Rumah itu galeri dunia seniku Oleh Azran Jaffar KELABU yang mewarnai dinding serta laman yang diturap membentuk imej tersendiri. – Gambar Rohanis Shukri ANAK seni kini bukan lagi dianggap golongan terpinggir. Ini kerana ada di antara mereka berpendapatan lumayan hingga layak digelar jutawan. Apa yang diperlukan masyarakat ialah penjelasan dan menyelami situasi sebenar, seperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Inilah yang dilakukan pelukis Yusof Ghani melalui galeri/rumahnya, dinamakan Tapak Yusof Ghani di Seksyen 8, Shah Alam, Selangor. Bangunan yang tersergam megah di kawasan lereng bukit membelakangi Persiaran Kayangan itu bukan sekadar ruang untuk Yusof yang juga pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), mempamerkan karyanya serta karya pelukis tanah air yang menjadi himpunannya, ia juga menjadi medan untuk beliau memasyarakatkan lukisan. Berkonsepkan nusantara bandar, rumah setinggi empat tingkat (jika dikira sekali tingkat bawah tan
Apa apa sahaja mengenai Seni Lukis, anda boleh luahkan pendapat dan apa jua tentang Seni Lukis di sini.