Skip to main content

Posts

Dialog Seni: Lukisan batik di atas kertas jadi pilihan

FAUZIAH memilih motif haiwan sebagai bahan untuk berkarya. FAUZIAH Harun, pelukis di Perkampungan Pelukis, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Beliau meneroka lukisan batik di atas kertas dan karya beliau mendapat tempat di hati orang kenamaan negara ini di samping turut menjadi koleksi peminat seni luar negara. Ikuti wawancara wartawan Sastera dan Budaya, SHAIDAH SHAFIE , dengan beliau. MENGAPAKAH Fauziah memilih motif haiwan sebagai bahan untuk berkarya? Saya sememangnya sayangkan haiwan khususnya kucing. Di rumah saya memelihara 10 kucing. Selain kucing, cicak, gajah, kura-kura, rama-rama, penyu dan katak pernah mendapat tempat dalam karya saya. Sifat sayangkan haiwan ini menebal dalam diri dan mendorong saya mengangkat spesies berkenaan ke dalam karya saya. Fauziah memilih batik di atas kertas. Tidak teringinkah mencorakkannya di atas kain dan bertukar kepada motif lain? Batik di atas kertas lebih cepat dan senang menghasilkannya. Lagi pun saya jarang bertemu batik di atas k

Wajah Bali dalam Seni Lukis Video Realistik

Oleh: Rifky Effendy TAHUN 1960-an, tradisi seni lukis internasional memasuki babak baru. Lukisan bagi para seniman masa itu tak lagi harus menjadi medium yang terus melarikan diri dari kejaran teknologi reproduksi macam fotografi dan film. Setidaknya tradisi itu "dipatahkan" oleh orang-orang macam Andi Warhol dan Gerhard Richter. Seni lukis dan fotografi maupun film terbukti bisa menjalin hubungan mesra melalui aspek-aspek visualitas maupun sebagai bentuk referensi gagasan. Saat ini perkembangan teknologi multimedia seperti kemunculan komputer grafik dan reproduksi digital dalam bentuk foto dan video cukup membuat banyak perubahan signifikan dalam estetika maupun kea

Cetusan ilham rasa alam

PAMERAN Rasa Alam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2005 kali ini menampilkan kelainan dengan memaparkan keaslian karya luar negara iaitu Perancis, Jerman, Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, Brazil, Poland, England dan Denmark. Selain itu, lebih ramai karyawan seni warga UKM sendiri termasuk pelajar, kakitangan dan pelukis jemputan seperti Kelab Seni lukis Daerah Hulu Langat menyertai pameran itu. Ia diserikan dengan kehadiran pelbagai medium karya termasuk cat minyak, cat air, sketsa, batik, arca, ukiran kayu, pastel, krayon, kartun, grafik, lakaran, fotografi dan campuran. Berbekalkan hasrat memartabat dunia seni , Pusat Kebudayaan UKM menjadikan Anjung Seni dan Galeri Seni , Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar), UKM, sebagai lokasi paling strategik untuk pameran itu yang diadakan hingga 30 April ini sempena sambutan 35 tahun universiti itu. “UKM mengambil inisiatif menyatukan karyawan veteran dan baru untuk menganjurkan pameran seni tampak dalam pelbagai medium di UKM

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Pendidikan Seni Visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah menengah rendah dan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertuj

TEMUBUAL PROFIL DATO’ MOHD NOR KHALID

Bukan mudah untuk mendapatkan temujanji dengan beliau. Atas alasan sudah terlalu kerap ditemubual dan kebanyakkan persoalan yang ditanya adalah sama, Dato' Mohd Nor Khalid atau lebih popular dengan nama penanya LAT hampir-hampir menolak permohonan temujanji ini. Namun setelah meneliti surat editorial, Dato' Lat bersetuju malah sanggup datang sejauh Ipoh untuk ditemubual di Studio Rakaman Buletin Malaysia di Putrajaya. Editorial mengucapkan berbanyak terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh Dato' LAT. Ebm EBM: Dato' boleh kita berkongsi pengalaman dan latar belakang Dato' hingga membawa Dato' dikenali sebagai kartunis yang paling popular pada pengamatan saya di sini. Dato': Saya sudah lama melukis kartun lebih 30 tahun dengan nama LAT iaitu nama asal saya Bulat, di kampung semasa kecil, orang kampung panggil saya Bulat. 30 tahun saya melukis untuk majalah dan juga akhbar. Saya adalah seorang pemberita akhbar di Berita Harian kemudian di N