Skip to main content

Posts

Lahir Nafas akibat dendam pada besi

Oleh Azran Jaffar BAGI pengarca, Raja Shahriman Raja Aziddin, setahun tidak menempa besi menimbulkan rasa dendam seninya. Dendam itu bukan semata-mata kerana nilai kesenimannya bagaikan sudah hilang tetapi kerana rasa bersalah melahirkan arca berbentuk figura. Daripada dendam yang membara itu lahirlah Nafas, siri arca logam yang dilahirkan daripada satu daripada empat elemen yang dikaitkan dengan kejadian manusia iaitu tanah, api, air dan angin. Nafas adalah karya terbaru Raja Shahriman, 37 yang kini sedang dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara. Ia adalah siri reka bentuk yang dihasilkan selama dua tahun selepas beberapa tahun mendiamkan diri sejak menghasilkan karya Gerak Tempur, Api Bayangan dan Kemenyan serta Semangat Besi. Jika selama ini arca-arcanya lebih memihak kepada figura, namun konflik yang menggolodak di dalam batinnya menyebabkan Raja Shahriman yang berasal dari Kuala Kangsar Perak cuba mengosongkan mindanya dengan bayangan itu. Hasilnya ialah Nafas yang berupa ja

Manusia dengan kuasa jahat

Oleh Hafizah Iszahanid NAMA Mohd Hairi Yaakub mungkin agak asing kepada peminat seni halus, tetapi anak muda kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini memiliki identiti dan reputasi tersendiri dalam menghasilkan karyanya. Seperti Let Me Speak, pameran keduanya tahun lalu yang memperkatakan mengenai krisis budaya, kali ini Hairi tampil dengan Pemain Wayang, pameran yang akan berakhir 29 Oktober ini di Badan Warisan Malaysia, Jalan Stonor di ibu negara. "SAYA sukakan idea Klimt". Mohd Hairi di samping potrait karyanya yang dipengaruhi Rawana. - Gambar oleh Nadim Bokhari Mengulas mengenai karyanya Regius Profesor di University Aberdeen, Scotland Peter Davidson berkata, imej yang dipaparkan sangat kuat dengan sentuhan gaya ‘expressionist’ dan melontarkan darjah kemarahan yang boleh dilihat dengan jelas. “Apa yang ingin saya tonjolkan kali ini lebih kepada rentetan pengalaman kali ini lebih kepada kemanusiaan, jika dilihat watak hitam dalam wayang kulit Rawana turut ditonjolkan pada se

Alam bersatu dalam karya catan Yong

Oleh Azran Jaffar ANTARA karya catan Yong yang menggabungkan kehidupan dan alam. “Melalui lukisan, saya dapat menyampaikan pemikiran dalaman serta emosi saya terhadap manusia sejagat dan alam sekitar yang kita diami manakala alam semula jadi pula memenuhi dan mengisi kehendak artistik ini,” demikian luahan Yong Cheng Wah dalam menyatakan pandangan terhadap karya-karyanya. Disebabkan itu, alam bagaikan tidak dapat dipisahkan daripada pelukis berusia 61 tahun yang berasal dari Pulau Pinang itu, kerana antara beliau dengan alam bagaikan ada kesatuan dan sentiasa menjadi bahan untuknya berkarya. Terkenal sebagai pengkarya yang banyak menghasilkan catan berkonsepkan batik, Yong, anak kepada antara pelopor lukisan moden di negara ini, Yong Mun Sen, kini sedang mempamerkan 75 karya catan minyak siri 2004 di Mun Sen Gallery, Bangsar. ENDON menghayati lukisan Yong bertajuk Flourishing Joyous. Pameran berbentuk kebajikan itu dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Paduk

Gaya tersendiri Sophia Vari

Oleh Azran Jaffar BAGINYA apa yang yang digambarkan di dalam catannya dan juga arcanya yang mengambil unsur geometri, kuantum dan bentuk adalah bertujuan untuk memanusiakannya di dalam ruang pengkaryaan. Catannya banyak menyimpulkan bentuk empat persegi yang disusun berlapis manakala arcanya pula menjurus kepada lengkuk dan lengkungan dengan mainan warna terang yang digabungkan dengan kepekatan hitam, menampakkan kekukuhan sesuai dengan bahan gangsa yang digunakan dalam penghasilannya. SOPHIA Vari dengan satu daripada catannya yang memperlihatkan pengaruh kubik Picasso. Jika Karim Raslan mengatakan kaedah itu memberikan kesan terkini dan keghairahan, seorang pensyarah seni halus di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan pula menyifatkan tidak ada apa yang begitu baru dalam karya pelukis kelahiran Greek ini. “Bentuk-bentuk kiub yang dihasilkan bagaikan menghidupkan semula gaya Picasso dan apa yang dapat dikatakan Sophia adalah lanjutan kepada Picasso,” katanya ketika diminta sed

Hiroshige 1797 - 1858

Profil Seminan: Hiroshige yang terlahir bernama Ando Juemon adalah dari keluarga biasa yang berkecukupan. Namun pada umur 13 tahun, ia bersama kedua adiknya telah menjadi yatim-piatu dan harus menghadapi dunia fana yang tiada menentu. Setelah mengalami kegagalan akhirnya ia diterima disebuah sanggar seni seorang seniman ternama bernama Toyohiro, waktu itu ia berumur 15 tahun. Gurunya segera mengetahui bakat si anak yang luar biasa dan wataknya yang lurus, sehingga ia mempercayakannya sebuah nama yaitu Hiroshige. Hiroshige yang terdiri dari dua huruf Kanji (aksara Han Tiongkok), huruf pertamanya diambil dari namanya sendiri dan yang kedua dari nama si anak. Tak lama kemudian, si anak menerbitkan hasil karya seni perdananya. Waktu itu ia baru berumur 16 tahun. Dari tahun 1780 sampai dengan tahun 1800 merupakan zaman keemasan kesenian Ukiyo-e dimana banyak seniman terkenal seperti Hokusai, Utamaro dan gurunya sendiri saling bersaing menyempurnakan seni aliran ini. Seni lukisan Ukiyo-e (ge