Oleh Azran Jaffar BATU Bersurat yang dianggap bernilai Pop Primitif. JIKA masyarakat primitif menjadikan dinding gua sebagai wadah komunikasi serta perakam apa yang dilihat, Fauzul Yusri mengetengahkan konsep sama di kanvas sebagaimana katanya: “Kanvas itu adalah perjalanan saya yang mana warna membentuk suasana dan garisan pula memberikan ceritanya.” Beliau menjadikan contengan pelbagai elemen seni prasejarah dan neolitik pada kanvas yang kaya warna untuk membentuk jaringan rakaman semasa yang menghidupkan semula imejan berkenaan dalam bentuk karya abstrak ekspresionisme moden. EMPAT lukisan yang membentuk satu siri serta sekeping berasaskan kepingan papan. Dinamakan siri Pop Primitif dan kini sedang dipamerkan di Galeriiizu di Bukit Kenny, Fauzul mengetengahkan satu elemen budaya yang menjadi kajian pakar arkeologi kepada satu pemikiran semasa yang cuba dibentuknya sebagai identiti sendiri. Unsur alam menguasai pemikiran Fauzul dalam penghasilan karyanya, kerana sebagai anak m
Apa apa sahaja mengenai Seni Lukis, anda boleh luahkan pendapat dan apa jua tentang Seni Lukis di sini.