PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual. Wan Jamarul Imran B. Wan Abdullah Thani Abstrak T eknologi elektronik; tempias teknologi maklumat dan agen transportasinya telah mula menular di dalam perkembangan seni tampak. Ia bakal dan akan menjadi aliran baru yang mampu memberi perubahan dan transformasi kepada pengucapan berkarya. Jika dilihat pengamal seni di Malaysia masih lagi takut untuk melakukan sedikit anjakan evolusi minda. Hakikat terhadap berus, cat dan kanvas sebagai alatan dan media unggul tidak seharusnya diketepikan tetapi perlu dikembangkan. Sekarang ini komputer, perisian dan skrin elektronik mampu memperkayakan gaya pengucapan berkarya. Melalui kesepaduan seni dan teknologi terkini boleh menguju...
Apa apa sahaja mengenai Seni Lukis, anda boleh luahkan pendapat dan apa jua tentang Seni Lukis di sini.
Comments
Saya percaya awak gila. Lukisan awak ni buruk sangat. Baik saya tangkap gambar dan print kat kedai. Semua awak buat adalah tiru dari gambar. lepas tu nak buat website ni pulak, apa yang awak fikir awak buat ni ha?
Terima kasih kerana komen awak ni. Saya inginkan lukisan saya menjadi yang terbaik, sebenarnya kita ni kalau nak belajar melukis kena meniru. Kalau tidak kita tidak akan berjaya. Dari satu tahap ke satu tahap kita akan dapat menghasilkan lukisan imaginasi yang terbaik. Sudah saya nyatakan lukisan saya adalah lukisan "photorealism" memang lukisan jenis ni kena tangkap gambar dahalu dan hasilkannya ke atas kanvas. Kalau tidak tidaklah ia dinamakan lukisan fotorealisme. Memang tidak saya nafikan semua lukisan saya cantik atau menarik atau power giler, ada juga yang buruk. Tidak semua pelukis kat dunia ni hasilkan karya mereka cantik cantik belaka, contonya Picasso, Monet, Renoir dll. Ada juga lukisan yang mereka hasilkan buruk.
Lukisan saya yang tak menarik mungkin terhasil dari daya keinginan yang lahir dari perassaan marah atau kecewa kepada sesetengah dealer. Dan lukisan saya yang terhebat tak mungkin terhasil dari kekuatan dan keinginan saya dari kejayaan saya sebagai seorang pelukis.