Oleh Riadz Radzi BAGI bukan pencinta seni, karya lukisan abstrak hanyalah lukisan yang disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa, tanpa perancangan dan kerjanya cincai. Namun, bagi pelukis dan penggemar karya sebegitu, mereka mempunyai alasan tersendiri. Padanan warna, medium yang digunakan serta kaedah penghasilannya adalah faktor paling penting menjadikan karya ‘cincai’ itu dihargai serta difahami mesej dan keunikannya. Rahim Jabbar, 28, adalah antara pelukis angkatan muda yang semakin menyerlah. Walaupun namanya tidak sehebat pelukis seperti Latif Mohidin, Siti Zainon Ismail atau Yusof Gajah, tetapi karya Rahim semakin diterima khusus daripada penggemar lukisan abstrak. Dia mengetengahkan genre abstrak ekspresionis, iaitu lakaran bukan figuratif, anti-formal, tanpa perancangan, dinamik, bertenaga dan berteknik bebas. Ia lebih bersifat merancang penglihatan daripada mengetengahkan imej biasa. Apa yang pasti, ia menampakkan nilai agresif spontan dan kebebasan berekspresi. “Lukisan saya...