PUITIS Seni komunikasi manusia tidak terhad pada suara dan pergerakkan sahaja. Kemampuan otak manusia mengambar dalam fikiran telah menciptakan komunikasi visua l. Komunikasi visual manusia yang terawal adalah lukisan. Namun lukisan memerlukan keupayaan yang tinggi untuk menyampaikan dan memahami. Akibatnya lukisan kadangkala membatasi kefahaman manusia antara penyampai dan penerima. Kemajuan pemikiran manusia menciptakan simbol untuk memudahkan dan meluaskan lagi komunikasi visual. Sehingga hari ini manusia sudah jauh menguasai komunikasi visual dan menjadi alat utama pembenaan ketamadunan. Adalah perkara biasa seorang pelukis boleh menulis dengan baik dan begitu juga sebaliknya. Di Malaysia juga ramai peseni yang menguasai kedua-dua bidang ini malah sudah tersohor namanya. Sebagai sebuah galeri kecil, TITIKMERAH meneruskan konsep kami untuk menganjur pameran- pameran kecil yang menjadi titik-tolak kepada penghasilan acara yang lebih besar dan boleh diketengahkan. Untuk
Apa apa sahaja mengenai Seni Lukis, anda boleh luahkan pendapat dan apa jua tentang Seni Lukis di sini.