Skip to main content

Hasil lumayan suntik semangat Azmeera

Oleh Ruhaiza Rusmin


“DULU saya anggap perniagaan batik tidak memberikan pulangan lumayan kerana pasarannya kurang meluas. Namun, segalanya berubah setiap kali pulang ke kampung apabila saya lihat ramai rakan mampu hidup senang dengan hanya menjadi penjual batik. Melihat keadaan itu, saya tahu anggapan itu memang salah.”

Demikian kata Azmera Ahmad, tauke Cheeria Batik di Plaza Alam Sentral, Shah Alam yang menjual beraneka jenis batik yang dibekalkan dari Kelantan.

Berasal dari Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, dia pernah bekerja sebagai eksekutif sumber manusia di National Panasonic, Shah Alam selama lima tahun selepas berjaya menggenggam Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1992.

“Walaupun bapa saya seorang penjual batik, saya tak minat pada mulanya. Sedikit demi sedikit saya buat kajian menerusi pembacaan dan pemerhatian untuk melihat sejauh mana batik mampu menembusi pasaran,” katanya.

Setelah yakin, dia memulakan langkah pertama dengan menjadi pengedar batik secara kecil- kecilan kepada rakan dan saudara terdekat. Walaupun ada pihak yang tidak yakin pada kemampuannya, dia menganggap itu sebagai satu cabaran dalam usaha mencari pengalaman.

Menurut anak ketiga daripada lima beradik ini, pulangan lumayan yang diperolehi meyakinkan dirinya batik mempunyai peminat dan pasarannya sendiri, tetapi kekurangan promosi dan corak serupa menyebabkan ia tidak mendapat perhatian.

“Pulangan lumayan yang diperolehi semakin membulatkan tekad saya untuk menceburkan diri dalam perusahaan ini. Hasil yang diperolehi saya simpan untuk dijadikan modal untuk membuka kilang batik.

“Pada masa yang sama, saya juga tidak lupa melakukan kajian dengan menghasilkan corak menarik untuk mencipta kelainan,” katanya sambil menambah, menghasilkan corak batik bukan sekadar mengikut cita rasa pencipta tetapi produk yang boleh dijual.

“Persaingan semakin hari semakin bertambah, pencipta perlu bijak menghasilkan kelainan. Jika dulu batik lebih sinonim dengan imej tradisional, kini semakin banyak corak kontemporari mewarnai pasaran. Ini menunjukkan ciptaan batik sudah melangkah era baru dan boleh pergi jauh,” katanya.

Dengan tekad dan keberanian, Azmera meletak jawatan dan menubuhkan Cheeria Batik pada 1998. Menggunakan gabungan nama tempatan dan antarabangsa, Cheeria adalah lambang wawasan Azmera untuk meneroka lebih jauh pasaran batik di peringkat antarabangsa serta mengangkat martabatnya sebagai budaya warisan masyarakat Melayu.

Cheeria bukan sekadar jenama, malah menawarkan corak artistik berbeza dengan gabungan abstrak dan tradisional. Apa yang Istimewa, proses penghasilannya menggunakan teknik gerakan lilin tanpa canting yang dianggap baru dalam industri berkenaan.

“Walaupun begitu, harganya masih berpatutan dan mengikut bajet pembeli. Saya memperjuangkan batik sebagai khazanah bangsa, bukan hanya mencari keuntungan. Lagi pun, ia sudah diterima dan dipakai tanpa mengira jantina mahupun status.

“Warisan ini harus dipelihara kerana ia milik generasi lama yang masih mampu bertahan serta memberi cabaran, khususnya dalam industri tekstil hari ini,” katanya.

Dipetik dari http://www.hmetro.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

Bukan sekadar karya, hasil seni mula menjadi pelaburan

Pelawat menyaksikan pameran seni di Balai Seni Visual Negara. Kini lukisan bukan sekadar hasil seni tetapi turut menjadi pelaburan yang menguntungkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Disember, 2014.  Menurut polis, kes kecurian membabitkan karya seni amat jarang berlaku di Malaysia, namun kes terbaru membabitkan karya seni bernilai RM1.5 juta mendedahkan perkembangan perniagaan karya seni bukan setakat atas dasar minat terhadap hasil kesenian tetapi juga faktor pelaburan. Perkembangan jumlah pemilik galeri karya seni menjadikan hasil seni ibarat "emas" kepada pelabur konvensional, bukan sahaja setakat kepada golongan berada dan berusia tetapi juga pembeli muda yang kini menyertai pasaran tersebut. "Kebanyakan orang kini datang ke galeri dan melihat lukisan sebagai salah satu bentuk pelaburan," kata Kenny Teng, pengurus di Galeri G13, di Petaling Jaya. -  "Mereka ini kebanyakannya adalah orang biasa yang meminati hasil seni tet...

Lukisan Termahal di dunia

Lukisan yang paling mahal waktu ini adalah lukisan Pablo Picasso, lukisan yang bertajuk " Nude, Green Leaves and Bust" kalau diterjemahkan di dalam bahasa bermaksud: "Bogel, Daun Hijau dan Dada Wanita" Nude, Green Leaves and Bust by Picasso Lukisan ini telah dilelong di  Christie's pada 4hb May.  Ia mengambil masa 8 minit sahaja untuk mencecah rekod baru dalam lelongan.  Nude, Green Leaves and Bust dihasilkan oleh Picasso dalam masa satu hari sahaja pada tahun 1932. Lukisan ini terjual dengan harga $106.5 juta dollar (RM 389.79 juta Ringgit Malaysia) 

Lukisan Bayu papar soal kemasyarakatan

DALAM angkatan pelukis muda, nama Bayu Utomo Radjikin bukanlah asing lagi. Baik dalam seni arca, figura, realisme dan abstrak, Bayu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Selepas arca karyanya yang berjudul ‘Bujang Berani’ memenangi hadiah dalam pertandingan Bakat Muda Sezaman anjuran Balai Seni Lukis Negara (BLSN) pada 1991, Bayu tidak menoleh ke belakang lagi. Bidang yang pada asalnya hanya sekadar hobi berubah menjadi kerjaya. “Sejak kecil hobi saya melukis. Saya memang tidak pernah terfikir ia akan menjadi kerjaya saya suatu hari nanti. Apa yang saya tahu ketika itu segala emosi saya luahkan menerusi lukisan ,” kata pelukis berasal dari Tawau, Sabah ini. Ekoran minat yang tinggi dalam bidang lukisan , selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia memasuki Institut Teknologi Mara (ITM) (sekarang UiTM) bagi menyambung pengajian dalam bidang seni halus. “Apabila ia menjadi kerjaya, kepuasannya berlainan. Bidang yang saya minati sejak kecil hingga sanggup melupakan...