Skip to main content

Imbasan himpunan seni kontemporari

Imbasan himpunan seni kontemporari


Contengan arang Jalaini
yang menginterpretasikan
Tok Bomoh.


DALAM kenyataan akhbar yang dikeluarkan disebut: “Pameran Seni Malaysia Kini tidak harus dianggap sebagai himpunan karya terbaik di Malaysia. Sebaliknya ia lebih menjurus kepada satu imbasan terhadap amalan seni kontemporari di tanah air buat dewasa kini, di samping menyentuh isu-isu yang dihadapi oleh pengkarya sezaman. Pameran ini juga mengetengahkan kepelbagaian medium yang digunakan oleh artis dalam penyaluran idea.”






Apa yang hendak ditambah ialah, pameran Seni Malaysia Kini: Satu Imbasan Seni Kontemporari Malaysia juga tidak boleh dianggap sebagai idea dan reka bentuk terkini seni visual tempatan.

Bagi isu yang dikemukakan pula, ia juga tidaklah dapat dikatakan sebagai terkini, tetapi beberapa isu lama yang diolah semula dalam bentuk yang mungkin dianggap terbaik pernah dihasilkan pengkaryanya.

Jadi tidak banyak yang kini di dalam pameran ini, apa yang jelas ia cuma pameran terkini pada waktu itu yang dianjurkan oleh Balai Seni Lukis Negara kerana lain-lainnya tidaklah begitu terkini.

Apa yang boleh dikatakan terkini adalah karya yang dihasilkan, yang mungkin sebelum ini tidak dipaparkan pada mana-mana pameran. Dengan kebanyakan berupa karya instalasi, pameran ini turut memaparkan beberapa persembahan video sebagai bahan penggarapan idea.

Bagaimanapun, beberapa garapan itu tidaklah semaju mana kerana dilihat sekadar berupa dokumentari mengenai identiti dan persoalan seni di negara ini dan yang agak berani adalah garapan Diffan Sina Norman yang berbentuk animasi dengan lapangan untuk berehat juga karya oleh Emil Goh bertajuk, Mother and Daughter dan Escalator.

Satu daripada pernyataan
Bayu Utomo terhadap
makna pahlawan.


Pameran ini turut memperlihatkan karya dua pelukis yang sebelum ini dilihat agak senyap dalam dunia seni lukis iaitu Bayu Utomo Radjikin dan Jalaini Abu Hassan.

Bayu Utomo yang kini banyak terbabit dalam kerja-kerja teater mempamerkan instalasinya bertajuk Mencari Pahlawan: Dari Senja ke Subuh yang dapat dilihat sebagai lanjutan daripada kerja-kerja teaternya.

Ia mempamerkan sekali lagi karya besar, berupa beberapa gantungan yang memperlihatkan seorang pemuda lengkap dengan pakaian pahlawan dalam beberapa aksi.

Berlatarkan biru dengan suasana kelam, satu warna yang dapat dikaitkan dengan masa itu, ia mencerminkan keterpersonaan masyarakat pada kepahlawanan dan imej wira perang.

Bagi Jalaini Abu Hassan pula, pameran kali ini menyaksikan semula contengan arang yang memang menjadi kekuatannya dan memaparkan imajan figura, mistik serta magis.

Ia adalah berupa subjek dari alam Melayu yang menjadi temanya dan membuka satu dimensi bagi penghayat seni dalam memahami unsur-unsur berkenaan yang sememangnya wujud dalam budaya Islam dan juga pra-Islam.

Satu yang agak menarik juga adalah karya Liew Kung Yu yang memaparkan Wadah Untuk Pemimpin, satu instalasi ditujukan untuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia dikatakan sebagai dipenuhi gaya hiasan seni buatan tangan yang penuh kasih sayang dan juga gaya kemalaysiaan yang sengaja dilebih-lebihkan ala gaya Rancangan Felda.

Melabelkan Rancangan Felda sebagai gaya yang dilebih-lebihkan bukanlah satu penghakiman yang tepat, dan menganggapnya sebagai hiasan yang melampau juga menggambarkan pandangan seni tidak adil yang dimilik pengkarya.

Jika pengkarya memegang kepada konsep serta gaya yang disenangi mengapa konsep yang disenangi oleh orang lain harus menjadi bahan untuk diperkatakan.

Seperti Rancangan Felda, karya ini juga boleh diinterpretasikan pelbagai, bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihatnya dan menanggapnya seperti juga kad berbentuk hati yang disediakan untuk orang ramai meluahkan perasaan mengapa mereka sukakan Dr Mahathir.

Apa pun, dalam membentangkan apa yang dikatakan sebagai Seni Malaysia Kini, yang jelas, isu pelukis dan jati diri bagaikan masih tidak selesai yang kadang-kadang menampakkan seperti adanya satu kecelaruan.

Dipetik dari http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dekor/

Comments

Popular posts from this blog

Tradisi Dan Perubahan:

Tradisi Dan Perubahan: Ekspresi Kendiri Dalam Aliran Modernisme Malaysia. Oleh Mohamed Ali Abdul Rahman (Pensyarah Kanan Jabatan Liberal) M.A. (Arts History and PRints) M.A. Edu. USA. B. A (Hons) USM. Cert Ed. (KPM) I. Pengenalan Seniman Malaysia, generasi abad kedua puluh satu yang mengikuti aliran modernisme dan pasca modernisme akan menilai semula nilai peribuminya dalam konteks baru dan dengan pandangan lebih segar. Penilaian mereka mungkin tidak lagi bersandar kepada nilai-nilai yang pernah digunakan dalam masyarakatperibumi zaman tradisi dan mereka menganggap nilai-nilai tersebut sebagai ketingalna zaman ketika itu. Sebab-sebab utama nilai tersebut dilupakan kerana ia mungkin digunakan atau diamalkan lagi. Mereka lebih suka memberikan nafas baru kepada seni peribumi yang didapati dari sumber peninggalan warisan zaman dan petikan kesasteraan tradisi. Seniman dari masyarakat peribumi mungkin tidak keterlaluan sepert seniman barat yang melupakan terus institusi-institusi keagamaan

Lahir Nafas akibat dendam pada besi

Oleh Azran Jaffar BAGI pengarca, Raja Shahriman Raja Aziddin, setahun tidak menempa besi menimbulkan rasa dendam seninya. Dendam itu bukan semata-mata kerana nilai kesenimannya bagaikan sudah hilang tetapi kerana rasa bersalah melahirkan arca berbentuk figura. Daripada dendam yang membara itu lahirlah Nafas, siri arca logam yang dilahirkan daripada satu daripada empat elemen yang dikaitkan dengan kejadian manusia iaitu tanah, api, air dan angin. Nafas adalah karya terbaru Raja Shahriman, 37 yang kini sedang dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara. Ia adalah siri reka bentuk yang dihasilkan selama dua tahun selepas beberapa tahun mendiamkan diri sejak menghasilkan karya Gerak Tempur, Api Bayangan dan Kemenyan serta Semangat Besi. Jika selama ini arca-arcanya lebih memihak kepada figura, namun konflik yang menggolodak di dalam batinnya menyebabkan Raja Shahriman yang berasal dari Kuala Kangsar Perak cuba mengosongkan mindanya dengan bayangan itu. Hasilnya ialah Nafas yang berupa ja

Lukisan Bayu papar soal kemasyarakatan

DALAM angkatan pelukis muda, nama Bayu Utomo Radjikin bukanlah asing lagi. Baik dalam seni arca, figura, realisme dan abstrak, Bayu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Selepas arca karyanya yang berjudul ‘Bujang Berani’ memenangi hadiah dalam pertandingan Bakat Muda Sezaman anjuran Balai Seni Lukis Negara (BLSN) pada 1991, Bayu tidak menoleh ke belakang lagi. Bidang yang pada asalnya hanya sekadar hobi berubah menjadi kerjaya. “Sejak kecil hobi saya melukis. Saya memang tidak pernah terfikir ia akan menjadi kerjaya saya suatu hari nanti. Apa yang saya tahu ketika itu segala emosi saya luahkan menerusi lukisan ,” kata pelukis berasal dari Tawau, Sabah ini. Ekoran minat yang tinggi dalam bidang lukisan , selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia memasuki Institut Teknologi Mara (ITM) (sekarang UiTM) bagi menyambung pengajian dalam bidang seni halus. “Apabila ia menjadi kerjaya, kepuasannya berlainan. Bidang yang saya minati sejak kecil hingga sanggup melupakan