Skip to main content

Fauzul ketengah Pop Primitif



BATU Bersurat yang dianggap bernilai Pop Primitif.

JIKA masyarakat primitif menjadikan dinding gua sebagai wadah komunikasi serta perakam apa yang dilihat, Fauzul Yusri mengetengahkan konsep sama di kanvas sebagaimana katanya: “Kanvas itu adalah perjalanan saya yang mana warna membentuk suasana dan garisan pula memberikan ceritanya.”

Beliau menjadikan contengan pelbagai elemen seni prasejarah dan neolitik pada kanvas yang kaya warna untuk membentuk jaringan rakaman semasa yang menghidupkan semula imejan berkenaan dalam bentuk karya abstrak ekspresionisme moden.

EMPAT lukisan yang
membentuk satu siri
serta sekeping berasaskan
kepingan papan.


Dinamakan siri Pop Primitif dan kini sedang dipamerkan di Galeriiizu di Bukit Kenny, Fauzul mengetengahkan satu elemen budaya yang menjadi kajian pakar arkeologi kepada satu pemikiran semasa yang cuba dibentuknya sebagai identiti sendiri.

Unsur alam menguasai pemikiran Fauzul dalam penghasilan karyanya, kerana sebagai anak muda yang membesar dalam suasana perkampungan hidupan dan tumbuhan banyak merangsang minda dan perasaannya.

Pemerhati seni, Profesor Madya Dr Muliyadi Mahamood menyifatkan penghasilan siri ini mewakili kehidupan dan ruang masa hari ini dan hal primitif yang dimaksudkan Fauzul merujuk kepada pengalaman-pengalaman lalu yang digarapnya secara spontan menerusi pengolahan lakaran garis yang ekonomis lagi terbatas.

Walaupun suasana seni negara ini tidak kurang dengan mereka yang beraliran abstrak ekspresionisme, tetapi jati diri ditunjukkan Fauzul lewat siri ini memperlihatkan satu pengolahan yang bagaikan satu perjalanan akhirnya menemui satu keputusan.

Berbanding karya-karya awalnya, siri Pop Primitif hasil kerja lulusan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara ini memperlihatkan kesinambungan latar belakang kanvasnya yang penuh warna, tetapi subjek pengutaraan yang memberikan pemikiran pelbagai.

Jika contohnya dalam Cages, Fauzul mengutarakan satu subjek yang sama, tetapi siri Pop Primitif memberikan makna lebih luas yang diterjemahkan dari imej yang bukan primitif bentuknya tetapi juga yang moden.

Dalam penghasilannya Fauzul memberitahu: “Buat permulaan, saya cuba merosakkan atau mencacatkan kanvas dengan warna, garisan, ruang atau lukisan dan kemudian cuba menyelesaikan sepah yang saya cipta. Penyelesaiannya saya cari dengan irama, pembahagian, bentuk dan keseimbangan antara kotoran itu.”

Fauzul mengakui sebelum ini, karya beliau tidak menvisualkan sebarang imej dan apa yang mendominasi ruang kanvasnya adalah tekstur, warna serta cakaran-cakaran yang lebih bersifat expresif.

“Untuk siri ini saya cuba memasukkan beberapa imej, yang dipadankan dengan warna dalam satu komposisi kerana agak sukar untuk mencari sebuah karya yang memuaskan hati dan seringkali saya berperang dengan mata sendiri mencari susun letak antara warna dan garisan-garisan imej berkenaan.

“Karya pada siri ini adalah satu proses experimental mencari penyesuaian antara warna dan garisan (atau imej). Saya melakar apa yang telah terakam dalam minda... mungkin dua hari yang lalu saya melihat seekor lembu atau kerbau... mungkin dua minggu lalu saya menonton filem... yang pasti saya cukup puas apabila ia berkait dengan alam,” katanya.

Bercakap mengenai warna-warnanya dalam siri Pop Primitf, Fauzul berkata: “Warna adalah sesuatu yang subjektif, bergantung pada perasaan ketika saya berkarya, ada yang cukup memberi kesan kepada mata dan perjalanan seharian memberi kesan kepada berubahnya satu-satu warna dalam penghasilan karya berikutnya.”

Apa pun pernyataannya, yang jelas, siri Pop Primitif adalah komunikasi Fauzul kepada khalayaknya yang memungkinkan satu pemikiran dikitar pada satu ruang kanvas yang kaya warna.

Dari lembu ke manusia yang berlari dengan tombaknya hinggalah ke Batu Bersurat ia adalah pernyataan yang primitif tetapi pop.

Dipetik dari http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dekor/

Comments

Popular posts from this blog

PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual.

PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual. Wan Jamarul Imran B. Wan Abdullah Thani Abstrak T eknologi elektronik; tempias teknologi maklumat dan agen transportasinya telah mula menular di dalam perkembangan seni tampak. Ia bakal dan akan menjadi aliran baru yang mampu memberi perubahan dan transformasi kepada pengucapan berkarya. Jika dilihat pengamal seni di Malaysia masih lagi takut untuk melakukan sedikit anjakan evolusi minda. Hakikat terhadap berus, cat dan kanvas sebagai alatan dan media unggul tidak seharusnya diketepikan tetapi perlu dikembangkan. Sekarang ini komputer, perisian dan skrin elektronik mampu memperkayakan gaya pengucapan berkarya. Melalui kesepaduan seni dan teknologi terkini boleh menguju...

Bukan sekadar karya, hasil seni mula menjadi pelaburan

Pelawat menyaksikan pameran seni di Balai Seni Visual Negara. Kini lukisan bukan sekadar hasil seni tetapi turut menjadi pelaburan yang menguntungkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Disember, 2014.  Menurut polis, kes kecurian membabitkan karya seni amat jarang berlaku di Malaysia, namun kes terbaru membabitkan karya seni bernilai RM1.5 juta mendedahkan perkembangan perniagaan karya seni bukan setakat atas dasar minat terhadap hasil kesenian tetapi juga faktor pelaburan. Perkembangan jumlah pemilik galeri karya seni menjadikan hasil seni ibarat "emas" kepada pelabur konvensional, bukan sahaja setakat kepada golongan berada dan berusia tetapi juga pembeli muda yang kini menyertai pasaran tersebut. "Kebanyakan orang kini datang ke galeri dan melihat lukisan sebagai salah satu bentuk pelaburan," kata Kenny Teng, pengurus di Galeri G13, di Petaling Jaya. -  "Mereka ini kebanyakannya adalah orang biasa yang meminati hasil seni tet...

Lukisan Bayu papar soal kemasyarakatan

DALAM angkatan pelukis muda, nama Bayu Utomo Radjikin bukanlah asing lagi. Baik dalam seni arca, figura, realisme dan abstrak, Bayu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Selepas arca karyanya yang berjudul ‘Bujang Berani’ memenangi hadiah dalam pertandingan Bakat Muda Sezaman anjuran Balai Seni Lukis Negara (BLSN) pada 1991, Bayu tidak menoleh ke belakang lagi. Bidang yang pada asalnya hanya sekadar hobi berubah menjadi kerjaya. “Sejak kecil hobi saya melukis. Saya memang tidak pernah terfikir ia akan menjadi kerjaya saya suatu hari nanti. Apa yang saya tahu ketika itu segala emosi saya luahkan menerusi lukisan ,” kata pelukis berasal dari Tawau, Sabah ini. Ekoran minat yang tinggi dalam bidang lukisan , selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia memasuki Institut Teknologi Mara (ITM) (sekarang UiTM) bagi menyambung pengajian dalam bidang seni halus. “Apabila ia menjadi kerjaya, kepuasannya berlainan. Bidang yang saya minati sejak kecil hingga sanggup melupakan...