Skip to main content

Sophia gemar abstrak

Dipetik dari Harian Metro
Sophia gemar abstrak
Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my

HIDUPNYA penuh kemewahan dan kemasyhuran, hasil karyanya sudah terjual dan menghiasi banyak galeri di seluruh dunia, namun sikap mudah mesra, suka ketawa dan rendah dirinya masih kental dan tidak berubah.

“Inilah diri saya yang sebenar, tidak berubah meskipun sudah mencapai kedudukan seperti hari ini. Yang berubah mungkin hasil karya dan semangat perjuangan, selebihnya masih sama,” kata pelukis tersohor kelahiran Greece, Sophia Vari.

Nama Sophia cukup gah terutama di kalangan pencinta dan pengkritik seni dunia yang kagum melihat hasil tangannya yang unik dan berseni.

Idea kreatifnya bukan sekadar dilakar atas kertas kanvas tetapi turut diukir dalam bentuk arca, setinggi dan sekukuh bangunan serta dipamerkan di kawasan lapang.

“Pada saya, pelukis tidak seharusnya membataskan seni, sama ada di atas kanvas mahupun arca. Apa yang penting bagaimana pelukis mahu mencorak dan menyampaikan maksud agar difahami.

“Meskipun ramai menyatakan seni adakalanya sukar difahami terutama abstrak, usah diambil kira. Ia tidak membawa makna kepada siapa yang melihat tetapi mempunyai makna besar kepada yang mencipta,” katanya.

Sophia, 65, lahir ketika Perang Dunia Kedua hampir meletus. Anak kepada pasangan ternama Greece, Petros Canellopoulos dan isterinya yang berketurunan Hungray, Illeana sememangnya sudah ditakdirkan menjadi pelukis sejak kecil.

Bakatnya mula terserlah ketika berusia 18 tahun, tetapi malangnya dia tidak dapat menjadi pelukis di tanah air sendiri lantaran dibawa berhijrah ke Switzerland ketika berusia lima tahun.

Memulakan persekolahan pertamanya di Fine Art School, Paris, Sophia tidak bermula sebagai pelukis arca tetapi lebih menumpukan kepada abstrak yang banyak dipengaruhi latar belakangnya yang beragama Hellenistic dan Roman.

“Pada awalnya, abstrak memang jadi pilihan tetapi kemudian merasakan ia seperti mengongkong dan tiada kebebasan. Dipengaruhi rasa kagum pada karya Wassily Kandinsky, saya bertukar corak kepada geometri. Namun, ia tidak sesekali menghalang keunikan pancaindera yang melihat, cuma konsepnya lebih bebas.

“Kini penumpuan lebih pada ukiran arca. Untuk mencari kelebihannya, saya pernah ‘menggantung’ berus selama sepuluh tahun hinggalah sampai satu ketika saya benar-benar merinduinya,” katanya yang cukup dikenali dengan penggunaan warna hitam, merah, putih dan coklat.

“Itu lambang kekuatan masyarakat Greece dan Eropah. Ia juga sebagai penghormatan kepada negara kelahiran saya yang kini diterima sebagai ahli penuh Kesatuan Eropah dan masyarakat antarabangsa selepas berpuluh tahun mengasingkan diri,” katanya.

Malaysia adalah negara kedua selepas Singapura yang diberi penghormatan menganjurkan pameran Sophia di Balai Seni Lukis Negara yang berlangsung sehingga akhir bulan ini.

Pengunjung boleh menyaksikan lebih 50 karya arcanya yang diperbuat daripada gangsa yang jelas mencerminkan penghayatan dan gerak hati seseorang yang memahami sejarah seni rupa.

Selain diberi pendedahan kerap menerusi pameran antarabangsa, karya Sophia menghiasi ruang umum di merata dunia dan dijadikan koleksi himpunan tetap institusi bertaraf dunia seperti Balai Seni Lukis Negara Greece di Athens, Yayasan Calouste Gulbenkian di Lisbon, Portugal, Institut Seni Lukis Amerika Butlet di Youngstown, Ohio, Amerika Syarikat dan Muzium Seni Kontemporari di Caracas, Venezuela.

Pada 2000, Kerajaan Greece memberi pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaiannya pada tahap antarabangsa dan dilantik sebagai seorang Duta Keamanan Greece.

Comments

Popular posts from this blog

PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual.

PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual. Wan Jamarul Imran B. Wan Abdullah Thani Abstrak T eknologi elektronik; tempias teknologi maklumat dan agen transportasinya telah mula menular di dalam perkembangan seni tampak. Ia bakal dan akan menjadi aliran baru yang mampu memberi perubahan dan transformasi kepada pengucapan berkarya. Jika dilihat pengamal seni di Malaysia masih lagi takut untuk melakukan sedikit anjakan evolusi minda. Hakikat terhadap berus, cat dan kanvas sebagai alatan dan media unggul tidak seharusnya diketepikan tetapi perlu dikembangkan. Sekarang ini komputer, perisian dan skrin elektronik mampu memperkayakan gaya pengucapan berkarya. Melalui kesepaduan seni dan teknologi terkini boleh menguju...

Bukan sekadar karya, hasil seni mula menjadi pelaburan

Pelawat menyaksikan pameran seni di Balai Seni Visual Negara. Kini lukisan bukan sekadar hasil seni tetapi turut menjadi pelaburan yang menguntungkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Disember, 2014.  Menurut polis, kes kecurian membabitkan karya seni amat jarang berlaku di Malaysia, namun kes terbaru membabitkan karya seni bernilai RM1.5 juta mendedahkan perkembangan perniagaan karya seni bukan setakat atas dasar minat terhadap hasil kesenian tetapi juga faktor pelaburan. Perkembangan jumlah pemilik galeri karya seni menjadikan hasil seni ibarat "emas" kepada pelabur konvensional, bukan sahaja setakat kepada golongan berada dan berusia tetapi juga pembeli muda yang kini menyertai pasaran tersebut. "Kebanyakan orang kini datang ke galeri dan melihat lukisan sebagai salah satu bentuk pelaburan," kata Kenny Teng, pengurus di Galeri G13, di Petaling Jaya. -  "Mereka ini kebanyakannya adalah orang biasa yang meminati hasil seni tet...

Trend jual beli karya seni

Trend jual beli karya seni Oleh YEO LI SHIAN yeo.lishian@kosmo.com.my ROBERT TOK, 45, bukan pengunjung baru setiap kali berlangsungnya pameran seni di ibu negara. Malah, keterujaan bapa kepada empat orang anak itu jelas memandangkan kunjungannya ke pameran-pameran seumpama itu setiap kali tidak akan hadir dengan tangan kosong. Sebaliknya, lelaki yang berasal dari Kuantan, Pahang itu akan membawa wang tunai  bernilai  puluhan ribu ringgit bersamanya. Wang itu dibawa dengan harapan beliau dapat membeli lukisan-lukisan yang disukai. Dalam satu pameran seni terbesar, Art Expo Malaysia 2010 yang diadakan di ibu negara baru-baru ini, Robert sekali lagi tidak sedih untuk berpisah dengan sebahagian daripada wang simpanannya. Walaupun bajet yang dikeluarkan agak besar, dia lebih gembira apabila lukisan kegemaran sudah menjadi miliknya. Tindakan spontan untuk membeli lukisan demi kepuasan diri itu bagaimanapun kurang disenangi oleh isteri Robert memandangkan seni kepada ist...