Skip to main content

Menterjemah ungkapan hati seniman

Menterjemah ungkapan hati seniman



DAUD di tengah dua catan.

TIDAK sukar memahami karya Daud Abdul Rahim yang menghiasi dinding Galeri Art Space di Ampang di ibu negara baru-baru ini.

Dikenali dengan karya seni seramik ketika memenangi satu dari lima hadiah Philip Morris pada 1998, karya kali ini lebih santai dan berkisar pada persekitaran yang dekat dengan hati dan jiwa dan kemudian mengulang-ulang kali dan berkali.

Hasnul Jamal Saaidon ketika membuat ulasan sebagai kurator jemputan mengatakannya sebagai ‘zikir daud’ dan ‘tasbih harian’.

HIMPUNAN teko menyentuh
tentang warisan bukan
sekadar makan dan
minum bagi mereka
yang mahu menyedari
(gambar atas).

UNSUR harian diadun
dalam cantan.


“Apa yang ada pada catan adalah benda yang sama tetapi pendekatan yang berbeza. Seramik mengambil masa tetapi kedua-duanya masih geometrik,” katanya.

Satu daripada karyanya mengambil tempat hampir seluruh dinding kiri Art Space menggabungkan elemen harian yang mudah dilihat pisang muda, pisang masak dan ada terselit-selit basikal.

Ia bagai lambang rindu pada kampung halaman apatah lagi karya itu dihasilkan ketika berada di Manchester.

Seperti yang dikatakannya, Daud sebenarnya lebih geometrik dalam karya dan mungkin juga pemikiran – yang lurus dan tidak melencong. Satu yang menarik, puluhan teko di atas kanvas yang cantik menghias ruang makan.

Ia cepat mengingatkan pada secawan teh tentunya tetapi himpunan teko juga menerobos jauh menyentuh tentang warisan bukan sekadar makan dan minum bagi mereka yang mahu menyedari.

Imej harian seperti pisang, basikal, botol, cawan yang berulang-ulang meskipun nampak sama tetapi pendekatan yang berbeza membuat ia istimewa dalam cara yang tersendiri.

Karya Daud kelihatan unik dan tersendiri, santai dan sesekali mengimbas nostalgia zaman kanak-kanak.

Dipetik dari http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dekor/

Comments

Popular posts from this blog

PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual.

PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual. Wan Jamarul Imran B. Wan Abdullah Thani Abstrak T eknologi elektronik; tempias teknologi maklumat dan agen transportasinya telah mula menular di dalam perkembangan seni tampak. Ia bakal dan akan menjadi aliran baru yang mampu memberi perubahan dan transformasi kepada pengucapan berkarya. Jika dilihat pengamal seni di Malaysia masih lagi takut untuk melakukan sedikit anjakan evolusi minda. Hakikat terhadap berus, cat dan kanvas sebagai alatan dan media unggul tidak seharusnya diketepikan tetapi perlu dikembangkan. Sekarang ini komputer, perisian dan skrin elektronik mampu memperkayakan gaya pengucapan berkarya. Melalui kesepaduan seni dan teknologi terkini boleh menguju...

Bukan sekadar karya, hasil seni mula menjadi pelaburan

Pelawat menyaksikan pameran seni di Balai Seni Visual Negara. Kini lukisan bukan sekadar hasil seni tetapi turut menjadi pelaburan yang menguntungkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Disember, 2014.  Menurut polis, kes kecurian membabitkan karya seni amat jarang berlaku di Malaysia, namun kes terbaru membabitkan karya seni bernilai RM1.5 juta mendedahkan perkembangan perniagaan karya seni bukan setakat atas dasar minat terhadap hasil kesenian tetapi juga faktor pelaburan. Perkembangan jumlah pemilik galeri karya seni menjadikan hasil seni ibarat "emas" kepada pelabur konvensional, bukan sahaja setakat kepada golongan berada dan berusia tetapi juga pembeli muda yang kini menyertai pasaran tersebut. "Kebanyakan orang kini datang ke galeri dan melihat lukisan sebagai salah satu bentuk pelaburan," kata Kenny Teng, pengurus di Galeri G13, di Petaling Jaya. -  "Mereka ini kebanyakannya adalah orang biasa yang meminati hasil seni tet...

Lukisan Termahal di dunia

Lukisan yang paling mahal waktu ini adalah lukisan Pablo Picasso, lukisan yang bertajuk " Nude, Green Leaves and Bust" kalau diterjemahkan di dalam bahasa bermaksud: "Bogel, Daun Hijau dan Dada Wanita" Nude, Green Leaves and Bust by Picasso Lukisan ini telah dilelong di  Christie's pada 4hb May.  Ia mengambil masa 8 minit sahaja untuk mencecah rekod baru dalam lelongan.  Nude, Green Leaves and Bust dihasilkan oleh Picasso dalam masa satu hari sahaja pada tahun 1932. Lukisan ini terjual dengan harga $106.5 juta dollar (RM 389.79 juta Ringgit Malaysia)