Skip to main content

Emilia curah perasaan pada lukisan

Dipetik dari Harian Metro Ahad
Emilia curah perasaan pada lukisan
Oleh Rahayu Mohd Salleh
ayu@hmetro.com.my

MENDEKATI hasil seni masyarakat orang Asli di Australia, Emilia Tan Mei Shia, seolah-olah mendapat inspirasi untuk memperluas bakat dan minatnya kepada batik empat tahun lalu.

Dengan gaya lukisan ‘aborigines’ (kaum etnik) yang cenderung kepada penampilan garisan dan titik halus yang digabungkan dengan teknik batik, dia berupaya mencipta gaya lukisannya yang diketengahkan menerusi batik kontemporari.

Sejak itu juga, Emilia tidak menoleh ke belakang, malah terus mendalami pelbagai teknik menghasilkan batik sama ada lukisan batik yang dihasilkan di atas fabrik mahupun kanvas.

Diperkenalkan kepada dunia batik sewaktu menuntut di Institut Seni Lukis Malaysia dalam jurusan rekaan fesyen dan tekstil, batik dianggap sesuai dengan jiwa gadis muda ini yang cukup menggemari seni abstrak.

“Menghasilkan lukisan abstrak seolah-olah melahirkan perasaan saya sendiri. Malah, bagi saya lukisan abstrak memiliki maksud yang cukup meluas untuk diterjemahkan oleh peminat seni,” katanya sewaktu ditemui di lobi Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur sempena pameran hasil karya batiknya, baru-baru ini.

Namanya barangkali belum gah di kalangan peminat lukisan batik atau masyarakat negara ini, namun dia mula berjinak-jinak dengan pelbagai pameran dan demonstrasi membabitkan lukisan batik khususnya sekitar Lembah Klang terutama di pusat beli-belah.

Hasil karyanya juga mendapat tempat di hati peminat seni luar negara seperti Taiwan manakala akhir tahun ini, gadis kelahiran Banting, Selangor ini dijangka ke Amerika Syarikat bagi membuat persediaan untuk pameran sulungnya di luar negara iaitu di Galeri Agora, New York.

Sekiranya perancangan berjalan lancar, hasil seninya mampu ditatap pada musim panas tahun hadapan di bandar raya terbabit.

“Teknik menghasilkan batik memang pelbagai dan teknik paling biasa saya gunakan adalah canting. Apa pun, saya bersedia mencuba pelbagai teknik dan campuran bahan untuk menghasilkan lukisan batik termasuk penggunaan garam, akrilik, krayon dan warna air.

“Tak perlu bimbang bila mahu mencuba pelbagai teknik dan bahan, apatah lagi saya percaya kepelbagaian ini mampu menghasilkan sesuatu yang unik,” katanya.

Memperluaskan lagi penerokaannya di bidang lukisan batik, Emilia berhasrat menggabungkan hasil lukisan dakwat Cina dan batik dengan harapan menghasilkan karya seni yang lebih bermakna.

Buat masa ini, dia juga gemar menghasilkan lukisan batik berdasarkan saiz yang besar misalnya lukisan batik pada kanvas paling besar pernah dihasilkannya berukuran sekitar 300 sentimeter (sm) x 200 sm. Dia juga tidak ketinggalan merakamkan keindahan lukisan batik kontemporarinya pada poskad.

Berkongsi ilmu dengan peminat batik, Emilia mengendalikan bengkel batiknya sendiri sama ada untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa di galerinya di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Pelbagai teknik untuk menghasilkan batik diajarnya termasuk kaedah ikat dan celup, blok, canting dan media campuran.

Comments

Popular posts from this blog

PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual.

PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual. Wan Jamarul Imran B. Wan Abdullah Thani Abstrak T eknologi elektronik; tempias teknologi maklumat dan agen transportasinya telah mula menular di dalam perkembangan seni tampak. Ia bakal dan akan menjadi aliran baru yang mampu memberi perubahan dan transformasi kepada pengucapan berkarya. Jika dilihat pengamal seni di Malaysia masih lagi takut untuk melakukan sedikit anjakan evolusi minda. Hakikat terhadap berus, cat dan kanvas sebagai alatan dan media unggul tidak seharusnya diketepikan tetapi perlu dikembangkan. Sekarang ini komputer, perisian dan skrin elektronik mampu memperkayakan gaya pengucapan berkarya. Melalui kesepaduan seni dan teknologi terkini boleh menguju...

Bukan sekadar karya, hasil seni mula menjadi pelaburan

Pelawat menyaksikan pameran seni di Balai Seni Visual Negara. Kini lukisan bukan sekadar hasil seni tetapi turut menjadi pelaburan yang menguntungkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Disember, 2014.  Menurut polis, kes kecurian membabitkan karya seni amat jarang berlaku di Malaysia, namun kes terbaru membabitkan karya seni bernilai RM1.5 juta mendedahkan perkembangan perniagaan karya seni bukan setakat atas dasar minat terhadap hasil kesenian tetapi juga faktor pelaburan. Perkembangan jumlah pemilik galeri karya seni menjadikan hasil seni ibarat "emas" kepada pelabur konvensional, bukan sahaja setakat kepada golongan berada dan berusia tetapi juga pembeli muda yang kini menyertai pasaran tersebut. "Kebanyakan orang kini datang ke galeri dan melihat lukisan sebagai salah satu bentuk pelaburan," kata Kenny Teng, pengurus di Galeri G13, di Petaling Jaya. -  "Mereka ini kebanyakannya adalah orang biasa yang meminati hasil seni tet...

Trend jual beli karya seni

Trend jual beli karya seni Oleh YEO LI SHIAN yeo.lishian@kosmo.com.my ROBERT TOK, 45, bukan pengunjung baru setiap kali berlangsungnya pameran seni di ibu negara. Malah, keterujaan bapa kepada empat orang anak itu jelas memandangkan kunjungannya ke pameran-pameran seumpama itu setiap kali tidak akan hadir dengan tangan kosong. Sebaliknya, lelaki yang berasal dari Kuantan, Pahang itu akan membawa wang tunai  bernilai  puluhan ribu ringgit bersamanya. Wang itu dibawa dengan harapan beliau dapat membeli lukisan-lukisan yang disukai. Dalam satu pameran seni terbesar, Art Expo Malaysia 2010 yang diadakan di ibu negara baru-baru ini, Robert sekali lagi tidak sedih untuk berpisah dengan sebahagian daripada wang simpanannya. Walaupun bajet yang dikeluarkan agak besar, dia lebih gembira apabila lukisan kegemaran sudah menjadi miliknya. Tindakan spontan untuk membeli lukisan demi kepuasan diri itu bagaimanapun kurang disenangi oleh isteri Robert memandangkan seni kepada ist...