakan Bahasa Inggeris dalam berkarya. Saya rasa Bahasa Inggeris Dato' di tahap bagus kesan daripada pendidikan di zaman kolonial.

Dato':
Bahasa Inggeris saya biasa sahaja. Untuk kartun, memerlukan Bahasa Inggeris yang mudah kerana masyarakat tidak banyak masa untuk membaca. Di dalam akhbar, diperuntukkan selama tiga minit untuk satu ruangan kartun. Kalau pembaca itu tersenyum, menandakan kartunis telah berjaya menarik perhatian pembaca.

EBM: Adakah Dato' berpendapat penguasaan Bahasa Inggeris dapat membantu Dato' untuk sampai ke peringkat antarabangsa.

Dato':
Yalah, secara kebetulan. Pada zaman 50-an saya bersekolah di sekolah Melayu /Umum, selepas itu saya bersekolah di Sekolah Inggeris. Ketika itu guru yang mengajar saya, Ms. Yew, yang saya lukis dengan pemakaian cermin mata butterfly. Beliau mengajar saya selama dua tahun dalam darjah empat dan lima dan merupakan guru yang paling garang.

EBM: Bagaimana bidang kartun hari ini menunjukkan perkembangan yang positif atau sekadar cari makan sahaja.

Dato':
Apa sahaja kerja yang kita lakukan bertujuan untuk mencari nafkah. Dalam bidang kartun, kita tak dapat layanan dan bayaran yang setimpal dan murah. Oleh itu, kartunis berusaha untuk meningkatkan mutu kerja. Oleh itu kartunis, perlu mengurus diri supaya mendapat tumpuan daripada pihak penerbit dan majikan.

EBM: Dato' tidak bercita-cita untuk merakamkan
karya Dato' kepada filem seperti Lat The Movie

Dato':
Saya tidak pernah terfikir. Adik saya, Mamat ada membuat movie.Tujuan saya balik ke Ipoh adalah untuk lari daripada tawaran-tawaran melukis. Tetapi nampaknya kerja mengikut kita di mana-mana. Untuk masa sekarang ini, saya mendapat tawaran daripada orang Amerika untuk mengambil bahagian dalam kempen kesedaran kesihatan di Bangkok di mana melibatkan kartunis di seluruh dunia. Ebm
 
Blogger Templates