Skip to main content

Pelukis muda - Perlu tonjolkan seni mantap

Oleh ANI AWANG


RAJA Azhar Idris memegang talam kaca unik yang dihasilkannya.
--------------------------------------------------------------------------------

PELUKIS muda perlu memanfaatkan seni tampak yang boleh menjadi elemen penting mencerminkan pelbagai tafsiran.

Elemen tersebut berfungsi menceritakan persekitaran, masyarakat, emosi dan falsafah yang kebanyakannya diadaptasi daripada perasaan dan pemikiran seseorang.

Menyedari kepentingan seni tampak kepada seni bangsa, pelukis veteran Raja Azhar Idris berkata, pelukis muda disaran supaya mencipta seni tampak yang berlainan agar seni yang dihasilkan itu bertambah mantap.

``Kebanyakan pelukis muda berbakat di negara ini mempunyai potensi untuk maju setanding dengan pelukis terkenal jika mereka sedia bersungguh-sungguh untuk menonjolkan pelbagai konsep dan gaya seni yang baru.

``Mereka yang terdidik secara formal di mana-mana universiti, terbukti mempunyai reputasi yang baik untuk menjadi pelukis terkenal pada suatu masa nanti,'' kata beliau ketika ditemui di galerinya, Art Case Galleries Sdn. Bhd., City Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Raja Azhar yang banyak membuat pameran seni tampak di negara ini berkata, kebanyakan karya-karya pelukis yang dihasilkan oleh pelukis negara ini secara tidak langsung menonjolkan identiti seni dan bentuk-bentuk kebudayaan bangsa.

Kata Raja Azhar, tidak banyak seni kaca dihasilkan oleh pelukis di negara ini kerana kosnya yang tinggi.

``Saya menghasilkan seni kaca ini kerana ia bidang baru yang mendapat sambutan khalayak.

``Karya seni itu boleh dijual antara RM200 hingga mencecah ratusan ribu ringgit,'' tegasnya.

Menurut beliau, generasi baru sewajarnya memanfaatkan peluang yang ada dengan menggunakan pendekatan baru ke arah melahirkan bentuk seni tampak yang baik.

``Kita sepatutnya menampilkan pelbagai imej seni yang baru dalam kehidupan seharian kerana seni hasil lakaran tersendiri adalah indah,'' katanya.

Beliau memberi contoh, karya pelukis muda, Latif Maulan yang menggunakan arkilik dalam menghasilkan lukisan buah dan batik sebagi sesuatu yang baru.

``Inilah perubahan seni tampak yang perlu ditampilkan bagi tatapan khalayak,'' katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Bukan sekadar karya, hasil seni mula menjadi pelaburan

Pelawat menyaksikan pameran seni di Balai Seni Visual Negara. Kini lukisan bukan sekadar hasil seni tetapi turut menjadi pelaburan yang menguntungkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Disember, 2014.  Menurut polis, kes kecurian membabitkan karya seni amat jarang berlaku di Malaysia, namun kes terbaru membabitkan karya seni bernilai RM1.5 juta mendedahkan perkembangan perniagaan karya seni bukan setakat atas dasar minat terhadap hasil kesenian tetapi juga faktor pelaburan. Perkembangan jumlah pemilik galeri karya seni menjadikan hasil seni ibarat "emas" kepada pelabur konvensional, bukan sahaja setakat kepada golongan berada dan berusia tetapi juga pembeli muda yang kini menyertai pasaran tersebut. "Kebanyakan orang kini datang ke galeri dan melihat lukisan sebagai salah satu bentuk pelaburan," kata Kenny Teng, pengurus di Galeri G13, di Petaling Jaya. -  "Mereka ini kebanyakannya adalah orang biasa yang meminati hasil seni tet...

Lukisan Termahal di dunia

Lukisan yang paling mahal waktu ini adalah lukisan Pablo Picasso, lukisan yang bertajuk " Nude, Green Leaves and Bust" kalau diterjemahkan di dalam bahasa bermaksud: "Bogel, Daun Hijau dan Dada Wanita" Nude, Green Leaves and Bust by Picasso Lukisan ini telah dilelong di  Christie's pada 4hb May.  Ia mengambil masa 8 minit sahaja untuk mencecah rekod baru dalam lelongan.  Nude, Green Leaves and Bust dihasilkan oleh Picasso dalam masa satu hari sahaja pada tahun 1932. Lukisan ini terjual dengan harga $106.5 juta dollar (RM 389.79 juta Ringgit Malaysia) 

Trend jual beli karya seni

Trend jual beli karya seni Oleh YEO LI SHIAN yeo.lishian@kosmo.com.my ROBERT TOK, 45, bukan pengunjung baru setiap kali berlangsungnya pameran seni di ibu negara. Malah, keterujaan bapa kepada empat orang anak itu jelas memandangkan kunjungannya ke pameran-pameran seumpama itu setiap kali tidak akan hadir dengan tangan kosong. Sebaliknya, lelaki yang berasal dari Kuantan, Pahang itu akan membawa wang tunai  bernilai  puluhan ribu ringgit bersamanya. Wang itu dibawa dengan harapan beliau dapat membeli lukisan-lukisan yang disukai. Dalam satu pameran seni terbesar, Art Expo Malaysia 2010 yang diadakan di ibu negara baru-baru ini, Robert sekali lagi tidak sedih untuk berpisah dengan sebahagian daripada wang simpanannya. Walaupun bajet yang dikeluarkan agak besar, dia lebih gembira apabila lukisan kegemaran sudah menjadi miliknya. Tindakan spontan untuk membeli lukisan demi kepuasan diri itu bagaimanapun kurang disenangi oleh isteri Robert memandangkan seni kepada ist...