Skip to main content

Posts

Showing posts from May 16, 2005

Razak puas palit cat minyak

Gambar Hiasan Oleh Riadz Radzi SELEPAS 21 tahun terbabit dalam dunia perniagaan dan korporat, Razak Abdullah, 57, akhirnya memilih bidang yang memberi kepuasan pada dirinya iaitu melukis. Palitan cat minyak, lakaran dan kanvas nyata memberi ketenangan dan bebas daripada sebarang komitmen sebagaimana dihadapi ketika bergelar ahli perniagaan. Sebagai ahli perniagaan, Razak sering berulang-alik ke luar negara. Pada masa sama, ia memberi peluang kepadanya mengikuti perkembangan seni lukisan di luar negara. Waktu itulah, Razak mula berhadapan konflik antara kesenangan harta atau ketenangan jiwa. “Saya korbankan dunia perniagaan yang diceburi semata-mata untuk meneruskan minat dalam bidang lukisan. Lukisan sudah menjadi sebahagian hidup saya dan sudah mula melukis di atas tanah sejak kecil lagi. “Lagipun, lukisan menjauhkan saya daripada berurusan dengan bank, pelanggan dan pekerja. Kini saya cuma berurusan dengan alam menjadikan saya lebih tenang,” katanya yang memiliki kelulu

Do it yourself dekatkan batik canting kepada pelancong

Gambar Hiasan Oleh Noraini Ismail APABILA terpandang seorang anak muda mencanting batik di satu sudut di lobi Langkawi Lagoon Resort, kenangan terus mengimbau ke Kelantan yang satu ketika dulu kegiatan mencanting batik menjadi industri kampung dan sumber utama pendapatan wanita negeri itu. Saya pernah turut serta mencanting batik bersama emak saudara yang mengambil upah daripada pengusaha batik. Sekurang-kurang saya ada juga pengalaman walaupun sedikit, tidak seperti Shaharizan Saadin, 28 yang terbabit dalam industri itu tanpa ada asas mengenai seni ini. Dia yang membuka perniagaan batik canting hanya berbekalkan pengalaman yang dikumpulnya bersama kawan-kawan dengan meninjau ke pusat-pusat batik yang ada di Langkawi dan di Pantai Timur. Yang membezakan perniagaan batik canting Za ialah dari segi konsepnya yang lebih mengutamakan lukisan alam sekitar dan maritim. Hasil batiknya dibingkaikan untuk menjadi buah tangan pelancong untuk dibawa pulang sebagai kenangan bercuti

Set hidangan porselin wajah tempatan

Gambar Hiasan Oleh Azran Jaffar APABILA bercakap mengenai set hidangan daripada porselin, apa yang bermain di dalam fikiran kebanyakan kita ialah pinggan mangkuk yang dihiasi bunga-bungaan berwarna lembut bercorak kedesaan masyarakat Inggeris. Porselin bercorak klasik ini kadang-kadang hanya dihiasi palitan seperti perada emas di hujungnya yang menyerlahkan kemewahan dan keistimewaan set berkenaan. Apa pun, gambaran ini tidak salah kerana sememangnya gaya dan corak sebegini banyak memenuhi permukaan set hidangan porselin, yang dikenali antara barangan, selain barang kemas yang selalunya menjadi bahan bualan di kalangan wanita golongan berada. Bagaimanapun, dalam usaha mempelbagaikan corak dan lari dari kebiasaan, House of Mozalyn (Mozalyn), pengeluar produk porselin tempatan memperkenalkan set hidangan juga barangan hiasan proselin dengan wajah tempatan. Bunga sepit udang, rama-rama tempatan yang kaya pelbagai warna, keindahan batik juga motif-motif Sarawak adalah anta

Pelihara karya seni tradisional

Oleh Riadz Radzi PEREKA fesyen, Rizalman Ibrahim, 34, menampilkan rekaan batik bertema Mega Mendung pada tiga kerusi urut iSymphonic’ edisi terhad keluaran Osim (M) Sdn Bhd (Osim). Tiga kerusi urut berkenaan yang berharga RM15,880 setiap satu akan dilelong pada majlis lelongan amal untuk mengutip sumbangan yang akan disalurkan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang). Tiga rekaan itu memperlihatkan penggunaan empat warna iaitu merah yang membangkitkan keunikan Asia ‘oriental’, manakala putih dan biru mencerminkan sentimen suci, segar dan kontemporari. Sementara itu hitam menonjolkan lagi keunggulan produk Osim. Pemilihan fabrik satin halus dan berkualiti menyerlahkan lagi keanggunannya. ”Inilah kali pertama saya bekerjasama dengan Osim dan menghasilkan rekaan sebegini. Ia agak mencabar kerana bukan mudah untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti untuk produk yang sudah dikenali di seluruh dunia. Fesyen adalah satu gaya hidup dan begitu juga dengan produk Osim. Jadi ia ad

Hasil lumayan suntik semangat Azmeera

Oleh Ruhaiza Rusmin “DULU saya anggap perniagaan batik tidak memberikan pulangan lumayan kerana pasarannya kurang meluas. Namun, segalanya berubah setiap kali pulang ke kampung apabila saya lihat ramai rakan mampu hidup senang dengan hanya menjadi penjual batik. Melihat keadaan itu, saya tahu anggapan itu memang salah.” Demikian kata Azmera Ahmad, tauke Cheeria Batik di Plaza Alam Sentral, Shah Alam yang menjual beraneka jenis batik yang dibekalkan dari Kelantan. Berasal dari Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, dia pernah bekerja sebagai eksekutif sumber manusia di National Panasonic, Shah Alam selama lima tahun selepas berjaya menggenggam Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1992. “Walaupun bapa saya seorang penjual batik, saya tak minat pada mulanya. Sedikit demi sedikit saya buat kajian menerusi pembacaan dan pemerhatian untuk melihat sejauh mana batik mampu menembusi pasaran,” katanya. Setelah yakin, dia memulakan langkah pertama dengan men

Ekspresi cetusan alam

Oleh Riadz Radzi BAGI bukan pencinta seni, karya lukisan abstrak hanyalah lukisan yang disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa, tanpa perancangan dan kerjanya cincai. Namun, bagi pelukis dan penggemar karya sebegitu, mereka mempunyai alasan tersendiri. Padanan warna, medium yang digunakan serta kaedah penghasilannya adalah faktor paling penting menjadikan karya ‘cincai’ itu dihargai serta difahami mesej dan keunikannya. Rahim Jabbar, 28, adalah antara pelukis angkatan muda yang semakin menyerlah. Walaupun namanya tidak sehebat pelukis seperti Latif Mohidin, Siti Zainon Ismail atau Yusof Gajah, tetapi karya Rahim semakin diterima khusus daripada penggemar lukisan abstrak. Dia mengetengahkan genre abstrak ekspresionis, iaitu lakaran bukan figuratif, anti-formal, tanpa perancangan, dinamik, bertenaga dan berteknik bebas. Ia lebih bersifat merancang penglihatan daripada mengetengahkan imej biasa. Apa yang pasti, ia menampakkan nilai agresif spontan dan kebebasan berekspresi. “Lukisan saya

Hobi Jamarul bertukar kerjaya

Oleh Yooga Rani Murugiah BERMULA sebagai hobi, ia kini menjadi profesion Wan Jamarul Imran Wan Abdullah Thani, 36. Dalam rangka mengasah bakat yang dipupuk sejak di bangku sekolah itu, dia melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Fakulti Seni Halus, Kolej Institut Seni Maryland, Amerika Syarikat, sembilan tahun lalu. Kini sebagai Timbalan Dekan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), dia berkongsi ilmunya dengan 300 siswazah dari fakultinya. Selain mengadakan pameran di galeri tempatan, Wan Jamarul kerap menerima jemputan untuk mengadakan pameran di luar negara. Dia memenangi Anugerah Seni Philip Morris Malaysia pada 2000, Kejohanan Seni Lukis Barcelona IDECO di Spain (1997) dan Anugerah Seni Lukis Terbuka Malaysia (1994). Sejak berkecimpung dalam dunia seni lukis pada 1988, dia sudah menghasilkan lebih 100 lukisan. Hampir semua bahan ini dipamerkan secara solo dan berkumpulan di Galeri Seni Lukis Fleisher di Philadelphia, Institut Maryland, A

Keluarga seni lukis

Oleh Riadz Radzi Hasil karya Datuk Mohd Yusoff Jaafar dan anak-anak akan dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara pada 17 April KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Perumpamaan ini sesuai buat pelukis, Datuk Mohd Yusoff Jaafar. Semua tujuh anaknya, iaitu Nurhayati, 30, Nurazmal, 27, Nurhidayah, 25, Nursyuhadah, 20, Nurfarhana,15, Nursalihin, 12, dan Nursuraya, 6, mengikut jejaknya sebagai pelukis. Malah menantunya, Nik Rafin, 30, (suami Nurhayati) juga mengikut langkah yang sama. Cuma isterinya, To’ Puan Hazimah Hamid tidak melukis, tetapi sebagai pengkritik karya suami dan anak-anaknya. Paling menarik, nama keluarga ini pernah dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘Bilangan Artis Yang Paling Ramai Dalam Satu Keluarga’ di Malaysia. Ini berikutan pameran seni pertama mereka, ‘All In The Family’ di Hotel Hilton, Kuching, Sarawak pada 2002. Ketika itu keluarga seramai sembilan orang ini berusia di antara tiga hingga 54 tahun. Kini hasil karya keluarga istimewa ini dipam

CREATIVE ENTERPRISE

CREATIVE ENTERPRISE bermula sebagai sebuah syarikat penerbitan kecil pada awal 1978 dan melonjak sebagai nama yang disegani dalam industri penerbitan berikutan kemunculan majalah GILA-GILA pada 1 April, 1978. Dengan berpandukan konsep majalah MAD yang sedia popular di pasaran antarabangsa, GILA-GILA terus meledak di pasaran. Cetakan pertamanya yang berjumlah 10,000 naskah habis dalam masa beberapa hari sahaja. Dalam penerbitan pada bulan-bulan berikutnya, permintaan ke atas GILA-GILA meningkat menjadi berkali ganda. Kemunculan GILA-GILA jelas membawa dimensi baru bukan sahaja dalam dunia penerbitan tanahair, tetapi juga terhadap industri kartun keseluruhannya. Walaupun sebelum wujudnya GILA-GILA telah ada majalah-majalah beridentitikan kartun dan komik, namun kebanyakannya tenggelam dalam lambakan majalah-majalah hiburan dan tabloid yang menguasai pasaran pada era itu. Dengan peningkatan permintaan yang berterusan, Creative Enterprise akhirnya memutuskan untuk menerbitkan GILA-GILA se

Karya pelukis muda - Tidak dipinggirkan

Oleh ANI AWANG Lima pelukis dari kiri Hairudin Nasir, Azmi S.H., Nur Azmi Mokhtar (duduk), Azmi Aris dan Khairul Azuwan Ishak pada pameran Art Through The Heart di City Square, Kuala Lumpur baru-baru ini. -------------------------------------------------------------------------------- PAMERAN seni tampak di ibu kota Kuala Lumpur sejak beberapa dekad lalu memberi tumpuan kepada paparan karya-karya pelukis veteran berbanding dengan karya pelukis muda. Pun begitu tidak bererti karya pelukis muda dipinggirkan. Malah karya-karya mereka diakui dapat memberi sumbangan terhadap perkembangan seni tanah air. Baru-baru ini pelukis muda diberi peluang tampil mempamerkan seni tampak untuk mengisi Tabung Institut Jantung Negara (IJN) Pameran Art Through The Heart di City Square, Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur baru-baru ini telah menghimpunkan kira-kira 63 karya catan dan lima arca oleh 22 orang pelukis dalam dan luar negara.

Ekspresionisme - Dialog warna dengan khalayak

Oleh AZMAN ISMAIL SUZLEE Ibrahim menyiapkan salah satu lukisan dalam Space Series di studionya di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, baru-baru ini. -------------------------------------------------------------------------------- MENGEMBARA dalam warna merupakan istilah yang paling tepat untuk bercerita tentang pelukis ekspresionis terkenal tanah air, Suzlee Ibrahim. Sejak tahun 1995, beliau dianggap sebagai pelukis yang paling konsisten dengan aliran dan gaya ini. Menerusi warna, beliau menceritakan secara visual tentang kebimbangan, keindahan, ketakutan dan sebagainya. Sapuan berus yang bersahaja dan spontan, catan tebal dan tekstur yang kasar pada permukaan kanvasnya, melambangkan suatu pergerakan idea atau perasaan beliau. Tidak dinafikan, gaya ekspresionisme oleh pelukis Jackson Pollock dan Willem de Kooning mempunyai pengaruh besar terhadap karya-karya awal Suzlee terutama dari aspek gestural dan tekstural. http://www.utusan.com.my/utu

Terendak lampu motif awan larat

MOTIF awan larat berwarna-warni yang menghiasi dada wau memberikan kesan tersendiri apabila ia terbang tinggi di udara – menggambarkan betapa indahnya kerja seni ini. MOTIF awan larat hiasan popular pada wau kini dialihkan kepada terendak lampu. Bersandarkan motif yang penuh bergaya itu, seorang pengusaha wau di Baling, Kedah, Kasmin Abdul Jabar mengilhamkan motif itu dalam rekaan terendak lampu yang mampu memberikan kesan sama pada kediaman. Masih dalam peringkat penyelidikan dan pembangunan, terendak lampu yang dihiasi motif-motif wau itu dihasilkannya sejak dua tahun lalu, melalui syarikatnya Wau Baling Bunga Tanjung. Ia adalah usaha sampingan terhadap kraftangan wau yang dihasilkannya. “Saya mendapat ilham menghasilkan terendak lampu sebegini hasil daripada pemerhatian yang dijalankan di beberapa hotel yang mana saya lihat mereka lebih banyak menggunakan lampu tidur serta lampu hiasan dengan terendak yang berwarna seperti putih dan kuning cair. Apa yang lebih menarik kata Kasmin, c

Pelukis muda - Perlu tonjolkan seni mantap

Oleh ANI AWANG RAJA Azhar Idris memegang talam kaca unik yang dihasilkannya. -------------------------------------------------------------------------------- PELUKIS muda perlu memanfaatkan seni tampak yang boleh menjadi elemen penting mencerminkan pelbagai tafsiran. Elemen tersebut berfungsi menceritakan persekitaran, masyarakat, emosi dan falsafah yang kebanyakannya diadaptasi daripada perasaan dan pemikiran seseorang. Menyedari kepentingan seni tampak kepada seni bangsa, pelukis veteran Raja Azhar Idris berkata, pelukis muda disaran supaya mencipta seni tampak yang berlainan agar seni yang dihasilkan itu bertambah mantap. ``Kebanyakan pelukis muda berbakat di negara ini mempunyai potensi untuk maju setanding dengan pelukis terkenal jika mereka sedia bersungguh-sungguh untuk menonjolkan pelbagai konsep dan gaya seni yang baru. ``Mereka yang terdidik secara formal di mana-mana universiti, terbukti mempunyai reputasi yang baik untuk menjadi pelukis terkenal pada suatu masa nanti,'&