Skip to main content

Posts

PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual.

PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual. Wan Jamarul Imran B. Wan Abdullah Thani Abstrak T eknologi elektronik; tempias teknologi maklumat dan agen transportasinya telah mula menular di dalam perkembangan seni tampak. Ia bakal dan akan menjadi aliran baru yang mampu memberi perubahan dan transformasi kepada pengucapan berkarya. Jika dilihat pengamal seni di Malaysia masih lagi takut untuk melakukan sedikit anjakan evolusi minda. Hakikat terhadap berus, cat dan kanvas sebagai alatan dan media unggul tidak seharusnya diketepikan tetapi perlu dikembangkan. Sekarang ini komputer, perisian dan skrin elektronik mampu memperkayakan gaya pengucapan berkarya. Melalui kesepaduan seni dan teknologi terkini boleh menguju

Sophia gemar abstrak

Dipetik dari Harian Metro Sophia gemar abstrak Oleh Ruhaiza Rusmin ruhaiza@hmetro.com.my HIDUPNYA penuh kemewahan dan kemasyhuran, hasil karyanya sudah terjual dan menghiasi banyak galeri di seluruh dunia, namun sikap mudah mesra, suka ketawa dan rendah dirinya masih kental dan tidak berubah. “Inilah diri saya yang sebenar, tidak berubah meskipun sudah mencapai kedudukan seperti hari ini. Yang berubah mungkin hasil karya dan semangat perjuangan, selebihnya masih sama,” kata pelukis tersohor kelahiran Greece, Sophia Vari. Nama Sophia cukup gah terutama di kalangan pencinta dan pengkritik seni dunia yang kagum melihat hasil tangannya yang unik dan berseni. Idea kreatifnya bukan sekadar dilakar atas kertas kanvas tetapi turut diukir dalam bentuk arca, setinggi dan sekukuh bangunan serta dipamerkan di kawasan lapang. “Pada saya, pelukis tidak seharusnya membataskan seni, sama ada di atas kanvas mahupun arca. Apa yang penting bagaimana pelukis mahu mencorak dan menyampaikan maksud agar

Emilia curah perasaan pada lukisan

Dipetik dari Harian Metro Ahad Emilia curah perasaan pada lukisan Oleh Rahayu Mohd Salleh ayu@hmetro.com.my MENDEKATI hasil seni masyarakat orang Asli di Australia, Emilia Tan Mei Shia, seolah-olah mendapat inspirasi untuk memperluas bakat dan minatnya kepada batik empat tahun lalu. Dengan gaya lukisan ‘aborigines’ (kaum etnik) yang cenderung kepada penampilan garisan dan titik halus yang digabungkan dengan teknik batik, dia berupaya mencipta gaya lukisannya yang diketengahkan menerusi batik kontemporari. Sejak itu juga, Emilia tidak menoleh ke belakang, malah terus mendalami pelbagai teknik menghasilkan batik sama ada lukisan batik yang dihasilkan di atas fabrik mahupun kanvas. Diperkenalkan kepada dunia batik sewaktu menuntut di Institut Seni Lukis Malaysia dalam jurusan rekaan fesyen dan tekstil, batik dianggap sesuai dengan jiwa gadis muda ini yang cukup menggemari seni abstrak. “Menghasilkan lukisan abstrak seolah-olah melahirkan perasaan saya sendiri. Malah, bagi saya lukisan abs

Hasil seni anak Malaysia setanding karya seniman Asean

Dipetik dari Berita Harian Hasil seni anak Malaysia setanding karya seniman Asean Oleh Hassan Omar (Yang membuat liputan Festival Seni Asean ke-10 di Bangkok, baru-baru ini) HASIL seni yang dipamerkan oleh lima anak Malaysia dalam Festival Seni Asean Ke-10 di Bangkok pada 1 hingga 5 Ogos lalu bukan setakat menyerlahkan ketinggian seni lukis dan hasil seni tangan anak-anak tempatan, malah meletakkan hasil seni negara setanding dengan anggota Asean lain. Meskipun tidak meraih sebarang anugerah berprestij dalam program dwi tahunan anjuran Philip Morris Asia Limited (Philip Morris) itu, lima hasil seni, masing-masing oleh Ahmad Fuad Osman, 35, Ahmad Shukri Elias, 44, Ahmad Zuraimi Abdul Rahim, 24, Chan Kok Hooi, 30 dan Ivan Lam Wai Hoe, 29, tetap menyerlahkan ketinggian mutu seni lukis dan hasil kerja tangan rakyat Malaysia . Dengan meletakkan lima hasil seni yang berasaskan bahan media campuran dan ‘acrylic,’ kelima-lima anak seni Malaysia itu secara tidak langsung mencuba memb

Tradisi Dan Perubahan:

Tradisi Dan Perubahan: Ekspresi Kendiri Dalam Aliran Modernisme Malaysia. Oleh Mohamed Ali Abdul Rahman (Pensyarah Kanan Jabatan Liberal) M.A. (Arts History and PRints) M.A. Edu. USA. B. A (Hons) USM. Cert Ed. (KPM) I. Pengenalan Seniman Malaysia, generasi abad kedua puluh satu yang mengikuti aliran modernisme dan pasca modernisme akan menilai semula nilai peribuminya dalam konteks baru dan dengan pandangan lebih segar. Penilaian mereka mungkin tidak lagi bersandar kepada nilai-nilai yang pernah digunakan dalam masyarakatperibumi zaman tradisi dan mereka menganggap nilai-nilai tersebut sebagai ketingalna zaman ketika itu. Sebab-sebab utama nilai tersebut dilupakan kerana ia mungkin digunakan atau diamalkan lagi. Mereka lebih suka memberikan nafas baru kepada seni peribumi yang didapati dari sumber peninggalan warisan zaman dan petikan kesasteraan tradisi. Seniman dari masyarakat peribumi mungkin tidak keterlaluan sepert seniman barat yang melupakan terus institusi-institusi keagamaan

Bagaimana nak jadi seorang pelukis yang terkenal sebelum mati

Tajam sungguh persoalan ini, biasanya rata-rata orang kata pelukis tu terkenal setelah dia mati... adakah ini betul, apa yang penting usaha dan kegigihan seseorang pelukis itu yang boleh membuatkan ia menjadi terkenal....walau apa pun juga, anda boleh luahkan pendapat anda di sini... along said...... atitude adalah sangat penting dalam segal-galanya. keinginan untuk sesuatu juga dapat menolong. Bagaimana saya dapat survive dapat duit dengan menjual karya saya. Pertama sekali saya percaya karya saya adalah karya yang terbaik, "the greatest along" lebih bagus dari karya Michelangelo, dan lebih lebih bagus lagi dari Picasso, karya saya terbagus dan terbaik, fikiran positif inilah yang perlu ada dalam pemikiran kita sebagai seorang pelukis. Along juga bersikap realistik. Walaupun saya gembira hidup dalam dunia saya sendiri, saya rasa tak semua merasai apa yang along rasa. Kekadang sesetengah orang kata apa yang along buat tak masuk akal. Kekadang "mereka talipo