Skip to main content

Posts

Ekspresi cetusan alam

Oleh Riadz Radzi BAGI bukan pencinta seni, karya lukisan abstrak hanyalah lukisan yang disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa, tanpa perancangan dan kerjanya cincai. Namun, bagi pelukis dan penggemar karya sebegitu, mereka mempunyai alasan tersendiri. Padanan warna, medium yang digunakan serta kaedah penghasilannya adalah faktor paling penting menjadikan karya ‘cincai’ itu dihargai serta difahami mesej dan keunikannya. Rahim Jabbar, 28, adalah antara pelukis angkatan muda yang semakin menyerlah. Walaupun namanya tidak sehebat pelukis seperti Latif Mohidin, Siti Zainon Ismail atau Yusof Gajah, tetapi karya Rahim semakin diterima khusus daripada penggemar lukisan abstrak. Dia mengetengahkan genre abstrak ekspresionis, iaitu lakaran bukan figuratif, anti-formal, tanpa perancangan, dinamik, bertenaga dan berteknik bebas. Ia lebih bersifat merancang penglihatan daripada mengetengahkan imej biasa. Apa yang pasti, ia menampakkan nilai agresif spontan dan kebebasan berekspresi. “Lukisan saya

Hobi Jamarul bertukar kerjaya

Oleh Yooga Rani Murugiah BERMULA sebagai hobi, ia kini menjadi profesion Wan Jamarul Imran Wan Abdullah Thani, 36. Dalam rangka mengasah bakat yang dipupuk sejak di bangku sekolah itu, dia melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Fakulti Seni Halus, Kolej Institut Seni Maryland, Amerika Syarikat, sembilan tahun lalu. Kini sebagai Timbalan Dekan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), dia berkongsi ilmunya dengan 300 siswazah dari fakultinya. Selain mengadakan pameran di galeri tempatan, Wan Jamarul kerap menerima jemputan untuk mengadakan pameran di luar negara. Dia memenangi Anugerah Seni Philip Morris Malaysia pada 2000, Kejohanan Seni Lukis Barcelona IDECO di Spain (1997) dan Anugerah Seni Lukis Terbuka Malaysia (1994). Sejak berkecimpung dalam dunia seni lukis pada 1988, dia sudah menghasilkan lebih 100 lukisan. Hampir semua bahan ini dipamerkan secara solo dan berkumpulan di Galeri Seni Lukis Fleisher di Philadelphia, Institut Maryland, A

Keluarga seni lukis

Oleh Riadz Radzi Hasil karya Datuk Mohd Yusoff Jaafar dan anak-anak akan dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara pada 17 April KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Perumpamaan ini sesuai buat pelukis, Datuk Mohd Yusoff Jaafar. Semua tujuh anaknya, iaitu Nurhayati, 30, Nurazmal, 27, Nurhidayah, 25, Nursyuhadah, 20, Nurfarhana,15, Nursalihin, 12, dan Nursuraya, 6, mengikut jejaknya sebagai pelukis. Malah menantunya, Nik Rafin, 30, (suami Nurhayati) juga mengikut langkah yang sama. Cuma isterinya, To’ Puan Hazimah Hamid tidak melukis, tetapi sebagai pengkritik karya suami dan anak-anaknya. Paling menarik, nama keluarga ini pernah dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘Bilangan Artis Yang Paling Ramai Dalam Satu Keluarga’ di Malaysia. Ini berikutan pameran seni pertama mereka, ‘All In The Family’ di Hotel Hilton, Kuching, Sarawak pada 2002. Ketika itu keluarga seramai sembilan orang ini berusia di antara tiga hingga 54 tahun. Kini hasil karya keluarga istimewa ini dipam

CREATIVE ENTERPRISE

CREATIVE ENTERPRISE bermula sebagai sebuah syarikat penerbitan kecil pada awal 1978 dan melonjak sebagai nama yang disegani dalam industri penerbitan berikutan kemunculan majalah GILA-GILA pada 1 April, 1978. Dengan berpandukan konsep majalah MAD yang sedia popular di pasaran antarabangsa, GILA-GILA terus meledak di pasaran. Cetakan pertamanya yang berjumlah 10,000 naskah habis dalam masa beberapa hari sahaja. Dalam penerbitan pada bulan-bulan berikutnya, permintaan ke atas GILA-GILA meningkat menjadi berkali ganda. Kemunculan GILA-GILA jelas membawa dimensi baru bukan sahaja dalam dunia penerbitan tanahair, tetapi juga terhadap industri kartun keseluruhannya. Walaupun sebelum wujudnya GILA-GILA telah ada majalah-majalah beridentitikan kartun dan komik, namun kebanyakannya tenggelam dalam lambakan majalah-majalah hiburan dan tabloid yang menguasai pasaran pada era itu. Dengan peningkatan permintaan yang berterusan, Creative Enterprise akhirnya memutuskan untuk menerbitkan GILA-GILA se