PAMERAN Rasa Alam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2005 kali ini menampilkan kelainan dengan memaparkan keaslian karya luar negara iaitu Perancis, Jerman, Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, Brazil, Poland, England dan Denmark. Selain itu, lebih ramai karyawan seni warga UKM sendiri termasuk pelajar, kakitangan dan pelukis jemputan seperti Kelab Seni lukis Daerah Hulu Langat menyertai pameran itu. Ia diserikan dengan kehadiran pelbagai medium karya termasuk cat minyak, cat air, sketsa, batik, arca, ukiran kayu, pastel, krayon, kartun, grafik, lakaran, fotografi dan campuran. Berbekalkan hasrat memartabat dunia seni , Pusat Kebudayaan UKM menjadikan Anjung Seni dan Galeri Seni , Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar), UKM, sebagai lokasi paling strategik untuk pameran itu yang diadakan hingga 30 April ini sempena sambutan 35 tahun universiti itu. “UKM mengambil inisiatif menyatukan karyawan veteran dan baru untuk menganjurkan pameran seni tampak dalam pelbagai medium di UKM
Apa apa sahaja mengenai Seni Lukis, anda boleh luahkan pendapat dan apa jua tentang Seni Lukis di sini.