Skip to main content

Terendak lampu motif awan larat

MOTIF awan larat berwarna-warni yang menghiasi dada wau memberikan kesan tersendiri apabila ia terbang tinggi di udara – menggambarkan betapa indahnya kerja seni ini.

MOTIF awan larat hiasan popular pada wau kini dialihkan kepada terendak lampu.

Bersandarkan motif yang penuh bergaya itu, seorang pengusaha wau di Baling, Kedah, Kasmin Abdul Jabar mengilhamkan motif itu dalam rekaan terendak lampu yang mampu memberikan kesan sama pada kediaman.

Masih dalam peringkat penyelidikan dan pembangunan, terendak lampu yang dihiasi motif-motif wau itu dihasilkannya sejak dua tahun lalu, melalui syarikatnya Wau Baling Bunga Tanjung. Ia adalah usaha sampingan terhadap kraftangan wau yang dihasilkannya.

“Saya mendapat ilham menghasilkan terendak lampu sebegini hasil daripada pemerhatian yang dijalankan di beberapa hotel yang mana saya lihat mereka lebih banyak menggunakan lampu tidur serta lampu hiasan dengan terendak yang berwarna seperti putih dan kuning cair.

Apa yang lebih menarik kata Kasmin, corak ini adalah corak tempatan jadi secara tidak langsung ia menggambarkan identiti tempatan yang kaya dengan bunga hiasan yang menarik.

Menggunakan kayu Jelutung sebagai rangka, terendak lampu ini menggunakan kain sebagai lapisan pertama sebelum dikemaskan dengan kertas berwarna bagi menonjolkan corak yang menghiasinya.

“Proses menghasilkan corak sama seperti menghasilkan corak pada wau dan ia ditampal pada kain bagi memberikan daya ketahanan yang lebih berbanding kertas yang mudah koyak,” katanya.

Walaupun masih baru, ilham terendak lampu ini sudah melangkaui seberang laut yang mana ia dipertunjukkan pada masyarakat Amerika Syarikat tahun lalu, sewaktu Kasmin menyertai satu pameran yang dianjurkan Pelancongan Malaysia.

“Sambutan sangat menggalakkan dan mereka yang melihatnya menyatakan tidak pernah melihat terendak lampu sebegini, cuma kami tidak dapat menjualnya kerana perkakasan elektrik yang digunakan pada terendak lampu ini tidak sama dengan piawaian barangan elektrik di sana,” katanya.

– Azran Jaffar

Comments

Popular posts from this blog

PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual.

PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual. Wan Jamarul Imran B. Wan Abdullah Thani Abstrak T eknologi elektronik; tempias teknologi maklumat dan agen transportasinya telah mula menular di dalam perkembangan seni tampak. Ia bakal dan akan menjadi aliran baru yang mampu memberi perubahan dan transformasi kepada pengucapan berkarya. Jika dilihat pengamal seni di Malaysia masih lagi takut untuk melakukan sedikit anjakan evolusi minda. Hakikat terhadap berus, cat dan kanvas sebagai alatan dan media unggul tidak seharusnya diketepikan tetapi perlu dikembangkan. Sekarang ini komputer, perisian dan skrin elektronik mampu memperkayakan gaya pengucapan berkarya. Melalui kesepaduan seni dan teknologi terkini boleh menguju...

Bukan sekadar karya, hasil seni mula menjadi pelaburan

Pelawat menyaksikan pameran seni di Balai Seni Visual Negara. Kini lukisan bukan sekadar hasil seni tetapi turut menjadi pelaburan yang menguntungkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Disember, 2014.  Menurut polis, kes kecurian membabitkan karya seni amat jarang berlaku di Malaysia, namun kes terbaru membabitkan karya seni bernilai RM1.5 juta mendedahkan perkembangan perniagaan karya seni bukan setakat atas dasar minat terhadap hasil kesenian tetapi juga faktor pelaburan. Perkembangan jumlah pemilik galeri karya seni menjadikan hasil seni ibarat "emas" kepada pelabur konvensional, bukan sahaja setakat kepada golongan berada dan berusia tetapi juga pembeli muda yang kini menyertai pasaran tersebut. "Kebanyakan orang kini datang ke galeri dan melihat lukisan sebagai salah satu bentuk pelaburan," kata Kenny Teng, pengurus di Galeri G13, di Petaling Jaya. -  "Mereka ini kebanyakannya adalah orang biasa yang meminati hasil seni tet...

Lukisan Termahal di dunia

Lukisan yang paling mahal waktu ini adalah lukisan Pablo Picasso, lukisan yang bertajuk " Nude, Green Leaves and Bust" kalau diterjemahkan di dalam bahasa bermaksud: "Bogel, Daun Hijau dan Dada Wanita" Nude, Green Leaves and Bust by Picasso Lukisan ini telah dilelong di  Christie's pada 4hb May.  Ia mengambil masa 8 minit sahaja untuk mencecah rekod baru dalam lelongan.  Nude, Green Leaves and Bust dihasilkan oleh Picasso dalam masa satu hari sahaja pada tahun 1932. Lukisan ini terjual dengan harga $106.5 juta dollar (RM 389.79 juta Ringgit Malaysia)