Skip to main content

Hasil seni anak Malaysia setanding karya seniman Asean

Dipetik dari Berita Harian
Hasil seni anak Malaysia setanding karya seniman Asean
HASIL seni yang dipamerkan oleh lima anak Malaysia dalam Festival Seni Asean Ke-10 di Bangkok pada 1 hingga 5 Ogos lalu bukan setakat menyerlahkan ketinggian seni lukis dan hasil seni tangan anak-anak tempatan, malah meletakkan hasil seni negara setanding dengan anggota Asean lain.

Meskipun tidak meraih sebarang anugerah berprestij dalam program dwi tahunan anjuran Philip Morris Asia Limited (Philip Morris) itu, lima hasil seni, masing-masing oleh Ahmad Fuad Osman, 35, Ahmad Shukri Elias, 44, Ahmad Zuraimi Abdul Rahim, 24, Chan Kok Hooi, 30 dan Ivan Lam Wai Hoe, 29, tetap menyerlahkan ketinggian mutu seni lukis dan hasil kerja tangan rakyat Malaysia.

Dengan meletakkan lima hasil seni yang berasaskan bahan media campuran dan ‘acrylic,’ kelima-lima anak seni Malaysia itu secara tidak langsung mencuba membawa pencinta seni lukis dan hasil seni tangan negara anggota Asean untuk mengenali perkembangan seni di negara ini.

Meskipun terpaksa bersaing dengan 30 pelukis lain, iaitu lima orang bagi setiap negara seperti Indonesia, Brunei Darussalam, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam serta sembilan artis terpilih dari Kemboja, Laos dan Myanmar, pelukis Malaysia tetap mampu tersenyum dengan hasil seni masing-masing.

Kelima-lima pelukis Malaysia itu dipilih mewakili negara ke pertandingan berkenaan selepas hasil seni mereka dipilih oleh panel jawatankuasa Philip Morris untuk menewaskan penyertaan kira-kira 500 pelukis peringkat tempatan, pertengahan tahun lalu.

Ahmad Fuad, anak kelahiran Baling, mempertaruhkan hasil kerja seni media campurannya berjudul ‘An Eye For An Eye Will Make The Whole World Go Blind’ manakala Ahmad Sukri, mempertaruhkan hasil seni media campuran berjudul ‘Raindbow Nation.’

Ahmad Zuraimi, lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula mempertaruhkan hasil seni media campuran berjudul ‘Survival,’ manakala Chan dengan hasil lukisan ‘acrylic’ berjudul ‘Boleh’ dan Ivan dengan media campuran berjudul ‘Symphony of Our Children.’

Ahmad Fuad yang menggunakan teknik percetakan digital, meletakkan konsep penggunaan wajahnya sebagai seorang lelaki berserban yang sering disalah tafsir oleh media asing sebagai pengganas Islam dalam majalah ‘Item.’

Bagi Ahmad Shukri pula, beliau menggunakan 2,000 patung mainan untuk membentuk wajah seorang budak yang terpaksa menempuh kesengsaraan akibat peperangan. Dengan menggunakan kaedah membakar patung mainan itu, hasil seni itu kemudiannya diwarnakan bagi membentuk wajah duka berkenaan.

Ahmad Zuraimi menggunakan aluminium yang diukir dengan penuh tekun selama sebulan untuk membentuk wajah durian, buaya, katak, cicak dan labah-labah yang menggambarkan kesungguhan haiwan berkenaan untuk terus berjuang dalam hidup.

Chan menggunakan kepakaran mewarna untuk membentuk hasil seni yang menggambarkan kejituan semangat seorang pahlawan menentang kezaliman manakala Ivan pula meletakkan tiga objek, iaitu sekeping kad, sebuah lori mainan dan sebuah anak patung cetusan daripada jiwa anak-anak.

Festival selama empat hari, bermula 1 Ogos itu menyaksikan hasil seni Leonard L Aguinaldo dari Filipina yang berjudul ‘God Is On Our Side’ dipilih sebagai penerima anugerah utama wang tunai bernilai AS$15,000 manakala pelukis dari Thailand, Kaewvisit Songwoot dipilih sebagai penerima anugerah khas juri berdasarkan hasil seninya ‘Inspirational Belief.’

Penerima anugerah khas juri yang lain ialah Kawayan dari Filipina melalui hasil seni berjudul ‘Mystique of the Urban Mistake,’ Lin Qing Jiang Terence dari Singapura (Facade of Everyday), Do Anh Tuan dari Vietnam (Invasion of Death) dan Feri Eka Candra dari Indonesia (Seribu Kepala Untukku). Setiap penerima anugerah khas juri menerima wang tunai AS$5,000.

Hasil seni Aguinaldo yang dihasilkan dengan kaedah mengukir pada bahan getah yang kemudiannya diwarnakan, dipilih sebulat suara oleh lima anggota panel antarabangsa yang diketuai oleh Dr Pat Hoffie dari Australia sebagai penerima anugerah utama.

Meskipun ada pelbagai suara yang mempertikaikan pemilihan karya Leonard L Aguinaldo, keputusan panel hakim adalah muktamad.

Secara keseluruhannya, Festival Seni Asean Ke-10 disifatkan sebagai usaha penganjur untuk mengangkat hasil seni lukisan dan kerja tangan pelukis di rantau Asia Tenggara ke tahap yang lebih tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual.

PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual. Wan Jamarul Imran B. Wan Abdullah Thani Abstrak T eknologi elektronik; tempias teknologi maklumat dan agen transportasinya telah mula menular di dalam perkembangan seni tampak. Ia bakal dan akan menjadi aliran baru yang mampu memberi perubahan dan transformasi kepada pengucapan berkarya. Jika dilihat pengamal seni di Malaysia masih lagi takut untuk melakukan sedikit anjakan evolusi minda. Hakikat terhadap berus, cat dan kanvas sebagai alatan dan media unggul tidak seharusnya diketepikan tetapi perlu dikembangkan. Sekarang ini komputer, perisian dan skrin elektronik mampu memperkayakan gaya pengucapan berkarya. Melalui kesepaduan seni dan teknologi terkini boleh menguju...

Bukan sekadar karya, hasil seni mula menjadi pelaburan

Pelawat menyaksikan pameran seni di Balai Seni Visual Negara. Kini lukisan bukan sekadar hasil seni tetapi turut menjadi pelaburan yang menguntungkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Disember, 2014.  Menurut polis, kes kecurian membabitkan karya seni amat jarang berlaku di Malaysia, namun kes terbaru membabitkan karya seni bernilai RM1.5 juta mendedahkan perkembangan perniagaan karya seni bukan setakat atas dasar minat terhadap hasil kesenian tetapi juga faktor pelaburan. Perkembangan jumlah pemilik galeri karya seni menjadikan hasil seni ibarat "emas" kepada pelabur konvensional, bukan sahaja setakat kepada golongan berada dan berusia tetapi juga pembeli muda yang kini menyertai pasaran tersebut. "Kebanyakan orang kini datang ke galeri dan melihat lukisan sebagai salah satu bentuk pelaburan," kata Kenny Teng, pengurus di Galeri G13, di Petaling Jaya. -  "Mereka ini kebanyakannya adalah orang biasa yang meminati hasil seni tet...

Trend jual beli karya seni

Trend jual beli karya seni Oleh YEO LI SHIAN yeo.lishian@kosmo.com.my ROBERT TOK, 45, bukan pengunjung baru setiap kali berlangsungnya pameran seni di ibu negara. Malah, keterujaan bapa kepada empat orang anak itu jelas memandangkan kunjungannya ke pameran-pameran seumpama itu setiap kali tidak akan hadir dengan tangan kosong. Sebaliknya, lelaki yang berasal dari Kuantan, Pahang itu akan membawa wang tunai  bernilai  puluhan ribu ringgit bersamanya. Wang itu dibawa dengan harapan beliau dapat membeli lukisan-lukisan yang disukai. Dalam satu pameran seni terbesar, Art Expo Malaysia 2010 yang diadakan di ibu negara baru-baru ini, Robert sekali lagi tidak sedih untuk berpisah dengan sebahagian daripada wang simpanannya. Walaupun bajet yang dikeluarkan agak besar, dia lebih gembira apabila lukisan kegemaran sudah menjadi miliknya. Tindakan spontan untuk membeli lukisan demi kepuasan diri itu bagaimanapun kurang disenangi oleh isteri Robert memandangkan seni kepada ist...