Bukan mudah untuk mendapatkan temujanji dengan beliau. Atas alasan sudah terlalu kerap ditemubual dan kebanyakkan persoalan yang ditanya adalah sama, Dato' Mohd Nor Khalid atau lebih popular dengan nama penanya LAT hampir-hampir menolak permohonan temujanji ini. Namun setelah meneliti surat editorial, Dato' Lat bersetuju malah sanggup datang sejauh Ipoh untuk ditemubual di Studio Rakaman Buletin Malaysia di Putrajaya. Editorial mengucapkan berbanyak terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh Dato' LAT. Ebm EBM: Dato' boleh kita berkongsi pengalaman dan latar belakang Dato' hingga membawa Dato' dikenali sebagai kartunis yang paling popular pada pengamatan saya di sini. Dato': Saya sudah lama melukis kartun lebih 30 tahun dengan nama LAT iaitu nama asal saya Bulat, di kampung semasa kecil, orang kampung panggil saya Bulat. 30 tahun saya melukis untuk majalah dan juga akhbar. Saya adalah seorang pemberita akhbar di Berita Harian kemudian di N
Apa apa sahaja mengenai Seni Lukis, anda boleh luahkan pendapat dan apa jua tentang Seni Lukis di sini.