Skip to main content

Menghayati seni indah di sebalik perahu

Menghayati seni indah di sebalik perahu
| Teks Haswari Ali | Foto Sobri Sudin


ENTAH apa yang bermain di benak fikiran anda apabila melihat seleksi karya seni akrilik yang menjadi penghias cover story i-Kon pada minggu ini. Apatah lagi bermula dari muka depan hingga ke dua helaian halaman Zoom 1 ini, tidak ada objek lain yang diperlihatkan, kecuali perahu dan bot nelayan.

Ada pihak mungkin beranggapan karya pelukis kelahiran Bagan Serai, Perak ini dipengaruhi latar belakang hidupnya sebagai anak nelayan ataupun penumpang setia bot penambang.

Namun itu bukanlah jawapan yang terkeluar dari mulut empunya badan, Zaim Durulaman, 38. Sebaliknya, pelukis berjiwa besar ini mempunyai alasannya tersendiri mengapa objek pengangkutan air itu menjadi pilihan hati.

“Disebabkan saya tidak dibesarkan dengan perahu dan sampanlah maka saya terlintas untuk menilai objek itu dengan lebih dekat.

Andai kata saya dibesarkan di kampung nelayan, saya yakin, imej perahu bukanlah pilihan saya,” katanya.

Zaim ditemui i-Kon, ketika hari pertama pameran solonya bertajuk Poem of Destiny yang kini berlangsung di lobi utama, Balai Berita, Jalan Riong, Kuala Lumpur, sehingga penghujung Mei ini.

Pemuda berjambang yang tidak lekang dengan topi hitam itu berkata, objek perahunya turut terhasil berdasarkan syair lama berjudul Perahu nukilan Hamzah Fansuri.

Beliau juga tidak menyangkal perahu membawa dua isi tersirat yang cukup mendalam untuk dihayati. Pertama, perahu baginya adalah satu perlambangan betapa perjalanan kehidupan manusia penuh cabaran dan dugaan. Kedua, dia cukup tertarik dengan keadaan di dalam perahu selalunya tidak teratur.

“Memang sudah resmi perahu atau bot nelayan, segala isinya tidak tersusun dengan elok. Compangcamping, bersepah dan nampak buruk.

Tapi di sebalik keadaannya yang tidak teratur itu, ia sebenarnya menyimpan nilai seni yang cukup menarik apabila dilahirkan melalui lukisan,” jelasnya.

Bukan setakat satu atau dua, malah berkat penjelajahannya ke merata tempat bermula dari Bagan Serai sehinggalah ke Kuala Kurau, maka terhasillah beberapa jenis sampan yang berasal dari Kedah, Selangor, Melaka, Sarawak Kelantan, Terengganu dan Perak.

Malah daripada lakaran sampan dan bot ini jugalah, Zaim mengakhiri lukisannya dengan mesej yang amat kuat, di perkukuhkan lagi dengan petikan syair Melayu sebagai tajuk lukisannya seperti Pisang Emas Dibawa Berlayar dan Pulau Pandan Jauh Ke Tengah.

Tidak dinafikan, imej bot dan sampan yang dilukis Zaim itu menampakkan seni kehalusan tersendiri dan ia memang hasil kerja teliti apabila dipandang dari jarak dekat.

Bagi menyerlahkan identiti karyanya, Zaim cukup bijak memilih ‘kombinasi rona garang dan gelap seperti merah, biru, coklat atau hitam. Katanya, sebanyak 37 ‘lukisan yang dipamerkan pada pameran solonya itu adalah koleksi kesayangannya sejak 1997.

Bagaimanapun hanya empat daripada karyanya itu dilukis tahun ini manakala satu saja pada 1997.

Bukan sekadar perahu dan sampan, minda abstrak Zaim dipelbagaikan dengan hadirnya objek jam loceng, lampu ayam dan kerusi moden yang juga ada kaitannya dengan kewujudan sampan. “Lampu dimaksudkan saya sebagai ilmu yang menyuluh kehidupan manusia, manakala kehadiran lima jam loceng menentukan masa dan nasib nelayan di tengah lautan, juga sebagai lima rukun Islam dan lima solat fardu.

“Kerusi secara ringkas sebagai simbol orang tengah atau pemerintah yang diambil dari perkataan pengerusi. Mereka ini cukup berkuasa dalam hidup manusia,” katanya.

Dipetik dari http://www.bharian.com.my/Misc/IKON/

Comments

Popular posts from this blog

Tradisi Dan Perubahan:

Tradisi Dan Perubahan: Ekspresi Kendiri Dalam Aliran Modernisme Malaysia. Oleh Mohamed Ali Abdul Rahman (Pensyarah Kanan Jabatan Liberal) M.A. (Arts History and PRints) M.A. Edu. USA. B. A (Hons) USM. Cert Ed. (KPM) I. Pengenalan Seniman Malaysia, generasi abad kedua puluh satu yang mengikuti aliran modernisme dan pasca modernisme akan menilai semula nilai peribuminya dalam konteks baru dan dengan pandangan lebih segar. Penilaian mereka mungkin tidak lagi bersandar kepada nilai-nilai yang pernah digunakan dalam masyarakatperibumi zaman tradisi dan mereka menganggap nilai-nilai tersebut sebagai ketingalna zaman ketika itu. Sebab-sebab utama nilai tersebut dilupakan kerana ia mungkin digunakan atau diamalkan lagi. Mereka lebih suka memberikan nafas baru kepada seni peribumi yang didapati dari sumber peninggalan warisan zaman dan petikan kesasteraan tradisi. Seniman dari masyarakat peribumi mungkin tidak keterlaluan sepert seniman barat yang melupakan terus institusi-institusi keagamaan

Lahir Nafas akibat dendam pada besi

Oleh Azran Jaffar BAGI pengarca, Raja Shahriman Raja Aziddin, setahun tidak menempa besi menimbulkan rasa dendam seninya. Dendam itu bukan semata-mata kerana nilai kesenimannya bagaikan sudah hilang tetapi kerana rasa bersalah melahirkan arca berbentuk figura. Daripada dendam yang membara itu lahirlah Nafas, siri arca logam yang dilahirkan daripada satu daripada empat elemen yang dikaitkan dengan kejadian manusia iaitu tanah, api, air dan angin. Nafas adalah karya terbaru Raja Shahriman, 37 yang kini sedang dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara. Ia adalah siri reka bentuk yang dihasilkan selama dua tahun selepas beberapa tahun mendiamkan diri sejak menghasilkan karya Gerak Tempur, Api Bayangan dan Kemenyan serta Semangat Besi. Jika selama ini arca-arcanya lebih memihak kepada figura, namun konflik yang menggolodak di dalam batinnya menyebabkan Raja Shahriman yang berasal dari Kuala Kangsar Perak cuba mengosongkan mindanya dengan bayangan itu. Hasilnya ialah Nafas yang berupa ja

Lukisan Bayu papar soal kemasyarakatan

DALAM angkatan pelukis muda, nama Bayu Utomo Radjikin bukanlah asing lagi. Baik dalam seni arca, figura, realisme dan abstrak, Bayu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Selepas arca karyanya yang berjudul ‘Bujang Berani’ memenangi hadiah dalam pertandingan Bakat Muda Sezaman anjuran Balai Seni Lukis Negara (BLSN) pada 1991, Bayu tidak menoleh ke belakang lagi. Bidang yang pada asalnya hanya sekadar hobi berubah menjadi kerjaya. “Sejak kecil hobi saya melukis. Saya memang tidak pernah terfikir ia akan menjadi kerjaya saya suatu hari nanti. Apa yang saya tahu ketika itu segala emosi saya luahkan menerusi lukisan ,” kata pelukis berasal dari Tawau, Sabah ini. Ekoran minat yang tinggi dalam bidang lukisan , selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia memasuki Institut Teknologi Mara (ITM) (sekarang UiTM) bagi menyambung pengajian dalam bidang seni halus. “Apabila ia menjadi kerjaya, kepuasannya berlainan. Bidang yang saya minati sejak kecil hingga sanggup melupakan