Imbasan himpunan seni kontemporari Oleh Azran Jaffar Contengan arang Jalaini yang menginterpretasikan Tok Bomoh. DALAM kenyataan akhbar yang dikeluarkan disebut: “Pameran Seni Malaysia Kini tidak harus dianggap sebagai himpunan karya terbaik di Malaysia. Sebaliknya ia lebih menjurus kepada satu imbasan terhadap amalan seni kontemporari di tanah air buat dewasa kini, di samping menyentuh isu-isu yang dihadapi oleh pengkarya sezaman. Pameran ini juga mengetengahkan kepelbagaian medium yang digunakan oleh artis dalam penyaluran idea.” Apa yang hendak ditambah ialah, pameran Seni Malaysia Kini: Satu Imbasan Seni Kontemporari Malaysia juga tidak boleh dianggap sebagai idea dan reka bentuk terkini seni visual tempatan. Bagi isu yang dikemukakan pula, ia juga tidaklah dapat dikatakan sebagai terkini, tetapi beberapa isu lama yang diolah semula dalam bentuk yang mungkin dianggap terbaik pernah dihasilkan pengkaryanya. Jadi tidak banyak yang kini di dalam pameran ini, apa yang jelas ia cum
Apa apa sahaja mengenai Seni Lukis, anda boleh luahkan pendapat dan apa jua tentang Seni Lukis di sini.