Skip to main content

Posts

Menghayati seni indah di sebalik perahu

Menghayati seni indah di sebalik perahu | Teks Haswari Ali | Foto Sobri Sudin ENTAH apa yang bermain di benak fikiran anda apabila melihat seleksi karya seni akrilik yang menjadi penghias cover story i-Kon pada minggu ini. Apatah lagi bermula dari muka depan hingga ke dua helaian halaman Zoom 1 ini, tidak ada objek lain yang diperlihatkan, kecuali perahu dan bot nelayan. Ada pihak mungkin beranggapan karya pelukis kelahiran Bagan Serai, Perak ini dipengaruhi latar belakang hidupnya sebagai anak nelayan ataupun penumpang setia bot penambang. Namun itu bukanlah jawapan yang terkeluar dari mulut empunya badan, Zaim Durulaman, 38. Sebaliknya, pelukis berjiwa besar ini mempunyai alasannya tersendiri mengapa objek pengangkutan air itu menjadi pilihan hati. “Disebabkan saya tidak dibesarkan dengan perahu dan sampanlah maka saya terlintas untuk menilai objek itu dengan lebih dekat. Andai kata saya dibesarkan di kampung nelayan, saya yakin, imej perahu bukanlah pilihan saya,” katanya. Zaim d

PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual.

PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual. Wan Jamarul Imran B. Wan Abdullah Thani Abstrak T eknologi elektronik; tempias teknologi maklumat dan agen transportasinya telah mula menular di dalam perkembangan seni tampak. Ia bakal dan akan menjadi aliran baru yang mampu memberi perubahan dan transformasi kepada pengucapan berkarya. Jika dilihat pengamal seni di Malaysia masih lagi takut untuk melakukan sedikit anjakan evolusi minda. Hakikat terhadap berus, cat dan kanvas sebagai alatan dan media unggul tidak seharusnya diketepikan tetapi perlu dikembangkan. Sekarang ini komputer, perisian dan skrin elektronik mampu memperkayakan gaya pengucapan berkarya. Melalui kesepaduan seni dan teknologi terkini boleh menguju

Sophia gemar abstrak

Dipetik dari Harian Metro Sophia gemar abstrak Oleh Ruhaiza Rusmin ruhaiza@hmetro.com.my HIDUPNYA penuh kemewahan dan kemasyhuran, hasil karyanya sudah terjual dan menghiasi banyak galeri di seluruh dunia, namun sikap mudah mesra, suka ketawa dan rendah dirinya masih kental dan tidak berubah. “Inilah diri saya yang sebenar, tidak berubah meskipun sudah mencapai kedudukan seperti hari ini. Yang berubah mungkin hasil karya dan semangat perjuangan, selebihnya masih sama,” kata pelukis tersohor kelahiran Greece, Sophia Vari. Nama Sophia cukup gah terutama di kalangan pencinta dan pengkritik seni dunia yang kagum melihat hasil tangannya yang unik dan berseni. Idea kreatifnya bukan sekadar dilakar atas kertas kanvas tetapi turut diukir dalam bentuk arca, setinggi dan sekukuh bangunan serta dipamerkan di kawasan lapang. “Pada saya, pelukis tidak seharusnya membataskan seni, sama ada di atas kanvas mahupun arca. Apa yang penting bagaimana pelukis mahu mencorak dan menyampaikan maksud agar

Emilia curah perasaan pada lukisan

Dipetik dari Harian Metro Ahad Emilia curah perasaan pada lukisan Oleh Rahayu Mohd Salleh ayu@hmetro.com.my MENDEKATI hasil seni masyarakat orang Asli di Australia, Emilia Tan Mei Shia, seolah-olah mendapat inspirasi untuk memperluas bakat dan minatnya kepada batik empat tahun lalu. Dengan gaya lukisan ‘aborigines’ (kaum etnik) yang cenderung kepada penampilan garisan dan titik halus yang digabungkan dengan teknik batik, dia berupaya mencipta gaya lukisannya yang diketengahkan menerusi batik kontemporari. Sejak itu juga, Emilia tidak menoleh ke belakang, malah terus mendalami pelbagai teknik menghasilkan batik sama ada lukisan batik yang dihasilkan di atas fabrik mahupun kanvas. Diperkenalkan kepada dunia batik sewaktu menuntut di Institut Seni Lukis Malaysia dalam jurusan rekaan fesyen dan tekstil, batik dianggap sesuai dengan jiwa gadis muda ini yang cukup menggemari seni abstrak. “Menghasilkan lukisan abstrak seolah-olah melahirkan perasaan saya sendiri. Malah, bagi saya lukisan abs

Hasil seni anak Malaysia setanding karya seniman Asean

Dipetik dari Berita Harian Hasil seni anak Malaysia setanding karya seniman Asean Oleh Hassan Omar (Yang membuat liputan Festival Seni Asean ke-10 di Bangkok, baru-baru ini) HASIL seni yang dipamerkan oleh lima anak Malaysia dalam Festival Seni Asean Ke-10 di Bangkok pada 1 hingga 5 Ogos lalu bukan setakat menyerlahkan ketinggian seni lukis dan hasil seni tangan anak-anak tempatan, malah meletakkan hasil seni negara setanding dengan anggota Asean lain. Meskipun tidak meraih sebarang anugerah berprestij dalam program dwi tahunan anjuran Philip Morris Asia Limited (Philip Morris) itu, lima hasil seni, masing-masing oleh Ahmad Fuad Osman, 35, Ahmad Shukri Elias, 44, Ahmad Zuraimi Abdul Rahim, 24, Chan Kok Hooi, 30 dan Ivan Lam Wai Hoe, 29, tetap menyerlahkan ketinggian mutu seni lukis dan hasil kerja tangan rakyat Malaysia . Dengan meletakkan lima hasil seni yang berasaskan bahan media campuran dan ‘acrylic,’ kelima-lima anak seni Malaysia itu secara tidak langsung mencuba memb