Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

PUITIS

PUITIS Seni komunikasi manusia tidak terhad pada suara dan pergerakkan sahaja. Kemampuan otak manusia mengambar dalam fikiran telah menciptakan komunikasi visua l. Komunikasi visual manusia yang terawal adalah lukisan. Namun lukisan memerlukan keupayaan yang tinggi untuk menyampaikan dan memahami. Akibatnya lukisan kadangkala membatasi kefahaman manusia antara penyampai dan penerima. Kemajuan pemikiran manusia menciptakan simbol untuk memudahkan dan meluaskan lagi komunikasi visual. Sehingga hari ini manusia sudah jauh menguasai komunikasi visual dan menjadi alat utama pembenaan ketamadunan. Adalah perkara biasa seorang pelukis boleh menulis dengan baik dan begitu juga sebaliknya. Di Malaysia juga ramai peseni yang menguasai kedua-dua bidang ini malah sudah tersohor namanya.  Sebagai sebuah galeri kecil, TITIKMERAH meneruskan konsep kami untuk menganjur pameran- pameran kecil yang menjadi titik-tolak kepada penghasilan acara yang lebih besar dan boleh diketengahkan. Untuk

Lukisan Termahal di dunia

Lukisan yang paling mahal waktu ini adalah lukisan Pablo Picasso, lukisan yang bertajuk " Nude, Green Leaves and Bust" kalau diterjemahkan di dalam bahasa bermaksud: "Bogel, Daun Hijau dan Dada Wanita" Nude, Green Leaves and Bust by Picasso Lukisan ini telah dilelong di  Christie's pada 4hb May.  Ia mengambil masa 8 minit sahaja untuk mencecah rekod baru dalam lelongan.  Nude, Green Leaves and Bust dihasilkan oleh Picasso dalam masa satu hari sahaja pada tahun 1932. Lukisan ini terjual dengan harga $106.5 juta dollar (RM 389.79 juta Ringgit Malaysia)