Skip to main content

Lukisan di tengah Kota New York



Artist: Abd Latif Maulan
Klik imej untuk gambar yang jelas
(lukisan ini telah di komisyen oleh seorang pencinta seni dari kota New York)
Title: Working Together ; Medium: Oil On Canvas ; Size: 34" x 43"
Year: 2001 ; Collection of Mr. Paul Luskin, New York, USA

Comments

Anonymous said…
Hi Latif,
Saya percaya awak gila. Lukisan awak ni buruk sangat. Baik saya tangkap gambar dan print kat kedai. Semua awak buat adalah tiru dari gambar. lepas tu nak buat website ni pulak, apa yang awak fikir awak buat ni ha?
Latif Maulan said…
Hi Anonymous,
Terima kasih kerana komen awak ni. Saya inginkan lukisan saya menjadi yang terbaik, sebenarnya kita ni kalau nak belajar melukis kena meniru. Kalau tidak kita tidak akan berjaya. Dari satu tahap ke satu tahap kita akan dapat menghasilkan lukisan imaginasi yang terbaik. Sudah saya nyatakan lukisan saya adalah lukisan "photorealism" memang lukisan jenis ni kena tangkap gambar dahalu dan hasilkannya ke atas kanvas. Kalau tidak tidaklah ia dinamakan lukisan fotorealisme. Memang tidak saya nafikan semua lukisan saya cantik atau menarik atau power giler, ada juga yang buruk. Tidak semua pelukis kat dunia ni hasilkan karya mereka cantik cantik belaka, contonya Picasso, Monet, Renoir dll. Ada juga lukisan yang mereka hasilkan buruk.
Lukisan saya yang tak menarik mungkin terhasil dari daya keinginan yang lahir dari perassaan marah atau kecewa kepada sesetengah dealer. Dan lukisan saya yang terhebat tak mungkin terhasil dari kekuatan dan keinginan saya dari kejayaan saya sebagai seorang pelukis.
Anonymous said…
saya rasa mungkin Anonymous tu tidak faham tentang seni lukis atau cemburu dengan kebolehan saudara latif sebab tu dia komen demikian. memang betul apa yang saudara latif katakan. sebelum menjadi seorang pelukis yang hebat kita akan belajar dari peniruan. itu lah yang saya terapkan kepada anak didik saya di sekolah. walaupun tak reti melukis tapi boleh meniru untuk menghasilkan sebuah karya.kita bukannya melukis dengan imaginasi semata-mata.sama ada meniru melalui gambar foto, gambar lukisan ataupun melukis dengan melihat kepada objek sebenar itu juga di namakan meniru. apa-apa pun teruskan usaha anda.

Popular posts from this blog

Bukan sekadar karya, hasil seni mula menjadi pelaburan

Pelawat menyaksikan pameran seni di Balai Seni Visual Negara. Kini lukisan bukan sekadar hasil seni tetapi turut menjadi pelaburan yang menguntungkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Disember, 2014.  Menurut polis, kes kecurian membabitkan karya seni amat jarang berlaku di Malaysia, namun kes terbaru membabitkan karya seni bernilai RM1.5 juta mendedahkan perkembangan perniagaan karya seni bukan setakat atas dasar minat terhadap hasil kesenian tetapi juga faktor pelaburan. Perkembangan jumlah pemilik galeri karya seni menjadikan hasil seni ibarat "emas" kepada pelabur konvensional, bukan sahaja setakat kepada golongan berada dan berusia tetapi juga pembeli muda yang kini menyertai pasaran tersebut. "Kebanyakan orang kini datang ke galeri dan melihat lukisan sebagai salah satu bentuk pelaburan," kata Kenny Teng, pengurus di Galeri G13, di Petaling Jaya. -  "Mereka ini kebanyakannya adalah orang biasa yang meminati hasil seni tet...

Lukisan Termahal di dunia

Lukisan yang paling mahal waktu ini adalah lukisan Pablo Picasso, lukisan yang bertajuk " Nude, Green Leaves and Bust" kalau diterjemahkan di dalam bahasa bermaksud: "Bogel, Daun Hijau dan Dada Wanita" Nude, Green Leaves and Bust by Picasso Lukisan ini telah dilelong di  Christie's pada 4hb May.  Ia mengambil masa 8 minit sahaja untuk mencecah rekod baru dalam lelongan.  Nude, Green Leaves and Bust dihasilkan oleh Picasso dalam masa satu hari sahaja pada tahun 1932. Lukisan ini terjual dengan harga $106.5 juta dollar (RM 389.79 juta Ringgit Malaysia) 

Trend jual beli karya seni

Trend jual beli karya seni Oleh YEO LI SHIAN yeo.lishian@kosmo.com.my ROBERT TOK, 45, bukan pengunjung baru setiap kali berlangsungnya pameran seni di ibu negara. Malah, keterujaan bapa kepada empat orang anak itu jelas memandangkan kunjungannya ke pameran-pameran seumpama itu setiap kali tidak akan hadir dengan tangan kosong. Sebaliknya, lelaki yang berasal dari Kuantan, Pahang itu akan membawa wang tunai  bernilai  puluhan ribu ringgit bersamanya. Wang itu dibawa dengan harapan beliau dapat membeli lukisan-lukisan yang disukai. Dalam satu pameran seni terbesar, Art Expo Malaysia 2010 yang diadakan di ibu negara baru-baru ini, Robert sekali lagi tidak sedih untuk berpisah dengan sebahagian daripada wang simpanannya. Walaupun bajet yang dikeluarkan agak besar, dia lebih gembira apabila lukisan kegemaran sudah menjadi miliknya. Tindakan spontan untuk membeli lukisan demi kepuasan diri itu bagaimanapun kurang disenangi oleh isteri Robert memandangkan seni kepada ist...