Skip to main content

Posts

Showing posts from April 13, 2015

Seni visual Malaysia dipromosi ke peringkat global untuk jana pelaburan

Seni visual Malaysia dipromosi ke peringkat global untuk jana pelaburan Bernama | Kemas kini: Julai 05, 2013 ( Diterbitkan pada : Julai 05, 2013 07:40 MYT) KUALA LUMPUR : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mempromosi seni visual ke peringkat global bagi menjadikan cabang seni itu sebagai industri yang menjana pelaburan. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata bidang seni visual begitu signifikan dalam membina jati diri dan negara bangsa selain menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi negara. "Konsep dan peranan seni telah berubah daripada seni untuk seni kepada seni untuk perpaduan dan melebar kepada seni sebagai penyumbang pembangunan ekonomi," katanya ketika berucap merasmikan pameran Pancawarna Karya Pilihan: 1990-2012 Sharifah Fatimah Syed Zubir di Balai Seni Visual Negara di sini hari ini. Mohamed Nazri berkata visi kementerian bukan sahaja untuk meningkatkan imej negara sebagai sebuah destinasi pelancongan

Trend jual beli karya seni

Trend jual beli karya seni Oleh YEO LI SHIAN yeo.lishian@kosmo.com.my ROBERT TOK, 45, bukan pengunjung baru setiap kali berlangsungnya pameran seni di ibu negara. Malah, keterujaan bapa kepada empat orang anak itu jelas memandangkan kunjungannya ke pameran-pameran seumpama itu setiap kali tidak akan hadir dengan tangan kosong. Sebaliknya, lelaki yang berasal dari Kuantan, Pahang itu akan membawa wang tunai  bernilai  puluhan ribu ringgit bersamanya. Wang itu dibawa dengan harapan beliau dapat membeli lukisan-lukisan yang disukai. Dalam satu pameran seni terbesar, Art Expo Malaysia 2010 yang diadakan di ibu negara baru-baru ini, Robert sekali lagi tidak sedih untuk berpisah dengan sebahagian daripada wang simpanannya. Walaupun bajet yang dikeluarkan agak besar, dia lebih gembira apabila lukisan kegemaran sudah menjadi miliknya. Tindakan spontan untuk membeli lukisan demi kepuasan diri itu bagaimanapun kurang disenangi oleh isteri Robert memandangkan seni kepada isterinya di

Bukan sekadar karya, hasil seni mula menjadi pelaburan

Pelawat menyaksikan pameran seni di Balai Seni Visual Negara. Kini lukisan bukan sekadar hasil seni tetapi turut menjadi pelaburan yang menguntungkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Disember, 2014.  Menurut polis, kes kecurian membabitkan karya seni amat jarang berlaku di Malaysia, namun kes terbaru membabitkan karya seni bernilai RM1.5 juta mendedahkan perkembangan perniagaan karya seni bukan setakat atas dasar minat terhadap hasil kesenian tetapi juga faktor pelaburan. Perkembangan jumlah pemilik galeri karya seni menjadikan hasil seni ibarat "emas" kepada pelabur konvensional, bukan sahaja setakat kepada golongan berada dan berusia tetapi juga pembeli muda yang kini menyertai pasaran tersebut. "Kebanyakan orang kini datang ke galeri dan melihat lukisan sebagai salah satu bentuk pelaburan," kata Kenny Teng, pengurus di Galeri G13, di Petaling Jaya. -  "Mereka ini kebanyakannya adalah orang biasa yang meminati hasil seni tet