Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Featured Posts

Punah

Artist: Latif Maulan, Size: 30 cm x 30 cm, Medium: Oil Painting On Canvas, Year 2015

Lumat

Artist: Latif Maulan, Size: 30 cm x 30 cm, Medium: Oil Painting On Canvas, Year 2015

Lumat II

Artist: Latif Maulan, Size: 30 cm x 30 cm, Medium: Oil Painting On Canvas, Year 2015

Im an alien in a hundred years

Artist: Latif Maulan, Size: 30 cm x 30 cm, Medium: Oil Painting On Canvas, Year 2015

INDIVISIBLE

Artist: Latif Maulan, Size: 30.5 cm x 30.5 cm, Medium: Oil Painting On Canvas, Year: 2015

Sunday, March 29, 2015

PUITIS

PUITIS

Seni komunikasi manusia tidak terhad pada suara dan pergerakkan sahaja. Kemampuan otak manusia mengambar dalam fikiran telah menciptakan komunikasi visual. Komunikasi visual manusia yang terawal adalah lukisan. Namun lukisan memerlukan keupayaan yang tinggi untuk menyampaikan dan memahami. Akibatnya lukisan kadangkala membatasi kefahaman manusia antara penyampai dan penerima.
Kemajuan pemikiran manusia menciptakan simbol untuk memudahkan dan meluaskan lagi komunikasi visual. Sehingga hari ini manusia sudah jauh menguasai komunikasi visual dan menjadi alat utama pembenaan ketamadunan.
Adalah perkara biasa seorang pelukis boleh menulis dengan baik dan begitu juga sebaliknya. Di Malaysia juga ramai peseni yang menguasai kedua-dua bidang ini malah sudah tersohor namanya. 
Sebagai sebuah galeri kecil, TITIKMERAH meneruskan konsep kami untuk menganjur pameran- pameran kecil yang menjadi titik-tolak kepada penghasilan acara yang lebih besar dan boleh diketengahkan.
Untuk kali ini kami menganjurkan pameran bertajuk PUITIS (Puisi Terlukis) yang akan disertai oleh tiga pengasas kami iaitu ADEPUTRA MASRI, LATIF MAULAN dan AJIM JUXTA serta seorang pelukis undangan FATHULLAH LUQMAN YUSUFF. Keempat-empat pelukis ini bukan sahaja dikenali melalui lukisannya tetapi juga kebolehan menghasilkan puisi, penulisan dan lirik lagu.
Melalui pameran kecil ini kami mahu mengetengahkan lukisan-lukisan yang dihasilkan melalui puisi ciptaan mereka. Khalayak akan dapat menikmati dan menilai bagaimana suatu maksud atau isu disampaikan melalui dua medium yang berbeza. Latarbelakang pelukis-pelukis ini yang tidak melalui pendidikan formal seni lukis harus utama diharapkan akan memperlihatkan gaya lukisan dan penulisan yang bebas dan berbeza dari kebiasaannya.
Akhirnya matlamat kami sebagai galeri kecil yang mahu merintis dan menjadi benih kepada penghasilan pelukis-pelukis generasi baru dan gaya baru diharapkan akan berada pada landasan yang sepatutnya melalui sokongan khalayak.
Galeri Titikmerah.

Thursday, March 26, 2015

Lukisan Termahal di dunia

Lukisan yang paling mahal waktu ini adalah lukisan Pablo Picasso, lukisan yang bertajuk "Nude, Green Leaves and Bust" kalau diterjemahkan di dalam bahasa bermaksud: "Bogel, Daun Hijau dan Dada Wanita"
Nude, Green Leaves and Bust by Picasso

Lukisan ini telah dilelong di Christie's pada 4hb May.  Ia mengambil masa 8 minit sahaja untuk mencecah rekod baru dalam lelongan. Nude, Green Leaves and Bust dihasilkan oleh Picasso dalam masa satu hari sahaja pada tahun 1932. Lukisan ini terjual dengan harga $106.5 juta dollar (RM 389.79 juta Ringgit Malaysia) 


Monday, August 06, 2012

KOMUNITI SENI UNTUK SEMUA

Sertai komuniti seni untuk semua, tidak kira siapa anda, orang biasa, pelajar, pelajar seni, pelukis amatur, pelukis pro, jurufoto, penulis, guru dan sebagainya... sertai Malaysian Art semoga kehadiran anda dapat memeriahkan Malaysian Art Komunti




Monday, May 16, 2005

Razak puas palit cat minyak

Gambar Hiasan


Oleh Riadz Radzi

SELEPAS 21 tahun terbabit dalam dunia perniagaan dan korporat, Razak Abdullah, 57, akhirnya memilih bidang yang memberi kepuasan pada dirinya iaitu melukis. Palitan cat minyak, lakaran dan kanvas nyata memberi ketenangan dan bebas daripada sebarang komitmen sebagaimana dihadapi ketika bergelar ahli perniagaan.

Sebagai ahli perniagaan, Razak sering berulang-alik ke luar negara. Pada masa sama, ia memberi peluang kepadanya mengikuti perkembangan seni lukisan di luar negara. Waktu itulah, Razak mula berhadapan konflik antara kesenangan harta atau ketenangan jiwa.

“Saya korbankan dunia perniagaan yang diceburi semata-mata untuk meneruskan minat dalam bidang lukisan. Lukisan sudah menjadi sebahagian hidup saya dan sudah mula melukis di atas tanah sejak kecil lagi.

“Lagipun, lukisan menjauhkan saya daripada berurusan dengan bank, pelanggan dan pekerja. Kini saya cuma berurusan dengan alam menjadikan saya lebih tenang,” katanya yang memiliki kelulusan dalam bidang grafik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1974.

Sekembali dari Itali pada 1994, Razak mula tergerak untuk bergiat aktif dalam bidang berkenaan. Tambahan pula dorongan seorang sahabat karib menguatkan semangat untuk menceburi bidang diminatinya itu secara sepenuh masa.

“Saya bermula dengan gaya lukisan grafik. Ia berterusan sehinggalah saya bertemu pelukis terkenal, Redza Piyadasa yang banyak memberi tunjuk ajar. Dia menasihati saya supaya melukis mengikut luahan rasa yang ikhlas dari hati,” katanya.

Akhirnya dalam usia 47 tahun, Razak mula serius sebagai pelukis sepenuh masa pada 1995. Walaupun agak lewat, ia tidak menjadi penghalang kerana kegigihan dan minat yang dimiliki begitu tinggi. Hasilnya Razak kini memiliki galeri lukisannya sendiri iaitu Impressionists Colonnade di Tingkat 2, City Square, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Sejak kecil kehidupan Razak dikelilingi keindahan alam semula jadi di negeri kelahirannya, Terengganu. Sehubungan itu, ia menjadi pilihan Razak dalam memberi ekspresi kepada karyanya. Di Kuala Lumpur, ketenangan rimba di Kampung Kemensah, Empangan Klang Gate dan Hulu Langat menjadi inspirasi kepadanya.

“Jika saya tidak melukisnya sekarang, 10 tahun lagi kawasan itu mungkin sudah tiada kerana ditelan arus pembangunan. Pemusnahan hutan akibat pembangunan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan ia mengecewakan saya,” katanya.

Walaupun menampilkan subjek biasa, Razak menggunakan teknik ‘impressionist’ menerusi palitan cat minyak dengan pisau palet tanpa menggunakan berus. Aliran ‘impressionist’ yang dipelopori Paul Cezanne (1839-1906) memperlihatkan pelukis tidak melakar lukisan terlebih dahulu sebaliknya terus memasukkan warna. Malah pelukis terus melukis secara langsung di depan subjek.

http://www.hmetro.com.my/

Do it yourself dekatkan batik canting kepada pelancong

Gambar Hiasan

Oleh Noraini Ismail

APABILA terpandang seorang anak muda mencanting batik di satu sudut di lobi Langkawi Lagoon Resort, kenangan terus mengimbau ke Kelantan yang satu ketika dulu kegiatan mencanting batik menjadi industri kampung dan sumber utama pendapatan wanita negeri itu.

Saya pernah turut serta mencanting batik bersama emak saudara yang mengambil upah daripada pengusaha batik. Sekurang-kurang saya ada juga pengalaman walaupun sedikit, tidak seperti Shaharizan Saadin, 28 yang terbabit dalam industri itu tanpa ada asas mengenai seni ini.

Dia yang membuka perniagaan batik canting hanya berbekalkan pengalaman yang dikumpulnya bersama kawan-kawan dengan meninjau ke pusat-pusat batik yang ada di Langkawi dan di Pantai Timur.

Yang membezakan perniagaan batik canting Za ialah dari segi konsepnya yang lebih mengutamakan lukisan alam sekitar dan maritim.

Hasil batiknya dibingkaikan untuk menjadi buah tangan pelancong untuk dibawa pulang sebagai kenangan bercuti di Langkawi.

Za membuka sudut canting di Langkawi Lagoon Resort sejak beberapa bulan lalu. Ia adalah aktiviti tambahan kepada pengunjung resort ini terutama kanak-kanak.

Gerai canting yang bertemakan Do it yourself mengajak pengunjung melahirkan kreativiti sendiri di atas sekeping kain putih yang tersedia lukisan yang sudah ditekap dengan lilin.

Dengan menggunakan pewarna yang siap dibancuh, pengunjung boleh mencanting lukisan yang mereka pilih mengikut cita rasa sendiri.

Setiap lukisan canting itu berharga RM50 jika diwarnakan sendiri, manakala batik canting yang sudah siap dibingkaikan berharga lebih RM100.

Sewaktu ditemubual, tiga kanak-kanak Jerman dan ibunya yang bercuti di Langkawi Lagoon Resort asyik mencanting lukisan batik masing-masing. Fritz, ibu kanak-kanak itu berkata dia dan anaknya bercuti di Langkawi Lagoon selama 10 hari sebelum pulang ke Tokyo tempat suaminya bekerja.

Sepanjang tempoh itu, anaknya, Maria, Eva dan Tabea, masing-masing sudah mencanting tiga lukisan.

“Mereka seronok melakukannya dan lukisan itu akan dibawa pulang sebagai kenangan,” katanya.

Za yang tidak ada kelayakan khusus di bidang lukisan tetapi melaksanakan kerja itu berdasarkan minat berkata, sudah banyak cabaran yang dihadapinya sebelum berjaya membuka gerai canting di Pantai Cenang.

Penyertaannya membuka sudut canting di pusat peranginan dan hotel adalah untuk mendekatkan karya batiknya kepada pelancong. Sambutan pelancong terhadap hasil karyanya setakat ini memberangsangkan.

Dia dan rakan-rakannya berhasrat meluaskan kegiatan itu dan kini sedang meninjau peluang mengembangkan batik canting di Sabah.

Setakat ini Za gembira dengan peluang berniaga yang diberikan oleh pihak pengurusan Langkawi Lagoon Resort.

“Sekurang-kurangnya perkembangan industri pelancongan di sini dapat turut dinikmati pengusaha kecil,” katanya.

Za membuka sudut canting setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Pendapatan Za daripada hasil batik canting adalah mengikut kedatangan pelancong ke pusat peranginan itu.

Pendapatannya agak lumayan jika pusat itu menerima kedatangan pelancong dari Arab, Taiwan dan Hong Kong.

Dipetik dari http://websekolah.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dekor/
 
Blogger Templates