Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, April 23, 2005

Bagaimana nak jadi seorang pelukis yang terkenal sebelum mati

Tajam sungguh persoalan ini, biasanya rata-rata orang kata pelukis tu terkenal setelah dia mati... adakah ini betul, apa yang penting usaha dan kegigihan seseorang pelukis itu yang boleh membuatkan ia menjadi terkenal....walau apa pun juga, anda boleh luahkan pendapat anda di sini...

along said......
atitude adalah sangat penting dalam segal-galanya. keinginan untuk sesuatu juga dapat menolong. Bagaimana saya dapat survive dapat duit dengan menjual karya saya. Pertama sekali saya percaya karya saya adalah karya yang terbaik, "the greatest along" lebih bagus dari karya Michelangelo, dan lebih lebih bagus lagi dari Picasso, karya saya terbagus dan terbaik, fikiran positif inilah yang perlu ada dalam pemikiran kita sebagai seorang pelukis.

Along juga bersikap realistik. Walaupun saya gembira hidup dalam dunia saya sendiri, saya rasa tak semua merasai apa yang along rasa. Kekadang sesetengah orang kata apa yang along buat tak masuk akal. Kekadang "mereka talipon along" tapi yang sebenarnya alaong yang talipon mereka (mereka tu pelanggan yang berpotensi nak beli lukisan alaong) sebab along di luar sana sengaja nak letak lukisan dan statement along ke dalam surat khabar di pesta seni dengan menghadiri perasmiannya dan buat panggilan talipon. Jadi bila pelanggan "talipon along" sebenarnya diaorang talipon balik setelah along buat panggilan kepada mereka untuk talipon alaong balik.

along ada senarai nama pembeli lukisan yang selalu beli lukisan along. Biasanya "pembeli besar" datang ke studio along untuk melihat lukisan lukisan terbaru along, sebab dia orang tau yang lukisan along boleh buat 'profit' kalu jual balik kat galeri. Along tinggal di bandar kecil berdekatan dengan Kuala Lumpur, biasanya 'dealer' sanggup datang memandu ke studio along semata mata nak beli lukisan along, lepas tu balik denga 20 keping lukisan along dengan senyum lebar kat muka.

Biasanya 'dealer' kata nak lukisan yang kecik je. Mereka tak kan datang ke studio along kalau along kata along tak de lukisn kecik nak tunjuk kat diaorang. Jadi 'tips'nya along kata along 'ada' lukisan kecik, sebenarnya along tipu diaorang semata mata nak bawak diaorang ke studio along supaya diaorang boleh tengok lukisan yang besar yang along sebenarnya nak jual. Jadi lukisan along yang besar tu pun terjual dengan beberapa lukisan kecik along yang lain. Biasanya along akan sorok lukisan yang along yang terhebat sebab along nak tunjuk kat beberapa 'dealer' supaya along boleh pilih siapa yang tawarkan harga yang tertinggi.

Selepas along berjaya jual lukisan, along akan bawa 'dealer' pegi minum kopi kat tempat yang kelas di sekitar KL. Kitaorang akan cakap pasal shabat handai, keluarga, teman pelukis, dan cakap pasal lukisan along dalam perbualan jadi mereka akan berfikir tentang projek masa depan yang pastinya lukisan along pun terlibat sama.

Semua ni akan menjadi mudah jika lukisan kita adalah bagus. Jika lukisan kita ada daya penarik dan unsur unsur yang betul betul power boleh tarik perhatian.....

April 29, 2005 2:26 PM

Apakah Pendapat Anda Tentang Industri Seni Lukis Di Malaysia

Anda boleh hantarkan pendapat anda di sini bagaimanakah situasi industri seni lukis di Malaysia, adakah ianya semakin malap, pudar, hilang, hambar dan apa apa sahaja.

Lukisan di tengah Kota New York



Artist: Abd Latif Maulan
Klik imej untuk gambar yang jelas
(lukisan ini telah di komisyen oleh seorang pencinta seni dari kota New York)
Title: Working Together ; Medium: Oil On Canvas ; Size: 34" x 43"
Year: 2001 ; Collection of Mr. Paul Luskin, New York, USA

 
Blogger Templates