Skip to main content

Tradisi Dan Perubahan:

Tradisi Dan Perubahan:
Ekspresi Kendiri Dalam Aliran Modernisme Malaysia.

Oleh Mohamed Ali Abdul Rahman (Pensyarah Kanan Jabatan Liberal)
M.A. (Arts History and PRints) M.A. Edu. USA. B. A (Hons) USM. Cert Ed. (KPM)

I. Pengenalan
Seniman Malaysia, generasi abad kedua puluh satu yang mengikuti aliran modernisme dan pasca modernisme akan menilai semula nilai peribuminya dalam konteks baru dan dengan pandangan lebih segar. Penilaian mereka mungkin tidak lagi bersandar kepada nilai-nilai yang pernah digunakan dalam masyarakatperibumi zaman tradisi dan mereka menganggap nilai-nilai tersebut sebagai ketingalna zaman ketika itu. Sebab-sebab utama nilai tersebut dilupakan kerana ia mungkin digunakan atau diamalkan lagi. Mereka lebih suka memberikan nafas baru kepada seni peribumi yang didapati dari sumber peninggalan warisan zaman dan petikan kesasteraan tradisi.

Seniman dari masyarakat peribumi mungkin tidak keterlaluan sepert seniman barat yang melupakan terus institusi-institusi keagamaan dan kekeluargaan mereka; kerana institusi tersebut dianggap sebagai penghalang kepada kebebasan ekspresi mereka. Apa yang paling istimewa di barat mungkin aspek metarialistik dan menitikberatkan keegoan individu.

Kesenian budaya timur pada suatu ketika dulu dianggap murni dan tulen telah bercampur aduk dengan nilai barat. Hasil seni yang bergabung di antara seni primitif dengan aliran modernisme ini akan menjadi jatidiri kepada seniman moden Malaysia nanti. Hasil seni mereka memperlihatkan pertembungan idea dan stail dari dua dunia seni yang mempunyai nilai-nilai yang berbeza,

II. Kreativiti dan Ekspresi kendiri.
Kreativit dan ekspresi kendiri merupakan naluri dan gerak hati yang telah wujud dari dalam diri seorang bayisejak ia dilahirkan ke dunia. Ia merupakan imej dan dan impressi yang terpendam dalam pemikiran kanak-kanak. Ekspresi kendiri ini perlu dipupuk agar satu generasi yang lebih kreatif dan dinamik akan lahir dalam abad akan datang.

Ekspresi bebas dan ekspresi kendiri sebagai kaedah pengajaran dalam pendidikan seni telah wujud buat pertama kalinya pada abad ke sembilan belas dalam sesi setiap hari sabtu yang dikendalikan oleh Frank Cizek di Departmen of Experimention and Research.

Sejak itu hingga tahun 1950an tradisi ekspresi ini semakin berkembang dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam pengajaran pendidikan seni seluruh dunia. Kajian seni lukis dan seni reka Uitm, atau dikenali sebagai 'School of Applied Arts' ditubuhkan dalam dekad berikutnya; iaitu dalam tahun 1960an. Dengan itu tradisi ekspresi kendiri ini telah dikembangkan oleh pendidik seni yang menerima pendidikan barat ketika itu. Bermulalah suatu bentuk ekspresi kendiri yang tersendiri yang unik di Malaysia. Ekspresi kendiri ini disuburkan lagi dengan adanya usaha menerapkan unsur-unsur dan akar peribumi dalam tahun 1970an dan memantapkan lagi dengan penerapan unsur unsur keislaman yang bermula dari awal dekad berikutnya.

Ekspresi kendiri yang bermula dari renungan hidup dan pengalaman telah membentuk intuisi seseorang seniman. Eisner pernah memetk pendapat John Deway tentang pengalaman seni dan ekpresi kendiri:
" John Deway emphaszies tan man's basic need is to come to terms with his environment, to attain equilibrium and to grow. He also stresses that the inteligence is based upon the experience"


Sehubungan dengan itu ekspresi kendiri juga berkaitan dengan sikap dan unsur psikplogi seseorang seniman. herbert Read berpendapat arah keperibadian setiap individu ialah sama ada 'introverted' atau 'extorverted'. Pertindihan kedua-dua sikap diri ini dengan empat fungsi psikologi iaitu: pemikiran perasaan, sensasi dan intuisi bersesuaian dan seiring dengan kecenderungan beberapa daya seni moden.

II. Seni Peribumi Dan Modernisme
Kedua-dua seni peribumi dan modernisme barat mungkin mempunyai kekurangan atau kelemahan di sana dan di sini. Tetapi kelemahan itu dapat dimanfaatkan jika seniman bersikap optimistik terhadap apa yang hendak dihasilkan. Leonardo De Vinci pernah menyatakan:
" Two weaknesess leaning againts one another add up to one strenght"

Sesuatu yang bernilai ini merupakan seiringan dengan konsep keindahan yang diperdebatkan berzaman-zaman. Sejak peringkat awal perkembangan seni klasik barat, kemudian bermulanya bidang ilmu estetik yang diperkenalkan oleh Alexander Baumgaten dalam abad ketujuh belas; kajian tentang 'keindahan' menjadi suatu kemestian. Ia seringkali digabungkan dengan hasil seni yang menarik.
Para punjangga dan ahli estetik barat melihat konsep keindahan ini mengikut konteks dan kefahaman masing-masing. Sebagai contohnya George Santayana melihat keindahan merupakan penolakan beberapa ciri-ciri tertentu seperti aspek bawah sedar, morah dan kerohanian. Veron pula berpendapat keindahan ini merupakan hanya sebahagian dari ciri-ciri yang terdapat dalam seni ekspresif.

Menjelang abad kedua puluh satu ini definisi keindahan semakin tenggelam dan digantikan pula dengan perkataan 'kualiti yang baik' . Matlamat seni juga telah berubah iaitu:
' ...to produce a thing of value'

Penghasilan karya seni yang bermutu tinggi ini tidak akan tercapai sekiranya seseorang seniman itu berlandaskan kepada sesuatu yang asing bagi jiwa, bertentangan dengan agama dan terkeluar dari pandangan hidupnya. Pengolahan aspek visual aliran modernisme mungkin dapat menggalakkan penerapan unsur seni silang budaya yang bersifat 'global' : tetapi ekspresi kendiri seniman itu masih merupakan jatidiri seni sesuatu masyarakat peribumi itu. Bahkan Lucy Lippard pernah menyatakan seni peribumi bergantung kepada idea tentang kualiti.
" Ethnocentrism in the arts is balanced on a notion of quality that "transcends boundries"


Proses silang budaya dan amalan 'multiculturalisme' akan mempengaruhi ekspresi jiwa seniman. Dari keadaan yang penuh kekeliruan dan keterlampauan ini para seniman wajar mencari semula sesuatu kekuatan yang terbenam dalam dirinya sendiri; iaitu ilham yang berlandasan kepada agama, ketulenan dan nilai-nilai yang murni.

Proses modernisasi telah bayak mengubah pemikiran, sistem nilai, pandangan hidup dan institusi masyarakat. Perubahan ini berlaku dan memberikan kesan gelombang perubahan sosial yang dipengaruhi oleh proses perindustrian dan urbanisasi. Teknologi dan idea baru terus berkembang menerusi kecanggihan sistem teknologi komunikasi. Masyarakat peribumi yang terpisah dari dunia luar akan berinteraksi dengan jiran-jiran sedunianya yang lain; yang mempunyai cara hidup berbeza dan lebih sofistikated. Robert Goldwater pernah menghujahkan bahawa terdapat hubungan erat antara seni peribumi dengan seni moden. Beliau menganggap kedua-dua seni ini mempunyai persamaan dalam empat perkara iaitu: romantik, emosi, intelek, dan alam bawah sedar. Namun begitu Goldwater lebih berkeyakinan mempertahankan karya seni moden barat yang menggunakan tema primitf; bukan memperjuangkan seni primitif itu sendiri dalam konteks moden.

Comments

Popular posts from this blog

Lahir Nafas akibat dendam pada besi

Oleh Azran Jaffar BAGI pengarca, Raja Shahriman Raja Aziddin, setahun tidak menempa besi menimbulkan rasa dendam seninya. Dendam itu bukan semata-mata kerana nilai kesenimannya bagaikan sudah hilang tetapi kerana rasa bersalah melahirkan arca berbentuk figura. Daripada dendam yang membara itu lahirlah Nafas, siri arca logam yang dilahirkan daripada satu daripada empat elemen yang dikaitkan dengan kejadian manusia iaitu tanah, api, air dan angin. Nafas adalah karya terbaru Raja Shahriman, 37 yang kini sedang dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara. Ia adalah siri reka bentuk yang dihasilkan selama dua tahun selepas beberapa tahun mendiamkan diri sejak menghasilkan karya Gerak Tempur, Api Bayangan dan Kemenyan serta Semangat Besi. Jika selama ini arca-arcanya lebih memihak kepada figura, namun konflik yang menggolodak di dalam batinnya menyebabkan Raja Shahriman yang berasal dari Kuala Kangsar Perak cuba mengosongkan mindanya dengan bayangan itu. Hasilnya ialah Nafas yang berupa ja

Lukisan Bayu papar soal kemasyarakatan

DALAM angkatan pelukis muda, nama Bayu Utomo Radjikin bukanlah asing lagi. Baik dalam seni arca, figura, realisme dan abstrak, Bayu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Selepas arca karyanya yang berjudul ‘Bujang Berani’ memenangi hadiah dalam pertandingan Bakat Muda Sezaman anjuran Balai Seni Lukis Negara (BLSN) pada 1991, Bayu tidak menoleh ke belakang lagi. Bidang yang pada asalnya hanya sekadar hobi berubah menjadi kerjaya. “Sejak kecil hobi saya melukis. Saya memang tidak pernah terfikir ia akan menjadi kerjaya saya suatu hari nanti. Apa yang saya tahu ketika itu segala emosi saya luahkan menerusi lukisan ,” kata pelukis berasal dari Tawau, Sabah ini. Ekoran minat yang tinggi dalam bidang lukisan , selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia memasuki Institut Teknologi Mara (ITM) (sekarang UiTM) bagi menyambung pengajian dalam bidang seni halus. “Apabila ia menjadi kerjaya, kepuasannya berlainan. Bidang yang saya minati sejak kecil hingga sanggup melupakan