Skip to main content

Lukisan Bayu papar soal kemasyarakatan

DALAM angkatan pelukis muda, nama Bayu Utomo Radjikin bukanlah asing lagi. Baik dalam seni arca, figura, realisme dan abstrak, Bayu mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Selepas arca karyanya yang berjudul ‘Bujang Berani’ memenangi hadiah dalam pertandingan Bakat Muda Sezaman anjuran Balai Seni Lukis Negara (BLSN) pada 1991, Bayu tidak menoleh ke belakang lagi. Bidang yang pada asalnya hanya sekadar hobi berubah menjadi kerjaya.

“Sejak kecil hobi saya melukis. Saya memang tidak pernah terfikir ia akan menjadi kerjaya saya suatu hari nanti. Apa yang saya tahu ketika itu segala emosi saya luahkan menerusi lukisan,” kata pelukis berasal dari Tawau, Sabah ini.

Ekoran minat yang tinggi dalam bidang lukisan, selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia memasuki Institut Teknologi Mara (ITM) (sekarang UiTM) bagi menyambung pengajian dalam bidang seni halus.

“Apabila ia menjadi kerjaya, kepuasannya berlainan. Bidang yang saya minati sejak kecil hingga sanggup melupakan makan minum kini menjadi sumber rezeki saya. Ia berbeza berbanding orang yang bekerja hanya kerana inginkan gaji,” katanya.

Secara peribadi, penulis begitu tertarik dengan arca berjudul ‘Lang Kacang’ yang dihasilkannya pada 1991. Arca menggunakan media campuran itu kelihatan ‘gerun’ dan ‘ganas’.

Ekspresi wajahnya seperti memperlihatkan gelojak darah muda Bayu ketika itu. Malah kumpulan rock terkenal, Search turut menampilkan karya terbabit pada kulit album mereka, ‘Rampage’ yang diterbitkan pada 1992.

“Lang Kacang menceritakan mengenai pahlawan di Sarawak. Ia mempunyai lima siri di mana dua daripadanya kini dipamerkan di Balai seni Lukis Negara dan Muzium Seni Singapura,” kata Bayu.

Walaupun memiliki pengkhususan dalam seni arca, tetapi kini Bayu lebih selesa dengan lukisan berkonsep figuratif. Katanya, berbanding abstrak dan arca, lukisan figuratif dapat menceritakan dengan tepat dan jelas.

“Kebanyakan lukisan saya menceritakan mengenai manusia. Mesejnya pula lebih kepada komentar sosial dan perjalanan hidup manusia. Karya saya tidak menghukum, ia sekadar merenung kembali kejadian lalu serta ada pro dan kontranya,” katanya.

Namun begitu, Bayu tidak menolak bahawa menghasilkan seni arca sebenarnya lebih memberi kepuasan. Ini kerana arca berbentuk tiga dimensi dan memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk menghasilkannya. Dalam erti kata lain, cabarannya lebih tinggi berbanding membuat lukisan biasa.

“Dalam masa yang sama anda juga boleh menyentuh dan membeleknya dari pelbagai sudut,” katanya.

Sejak aktif sebagai pelukis sejak 12 tahun lalu, Bayu sudah mengadakan pameran solo dan berkumpulan lebih 30 kali di seluruh Malaysia. Apa yang menarik, minatnya dalam bidang lukisan turut membawa Bayu menerokai satu lagi bidang iaitu sebagai pereka latar (back drop) untuk pementasan teater.

Bermula sebagai pereka set untuk teater Malvin Khoo Solo dan Sirih Bertepuk Pinang Menari pada 1992, Bayu terus terbabit di balik tabir pementasan teater seperti Bawang Putih Bawang Merah, Taman Baginda, Puteri Saadong, Hamlet, Muzika 23250 Tragedi Bukit Kepong, Gedebe dan Spring In KL.

Malah Bayu juga terbabit dalam membuat latar pentas untuk konsert Siti Nurhaliza di Istana Budaya dan temasya Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998.

Dalam perkembangan berkaitan, Bayu juga menganggotai kumpulan seni iaitu Matahati yang ditubuhkan pada 1989 bersama empat rakan sekampusnya. Ia ditubuhkan dengan objektif untuk berdiskusi dan bertukar fikiran dalam membentuk gagasan seni yang ideal.

Selain mengadakan pameran, Matahati juga menjalankan program seperti bengkel seni, pertukaran residensi, pendidikan dan kurator. April lalu mereka bergabung mengadakan pameran bersama kumpulan seni dari Indonesia iaitu Gelaran di Galeri Shah Alam.

“Kami bergabung dengan pelukis luar dalam sebuah lukisan. Contohnya dua orang pelukis di atas satu kanvas. Dalam proses itu kami bertukar ilmu dan pengalaman dalam bidang seni. Selepas ini kami mempunyai perancangan untuk bergabung dengan kumpulan seni dari Filipina, Thailand, Vietnam, Singapura dan Brunei,” kata Bayu.

Comments

Popular posts from this blog

PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual.

PENERIMAAN & PENGIKTIRAFAN: Teknologi Elektronik Sebagai Alatan & Media Baru Dalam Seni Visual. Wan Jamarul Imran B. Wan Abdullah Thani Abstrak T eknologi elektronik; tempias teknologi maklumat dan agen transportasinya telah mula menular di dalam perkembangan seni tampak. Ia bakal dan akan menjadi aliran baru yang mampu memberi perubahan dan transformasi kepada pengucapan berkarya. Jika dilihat pengamal seni di Malaysia masih lagi takut untuk melakukan sedikit anjakan evolusi minda. Hakikat terhadap berus, cat dan kanvas sebagai alatan dan media unggul tidak seharusnya diketepikan tetapi perlu dikembangkan. Sekarang ini komputer, perisian dan skrin elektronik mampu memperkayakan gaya pengucapan berkarya. Melalui kesepaduan seni dan teknologi terkini boleh menguju...

Bukan sekadar karya, hasil seni mula menjadi pelaburan

Pelawat menyaksikan pameran seni di Balai Seni Visual Negara. Kini lukisan bukan sekadar hasil seni tetapi turut menjadi pelaburan yang menguntungkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Disember, 2014.  Menurut polis, kes kecurian membabitkan karya seni amat jarang berlaku di Malaysia, namun kes terbaru membabitkan karya seni bernilai RM1.5 juta mendedahkan perkembangan perniagaan karya seni bukan setakat atas dasar minat terhadap hasil kesenian tetapi juga faktor pelaburan. Perkembangan jumlah pemilik galeri karya seni menjadikan hasil seni ibarat "emas" kepada pelabur konvensional, bukan sahaja setakat kepada golongan berada dan berusia tetapi juga pembeli muda yang kini menyertai pasaran tersebut. "Kebanyakan orang kini datang ke galeri dan melihat lukisan sebagai salah satu bentuk pelaburan," kata Kenny Teng, pengurus di Galeri G13, di Petaling Jaya. -  "Mereka ini kebanyakannya adalah orang biasa yang meminati hasil seni tet...

Lukisan Termahal di dunia

Lukisan yang paling mahal waktu ini adalah lukisan Pablo Picasso, lukisan yang bertajuk " Nude, Green Leaves and Bust" kalau diterjemahkan di dalam bahasa bermaksud: "Bogel, Daun Hijau dan Dada Wanita" Nude, Green Leaves and Bust by Picasso Lukisan ini telah dilelong di  Christie's pada 4hb May.  Ia mengambil masa 8 minit sahaja untuk mencecah rekod baru dalam lelongan.  Nude, Green Leaves and Bust dihasilkan oleh Picasso dalam masa satu hari sahaja pada tahun 1932. Lukisan ini terjual dengan harga $106.5 juta dollar (RM 389.79 juta Ringgit Malaysia)