Skip to main content

Bukan sekadar karya, hasil seni mula menjadi pelaburan

Pelawat menyaksikan pameran seni di Balai Seni Visual Negara. Kini lukisan bukan sekadar hasil seni tetapi turut menjadi pelaburan yang menguntungkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Disember, 2014. 
Menurut polis, kes kecurian membabitkan karya seni amat jarang berlaku di Malaysia, namun kes terbaru membabitkan karya seni bernilai RM1.5 juta mendedahkan perkembangan perniagaan karya seni bukan setakat atas dasar minat terhadap hasil kesenian tetapi juga faktor pelaburan.
Perkembangan jumlah pemilik galeri karya seni menjadikan hasil seni ibarat "emas" kepada pelabur konvensional, bukan sahaja setakat kepada golongan berada dan berusia tetapi juga pembeli muda yang kini menyertai pasaran tersebut.
"Kebanyakan orang kini datang ke galeri dan melihat lukisan sebagai salah satu bentuk pelaburan," kata Kenny Teng, pengurus di Galeri G13, di Petaling Jaya. - 

"Mereka ini kebanyakannya adalah orang biasa yang meminati hasil seni tetapi turut menjual koleksi mereka melalui lelongan selepas beberapa tahun apabila nilai seni meningkat."
Pengurus galeri yang hanya dikenali sebagai Torng berkata, generasi muda kini mula menjadikan karya seni sebagai pelaburan mereka.
"Walaupun pelaburan hasil seni bermula sejak sekian lama, sejak kebelakangan ini trendnya sedikit berbeza," kata Torng yang menguruskan galeri persendirian tertua, Art House Gallery, yang terletak di Wisma Cosway, Kuala Lumpur.
"Mereka gemar membeli lukisan dakwat Cina untuk pelaburan tetapi fokusnya kini beralih kepada lukisan berasaskan minyak dan warna air," katanya.
Teng turut bersetuju dengan pemerhatian yang menyaksikan golongan muda kini menjadi pelabur hasil seni.
"Kami menyaksikan ramai pengumpul baru. Ia sebelum ini sesuatu yang hanya dilakukan golongan berada tetapi sekarang tidak lagi. Lebih ramai kumpulan kelas pertengahan dan generasi muda menunjukkan minat terhadap karya seni," katanya.
Torng turut menambah, mereka yang terlibat dalam urusan jual beli hasil karya seni adalah peminat seni, namun turut menjadikanya sebagai salah satu bentuk pelaburan.
"Jadi, daripada membeli berlian dan hartanah, mereka membeli lukisan. Mereka mengetahui potensi dan peluang menggunakan hasil seni sebagai pelaburan."
Teng yang bersama G13 selama lima tahun mendedahkan, nilai setiap lukisan boleh meningkat sekali ganda daripada harga ditawarkan, bergantung kepada artis dan jenis hasil seni mereka.
"Sudah tentu, jika nama besar dan artis yang sudah dikenali, nilainya mudah meningkat. Namun, hasil karya seni pelukis baru mungkin menerima peningkatan sehingga 20% daripada harga ditawarkan pada awalnya untuk tempoh beberapa tahun," katanya.
"Karya pelukis muda tidak memiliki nilai yang tinggi, namun sekiranya mereka berada dalam bidang ini untuk tempoh yang panjang, nama mereka akan mula dikenali termasuk penghargaan kepada karya mereka."
Lukisan daripada pelukis ternama boleh mencecah harga permulaan sebanyak RM20,000, dan pelukis baru kebiasaannya bermula pada harga RM3,000, kata Teng.
Pengumpul hari ini katanya lebih berminat dalam seni moden dan kontemporari daripada rantau ini, dan menjelaskan minat terhadap seni lukisan meningkat sejak tiga tahun lalu.
"Kami menjual banyak hasil seni daripada pelukis tempatan dan juga luisan daripada Indonesia, serta banyak lagi. Terdapat minat yang besar terhadap pelukis tempatan sekarang ini," katanya, dan menambah, galeri tempatnya bekerja dikenali melalui mulut ke mulut, jelajah kolej, pameran dan pelbagai lagi.
Mengulas berkenaan insiden kecurian hasil seni karya pelukis China, Chen Ji Shie, Teng berkata ia adalah kes terpencil kerana insiden sedemikian jarang berlaku dalam arena seni tempatan.
"Ia jarang berlaku. Tapi dengan perkembangan hasil seni di Malaysia, kes yang biasa berlaku adalah salinan semula hasil karya seni.
"Kami melihat salinan lukisan dijual sebagai hasil karya asli yang merupkan satu penipuan, namun kecurian jarang berlaku," tambahnya.
Polis menahan lapan lelaki susulan kecurian tersebut dan salah satu suspek merupakan pelukis berusia 44 tahun dan dituduh di mahkamah minggu ini.
Suspek berkenaan termasuk tiga lelaki dan empat wanita, berusia antara 19 tahun hingga 59 tahun, termasuk seorang berpangkat “Datuk” yang mempunyai pegangan dalam sebuah galeri seni di Damansara Height.
Mereka yang lain termasuklah pensyarah di institusi pengajian tinggi swasta dan awam dan juga pelukis yang bekerja di galeri seni. – 21 Disember, 2014.

- Dipetik dari: http://www.themalaysianinsider.com/

Comments

Popular posts from this blog

Tradisi Dan Perubahan:

Tradisi Dan Perubahan: Ekspresi Kendiri Dalam Aliran Modernisme Malaysia. Oleh Mohamed Ali Abdul Rahman (Pensyarah Kanan Jabatan Liberal) M.A. (Arts History and PRints) M.A. Edu. USA. B. A (Hons) USM. Cert Ed. (KPM) I. Pengenalan Seniman Malaysia, generasi abad kedua puluh satu yang mengikuti aliran modernisme dan pasca modernisme akan menilai semula nilai peribuminya dalam konteks baru dan dengan pandangan lebih segar. Penilaian mereka mungkin tidak lagi bersandar kepada nilai-nilai yang pernah digunakan dalam masyarakatperibumi zaman tradisi dan mereka menganggap nilai-nilai tersebut sebagai ketingalna zaman ketika itu. Sebab-sebab utama nilai tersebut dilupakan kerana ia mungkin digunakan atau diamalkan lagi. Mereka lebih suka memberikan nafas baru kepada seni peribumi yang didapati dari sumber peninggalan warisan zaman dan petikan kesasteraan tradisi. Seniman dari masyarakat peribumi mungkin tidak keterlaluan sepert seniman barat yang melupakan terus institusi-institusi keagamaan

Lahir Nafas akibat dendam pada besi

Oleh Azran Jaffar BAGI pengarca, Raja Shahriman Raja Aziddin, setahun tidak menempa besi menimbulkan rasa dendam seninya. Dendam itu bukan semata-mata kerana nilai kesenimannya bagaikan sudah hilang tetapi kerana rasa bersalah melahirkan arca berbentuk figura. Daripada dendam yang membara itu lahirlah Nafas, siri arca logam yang dilahirkan daripada satu daripada empat elemen yang dikaitkan dengan kejadian manusia iaitu tanah, api, air dan angin. Nafas adalah karya terbaru Raja Shahriman, 37 yang kini sedang dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara. Ia adalah siri reka bentuk yang dihasilkan selama dua tahun selepas beberapa tahun mendiamkan diri sejak menghasilkan karya Gerak Tempur, Api Bayangan dan Kemenyan serta Semangat Besi. Jika selama ini arca-arcanya lebih memihak kepada figura, namun konflik yang menggolodak di dalam batinnya menyebabkan Raja Shahriman yang berasal dari Kuala Kangsar Perak cuba mengosongkan mindanya dengan bayangan itu. Hasilnya ialah Nafas yang berupa ja

Lukisan Bayu papar soal kemasyarakatan

DALAM angkatan pelukis muda, nama Bayu Utomo Radjikin bukanlah asing lagi. Baik dalam seni arca, figura, realisme dan abstrak, Bayu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Selepas arca karyanya yang berjudul ‘Bujang Berani’ memenangi hadiah dalam pertandingan Bakat Muda Sezaman anjuran Balai Seni Lukis Negara (BLSN) pada 1991, Bayu tidak menoleh ke belakang lagi. Bidang yang pada asalnya hanya sekadar hobi berubah menjadi kerjaya. “Sejak kecil hobi saya melukis. Saya memang tidak pernah terfikir ia akan menjadi kerjaya saya suatu hari nanti. Apa yang saya tahu ketika itu segala emosi saya luahkan menerusi lukisan ,” kata pelukis berasal dari Tawau, Sabah ini. Ekoran minat yang tinggi dalam bidang lukisan , selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia memasuki Institut Teknologi Mara (ITM) (sekarang UiTM) bagi menyambung pengajian dalam bidang seni halus. “Apabila ia menjadi kerjaya, kepuasannya berlainan. Bidang yang saya minati sejak kecil hingga sanggup melupakan