Skip to main content

Posts

Keluarga seni lukis

Oleh Riadz Radzi Hasil karya Datuk Mohd Yusoff Jaafar dan anak-anak akan dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara pada 17 April KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Perumpamaan ini sesuai buat pelukis, Datuk Mohd Yusoff Jaafar. Semua tujuh anaknya, iaitu Nurhayati, 30, Nurazmal, 27, Nurhidayah, 25, Nursyuhadah, 20, Nurfarhana,15, Nursalihin, 12, dan Nursuraya, 6, mengikut jejaknya sebagai pelukis. Malah menantunya, Nik Rafin, 30, (suami Nurhayati) juga mengikut langkah yang sama. Cuma isterinya, To’ Puan Hazimah Hamid tidak melukis, tetapi sebagai pengkritik karya suami dan anak-anaknya. Paling menarik, nama keluarga ini pernah dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘Bilangan Artis Yang Paling Ramai Dalam Satu Keluarga’ di Malaysia. Ini berikutan pameran seni pertama mereka, ‘All In The Family’ di Hotel Hilton, Kuching, Sarawak pada 2002. Ketika itu keluarga seramai sembilan orang ini berusia di antara tiga hingga 54 tahun. Kini hasil karya keluarga istimewa ini dipam

CREATIVE ENTERPRISE

CREATIVE ENTERPRISE bermula sebagai sebuah syarikat penerbitan kecil pada awal 1978 dan melonjak sebagai nama yang disegani dalam industri penerbitan berikutan kemunculan majalah GILA-GILA pada 1 April, 1978. Dengan berpandukan konsep majalah MAD yang sedia popular di pasaran antarabangsa, GILA-GILA terus meledak di pasaran. Cetakan pertamanya yang berjumlah 10,000 naskah habis dalam masa beberapa hari sahaja. Dalam penerbitan pada bulan-bulan berikutnya, permintaan ke atas GILA-GILA meningkat menjadi berkali ganda. Kemunculan GILA-GILA jelas membawa dimensi baru bukan sahaja dalam dunia penerbitan tanahair, tetapi juga terhadap industri kartun keseluruhannya. Walaupun sebelum wujudnya GILA-GILA telah ada majalah-majalah beridentitikan kartun dan komik, namun kebanyakannya tenggelam dalam lambakan majalah-majalah hiburan dan tabloid yang menguasai pasaran pada era itu. Dengan peningkatan permintaan yang berterusan, Creative Enterprise akhirnya memutuskan untuk menerbitkan GILA-GILA se

Karya pelukis muda - Tidak dipinggirkan

Oleh ANI AWANG Lima pelukis dari kiri Hairudin Nasir, Azmi S.H., Nur Azmi Mokhtar (duduk), Azmi Aris dan Khairul Azuwan Ishak pada pameran Art Through The Heart di City Square, Kuala Lumpur baru-baru ini. -------------------------------------------------------------------------------- PAMERAN seni tampak di ibu kota Kuala Lumpur sejak beberapa dekad lalu memberi tumpuan kepada paparan karya-karya pelukis veteran berbanding dengan karya pelukis muda. Pun begitu tidak bererti karya pelukis muda dipinggirkan. Malah karya-karya mereka diakui dapat memberi sumbangan terhadap perkembangan seni tanah air. Baru-baru ini pelukis muda diberi peluang tampil mempamerkan seni tampak untuk mengisi Tabung Institut Jantung Negara (IJN) Pameran Art Through The Heart di City Square, Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur baru-baru ini telah menghimpunkan kira-kira 63 karya catan dan lima arca oleh 22 orang pelukis dalam dan luar negara.

Ekspresionisme - Dialog warna dengan khalayak

Oleh AZMAN ISMAIL SUZLEE Ibrahim menyiapkan salah satu lukisan dalam Space Series di studionya di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, baru-baru ini. -------------------------------------------------------------------------------- MENGEMBARA dalam warna merupakan istilah yang paling tepat untuk bercerita tentang pelukis ekspresionis terkenal tanah air, Suzlee Ibrahim. Sejak tahun 1995, beliau dianggap sebagai pelukis yang paling konsisten dengan aliran dan gaya ini. Menerusi warna, beliau menceritakan secara visual tentang kebimbangan, keindahan, ketakutan dan sebagainya. Sapuan berus yang bersahaja dan spontan, catan tebal dan tekstur yang kasar pada permukaan kanvasnya, melambangkan suatu pergerakan idea atau perasaan beliau. Tidak dinafikan, gaya ekspresionisme oleh pelukis Jackson Pollock dan Willem de Kooning mempunyai pengaruh besar terhadap karya-karya awal Suzlee terutama dari aspek gestural dan tekstural. http://www.utusan.com.my/utu