Skip to main content

Posts

Membaca Kembali Perjalanan AD Pirous (1964 - 2003)

A.D. Pirous lahir di Meulaboh, Aceh 11 Maret 1932. Tahun 1964, A.D. Pirous berhasil menyelesaikan studinya di Departemen Seni Rupa, Institut Teknologi Bandung. Di tahun itu pula ia diangkat resmi sebagai tenaga pengajar tetap ITB, khususnya memberikan materi kuliah seni lukis, tipografi, dan kaligrafi. Delapan tahun kemudian A.D. Pirous menjadi salah seorang pendiri, ketua, dan dosen senior program studi Desain Komunikasi Visual. Tahun 1984, A.D. Pirous menjabat sebagai dekan Fakultas Seni Rupa dan Desain ITB. Walhasil, tiga puluh tahun sejak ia menjadi dosen tetap ITB, A.D. Pirous mencapai posisi tertinggi di dalam dunia akademik. Tanggal 11 Maret 2002, A.D. Pirous genap berusia 70 tahun, usia yang harus dinikmati sebagai masa pensiun, setelah nyaris selama 40 tahun mengabdikan dirinya di dunia akademik. Tanggal 11 Maret 2003, Fakultas Seni Rupa dan Desain, Institut Teknologi Bandung, akan menyelenggarakan semacam acara pelepasan masa purna bakti A.D. Pirous dengan perhelatan p

Fauzul ketengah Pop Primitif

Oleh Azran Jaffar BATU Bersurat yang dianggap bernilai Pop Primitif. JIKA masyarakat primitif menjadikan dinding gua sebagai wadah komunikasi serta perakam apa yang dilihat, Fauzul Yusri mengetengahkan konsep sama di kanvas sebagaimana katanya: “Kanvas itu adalah perjalanan saya yang mana warna membentuk suasana dan garisan pula memberikan ceritanya.” Beliau menjadikan contengan pelbagai elemen seni prasejarah dan neolitik pada kanvas yang kaya warna untuk membentuk jaringan rakaman semasa yang menghidupkan semula imejan berkenaan dalam bentuk karya abstrak ekspresionisme moden. EMPAT lukisan yang membentuk satu siri serta sekeping berasaskan kepingan papan. Dinamakan siri Pop Primitif dan kini sedang dipamerkan di Galeriiizu di Bukit Kenny, Fauzul mengetengahkan satu elemen budaya yang menjadi kajian pakar arkeologi kepada satu pemikiran semasa yang cuba dibentuknya sebagai identiti sendiri. Unsur alam menguasai pemikiran Fauzul dalam penghasilan karyanya, kerana sebagai anak m

Imbasan himpunan seni kontemporari

Imbasan himpunan seni kontemporari Oleh Azran Jaffar Contengan arang Jalaini yang menginterpretasikan Tok Bomoh. DALAM kenyataan akhbar yang dikeluarkan disebut: “Pameran Seni Malaysia Kini tidak harus dianggap sebagai himpunan karya terbaik di Malaysia. Sebaliknya ia lebih menjurus kepada satu imbasan terhadap amalan seni kontemporari di tanah air buat dewasa kini, di samping menyentuh isu-isu yang dihadapi oleh pengkarya sezaman. Pameran ini juga mengetengahkan kepelbagaian medium yang digunakan oleh artis dalam penyaluran idea.” Apa yang hendak ditambah ialah, pameran Seni Malaysia Kini: Satu Imbasan Seni Kontemporari Malaysia juga tidak boleh dianggap sebagai idea dan reka bentuk terkini seni visual tempatan. Bagi isu yang dikemukakan pula, ia juga tidaklah dapat dikatakan sebagai terkini, tetapi beberapa isu lama yang diolah semula dalam bentuk yang mungkin dianggap terbaik pernah dihasilkan pengkaryanya. Jadi tidak banyak yang kini di dalam pameran ini, apa yang jelas ia cum

Menterjemah ungkapan hati seniman

Menterjemah ungkapan hati seniman Oleh Hafizah Iszahanid DAUD di tengah dua catan. TIDAK sukar memahami karya Daud Abdul Rahim yang menghiasi dinding Galeri Art Space di Ampang di ibu negara baru-baru ini. Dikenali dengan karya seni seramik ketika memenangi satu dari lima hadiah Philip Morris pada 1998, karya kali ini lebih santai dan berkisar pada persekitaran yang dekat dengan hati dan jiwa dan kemudian mengulang-ulang kali dan berkali. Hasnul Jamal Saaidon ketika membuat ulasan sebagai kurator jemputan mengatakannya sebagai ‘zikir daud’ dan ‘tasbih harian’. HIMPUNAN teko menyentuh tentang warisan bukan sekadar makan dan minum bagi mereka yang mahu menyedari (gambar atas). UNSUR harian diadun dalam cantan. “Apa yang ada pada catan adalah benda yang sama tetapi pendekatan yang berbeza. Seramik mengambil masa tetapi kedua-duanya masih geometrik,” katanya. Satu daripada karyanya mengambil tempat hampir seluruh dinding kiri Art Space menggabungkan elemen harian yang mudah dil

Rumah itu galeri dunia seniku

Rumah itu galeri dunia seniku Oleh Azran Jaffar KELABU yang mewarnai dinding serta laman yang diturap membentuk imej tersendiri. – Gambar Rohanis Shukri ANAK seni kini bukan lagi dianggap golongan terpinggir. Ini kerana ada di antara mereka berpendapatan lumayan hingga layak digelar jutawan. Apa yang diperlukan masyarakat ialah penjelasan dan menyelami situasi sebenar, seperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Inilah yang dilakukan pelukis Yusof Ghani melalui galeri/rumahnya, dinamakan Tapak Yusof Ghani di Seksyen 8, Shah Alam, Selangor. Bangunan yang tersergam megah di kawasan lereng bukit membelakangi Persiaran Kayangan itu bukan sekadar ruang untuk Yusof yang juga pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), mempamerkan karyanya serta karya pelukis tanah air yang menjadi himpunannya, ia juga menjadi medan untuk beliau memasyarakatkan lukisan. Berkonsepkan nusantara bandar, rumah setinggi empat tingkat (jika dikira sekali tingkat bawah tan